Archive

Posts Tagged ‘Tempatan’

Nik Aziz – Ajar Seks di Sekolah Seperti Ajar Pencuri Mencuri dengan Betul

July 2nd, 2010 M.H.M No comments

Akhirnya, satu pencerahan atau wisdom Jumaat dari Tuan Guru Nik Aziz tentang isu pengajaran pendidikan seks di sekolah ini. Dari dulu lagi dicanang-canangkan isu pendidikan seks di sekolah ni, aku memang sangat tak gemar dan dalam hati aku mengatakan pendidikan seks di sekolah ini adalah cara yang tak betul dan penuh elemen kebaratan. Turut dalam hati aku ingin sungguh aku hendak ulama-ulama utama di jabatan-jabatan kerajaan yang selalu keluar radio dan TV supaya tampil mengatakan perkara pendidikan seks di sekolah ini adalah salah tetapi harapan tinggal harapan. Dengan satu hujah yang ringkas tapi menusuk dari Nik Aziz sudah cukup menjawab semua kekalutan. Ajar seks di sekolah seperti ajar pencuri mencuri dengan betul. Janganlah kita menjadi golongan Muktazilah iaitu golongan yang menggunakan akal logik dalam urusan agama. Marilah kita semua pulang ke pangkal jalan. Pulanglah kepada wasiat Nabi. Pulanglah kepada al-Quran dan sunnah nabi. InsyaAllah kita selamat di dunia dan di akhirat. Terima kasih Nik Aziz!

nik aziz

Dengan gaya penuh tawaduk, Nik Aziz mengeluarkan hujah yang hebat.

KOTA BHARU 2 Julai – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am Pas itu berkata, antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

“Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang. Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai ”zina” dan bukan ”seks bebas” seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

“Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Misteri Mayat Wanita Bogel di Ulu Yam

June 8th, 2010 M.H.M No comments

Apa la yang misterinya tentang mayat wanita bogel ni. Takda misteri pun tentang kes ni. Pihak media kata kejadian ini sebagai sebuah kejadian mayat wanita misteri. Mayat itu merupakan mangsa lemas atau mangsa jenayah. Tetapi aku rasa ini macam kes jenayah, kerana bukan pertama kali pun kejadian ini berlaku. Terdapat mayat-mayat lain pernah terapung juga di kawasan itu. Perlaku jenayah ni memang licik gak kot. Mungkin juga mangsa-mangsa itu bukan orang tempatan, cuma nampak je macam Melayu. Mungkin indonesia ke apa ke, yang mungkin juga mangsa-mangsa yang tidak mempunyai dokumentasi diri ataupun perjalanan. Korang rasa-rasa la kan, boleh tak seseorang tu, semasa hanyut dibawa arus sungai boleh tertanggal baju-bajunya? Aku pun tak tahu tapi aku rasa boleh aja. Sedangkan batu dan besi pun boleh dihancurkan dan dibengkokkan air, ini pula nak buka baju? Apa-apa pun, daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Semoga perkara-perkara seperti ini dapat dijadikan iktibar kepada kita yang hidup. InsyaAllah.

Mangsa Uluyam

KUALA KUBU 7 Jun – Penemuan mayat seorang wanita dipercayai keturunan Melayu di Sungai Tembalik dalam keadaan bogel petang semalam menimbulkan persoalan kerana kejadian yang sama juga pernah berlaku sebelum ini. Wanita yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui terapung di sungai yang terletak berhampiran kawasan tangki air di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam Baru dekat sini, dengan keadaan darah mengalir dari hidung.

Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini mendapati, kematian wanita itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah. Punca kematian pula dikatakan akibat sesak nafas ketika lemas. Anehnya, sebelum ini dua kejadian yang hampir sama pernah berlaku di lokasi tersebut dan mayat mangsa lemas yang ditemui juga dalam keadaan tanpa berpakaian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, mayat yang ditemui kira-kira pukul 4 petang semalam masih belum dituntut sehingga kini.

“Laporan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur kejadian jenayah dikesan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang mempunyai ketinggian kira-kira 152 sentimeter itu dipercayai lemas dalam tempoh kurang daripada 20 jam. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan waris atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Sumber Berita: Utusan Malaysia Online

45,000 Kakitangan Awam Tipu Sijil Cuti Sakit MC

May 26th, 2010 M.H.M 1 comment

Ish ish apa la nak jadi ni dengan tenaga kerja kakitangan awam ni. 45000 kakitangan awam telah didapati atau kantoi dalam menipu sijil cuti sakit ni. Jumlah ini aku sangat yakin hanya sebahagian sahaja di mana hanya sedikit sahaja yang terkantoi. Banyak lagi yang terlepas ni. Tak sangka, jumlah 45000 kakitangan awam ni bukan lah sedikit. Tiap-tiap tahun bukan main lagi kakitangan awam nak minta bonus, sebulan la, dua bulan la, yang diketuai En Omar Osman tetapi masing-masing perangai ish-ish. Penipuan sijil cuti sakit MC ni bukan perkara kecil. Kalau dibiarkan boleh jadi kanser dalam masyarakat Malaysia.

Apa sebenarnya yang terjadi? Ini merupakan pengalaman aku sepanjang bekerja di salah satu agensi kerajaan Malaysia. Ramai yang kata kerja gomen atau kerja kerajaan ini mudah. Tapi aku langsung tak fikir mudah. Hari-hari aku sibuk, begitu juga kawan-kawan aku yang lain dari kalangan jawatan pegawai-pegawai. Aku masuk kerja pukul 7pagi, balik pukul 8malam, kadang-kadang aku balik pukul 10malam, ada beberapa kali aku tidur kat ofis huhu. Jadi, siapa sebenarnya yang memburukkan imej berkerja di kerajaan ini? Tahu tak? Daripada pemerhatian aku, depa yang buat onar kepada imej kakitangan awam ini ialah staf di bawah dari kalangan staf sokongan. Ya betul, staf sokongan. Kenapa? Sebabnya selalu sahaja aku lihat depa ni main dengan FACEBOOK, CHATTING dan macam-macam lagi. KERJA SELALU TAK SIAP. Selalu sahaja hilang atau missing in action (MIA). Kerja lembab. Pastu sengaja buat kerja lambat-lambat supaya boleh dapat Overtime (OT). Masuk kerja lambat, keluar kerja depa paling awal. Yang terkena tempias-tempias ini ialah pegawai-pegawai yang sangat dedikasi. Aku tak nafikan, ada juga pegawai-pegawai kerajaan juga seperti ini, hampeh…dan ada juga staf sokongan yang bagus.

Satu lagi, ramai yang nak masuk kerja sebagai kakitangan awam ni hendakkan hidup yang senang dan mudah. Gaji masuk cukuplah. Buat apa kerja kuat-kuat. Kerja kuat-kuat pun bukan dapat gaji lebih macam swasta. Maka bermulalah penyakit berkira dalam kakitangan kerajaan. Mungkin pihak atasan tak nampak benda ni kot. Aku malas la nak komen lebih-lebih. Takda masa. Jadi kesimpulannya, keadaan kakitangan awam pada hari ini adalah begitu teruk di mana banyak berlaku ketidakadilan. Orang yang ikhlas dan bersemangat kerja akan dibebankan dengan kerja yang teruk. Orang yang malas dan lembab dibiarkan begitu sahaja. Gaji mereka sama. Orang yang ikhlas pun kalau lama-lama berada dalam sistem seperti ini akan pancit gak. Jadi fikir-fikirkan lah…

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam mendedahkan kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja. Presidennya, Omar Osman, berkata ada juga segelintir kakitangan awam mengambil cuti sakit kerana melakukan kerja sampingan.

“Kita tidak menghalang mencari pendapatan tambahan, tetapi biarlah kerja sampingan itu tidak mengganggu tugas hingga menjejaskan produktiviti,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan di sini, semalam. Sehubungan itu, beliau mahu perbuatan itu dipantau bagi mengelak ia bertambah kronik.

Omar berkata, berdasarkan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kakitangan yang didapati menggunakan sijil cuti sakit palsu, boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti turun pangkat atau dibuang kerja.

“Kita menyarankan Panel dan Pegawai Perubatan supaya memberi sijil cuti sakit kepada mereka yang betul-betul memerlukannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana jabatan mengenai peratus kakitangan yang menggunakan sijil cuti sakit palsu.

“Kita ada menghantar surat kepada jabatan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan yang menggunakan sijil cuti sakit palsu,” katanya kepada Berita Harian.

Sumber: Berita Harian Online

Pengawal Keselamatan Mati Dipukul di Shah Alam

May 10th, 2010 M.H.M No comments

Berita yang agak sedih bagiku. Yelah berita pasal kematian kan dan kempunan telur tembakul, ala, macam cerita batu belah batu bertangkup tu. “Mak mak, tolong mak, Melor datang, bawak Pekan, Pekan sakit, dibuat orang, tolong mak, tolong ubatkan” (dengan bernada syair hehe). Melalut pulak aku. Ni aku nak cerita pasal RM1200 gaji pertama seorang pengawal keselamatan di Shah Alam telah lesap bersama-sama dengan nyawanya sekali. Aku rasa baru sahaja minggu lepas kerajaan mengumumkan kenaikan gaji baru bagi pengawal keselamatan. Ni la orang tua-tua kata, dah takda rezeki lah tu. Takkan kerana RM1200 seorang manusia di Malaysia sangguh membunuh kot. Aku rasa mesti ada sebab lain? Itu tanggungjawab polis untuk menjalankan siasatan. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Aku nak ingatkan di sini. Dia bukan dibunuh semasa bertugas, jadi jangan lah takut dan risau untuk memohon kerja sebagai pengawal keselamatan ya. Okeh.

SHAH ALAM 9 Mei – Gaji pertama bertugas sebagai pengawal keselamatan sebanyak RM1,200 baru semalam diterimanya. Namun, malang menimpa seorang lelaki berusia 29 tahun apabila dia ditemui mati berlumuran darah dengan kepala dan mukanya cedera di rumah sewanya di Jalan Pegaga U12/5, Seksyen U12 di sini hari ini.

Mayat Mohd. Zambrizal Mohd. yang berasal dari Sandakan, Sabah ditemui terbaring di ruang tamu rumah oleh penyelia tempat kerjanya yang datang untuk mencari rakan serumah mangsa kira-kira pukul 10 pagi ini. Difahamkan, mangsa mendapat gaji pertama berjumlah RM1,200 yang dibayar secara tunai daripada majikannya semasa masuk bertugas malam tadi.

Bagaimanapun, ketika mayatnya ditemui, dompet bersama wang gaji mangsa lesap. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin berkata, siasatan awal pihaknya percaya mangsa yang bekerja syif malam dan habis bertugas pukul 8 pagi ini, dibunuh di rumahnya antara pukul 8.30 pagi hingga 10 pagi ini.

Beliau berkata, pihaknya juga percaya mangsa yang tinggal di rumah sewa disediakan majikannya bersama empat lagi rakan sekerja dibunuh oleh orang yang dikenalinya.

“Ketika ditemui, mangsa hanya berseluar panjang. Bahagian kepala dan mukanya pecah berlumuran darah dipercayai akibat dipukul dengan objek keras. Polis menemui sebatang besi panjang yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Menurut Nor Azam, ketika kejadian, tiga rakan serumah mangsa berada di tempat kerja mereka di sebuah kilang di Bukit Raja, Klang dekat sini dan seorang lagi yang dicari penyelianya pagi ini kerana tidak masuk bertugas masih gagal dikesan sehingga kini. Ujarnya, berdasarkan maklumat, mangsa telah tujuh tahun bekerja di Semenanjung dan sebelum ini bekerja sebagai penjaga sebuah kelab malam.

Tambahnya, mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di sini dan gerakan mengesan seorang rakan serumahnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sedang digiat dijalankan.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Video Youtube Kemalangan Ngeri Kenderaan Berat di Taiping

May 3rd, 2010 M.H.M No comments

Berikut merupakan sebuah kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia, melibatkan dua buah lori kenderaan berat. Kejadian ini dipercayai berlaku di Lebuhraya PLUS berdekatan Taiping arah yang sukar untuk dipastikan hehe. Ni aku rasa la sebab aku ada nampak salah seorang dari orang-orang di situ memakai baju Taiping. Kejadian ini berlaku pada tahun lepas iaitu tahun 2009. “Hello kawan, macamana kau tahu benda ni berlaku pada tahun 2009?” Aku tahu la…Sebab video ni dimuatnaikkan pada 10 Oktober 2009. Jadi kejadian ni pun lebih kurang 2-3 bulan sebulan tarikh ni la kot. Huhu. Bagi sesiapa yang tak boleh lihat video ngeri ni, tak payah la susah-susah nak tengok ye. Tak ngeri sangat pun, video Youtube ni cuma menunjukkan pasukan bomba sedang menyelamatkan seorang mangsa yang tersepit di celah-celah muatan yang lori yang sebuah lagi. Saksikan lah sendiri ya. Dan bagitahu aku sama ada mangsa tu mati ke tak?

Video Youtube

Screen Shot

Apa perasaan korang? Aku rasa mangsa yang dipercayai pemandu lori yang bewarna merah tu dah meninggal kot. Sebabnya? Kakinya kelihatan sangat kaku. Dan muka pegawai bomba tu pun macam dah berputus asa. Tak tahu lah. Takut juga aku berada dalam jalan raya ini. Macam-macam boleh berlaku. Kan ada salah satu daripada banyak tanda kiamat ialah manusia akan berasa sentiasa takut tentang keselamatan mereka. Cuba bayangkan, macam-macam boleh berlaku di jalan raya. Kita memandu kereta dalam keadaan selamat, patuh undang-undang jalan raya tetapi tiba-tiba ada melaun yang tak bertanggungjawab memandu secara bahaya dan melanggar kita. Nauzubillah.

Gaji Baru Pengawal Keselamatan Naik Julai 2010

April 27th, 2010 M.H.M No comments

Bulan Julai 2010 ini merupakan bulan durian runtuh bagi 150000 pengawal keselamatan yang berstatus jawatan tetap di mana Kementerian Sumber Manusia Malaysia telah mengumumkan untuk menaikkan gaji mereka. Dahulu purata gaji mereka adalah setakat RM300-RM400 sahaja tetapi kini mereka boleh mengecapi gaji yang tinggi iaitu sebanyak RM1300-Rm1400. Kenaikan hampir RM1000 ini sudah tentu dapat meningkatkan sedikit taraf hidup rakyat Malaysia yang bekerja dalam bidang pengawal keselamatan ini. Semoga dengan peningkatan gaji ini, tahap penjagaan keselamatan di Malaysia akan dipertingkat.

MELAKA 27 April — Kenaikan gaji untuk pengawal keselamatan mulai 1 Julai ini tetap dilaksanakan walaupun terdapat syarikat keselamatan yang kurang mampu untuk melaksanakannya. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata sebarang masalah yang timbul berhubung perkara itu akan diselesaikan oleh kementerian itu dan Kementerian Dalam Negeri.

“1 Julai ini akan dilaksanakan kerana ia sudah diwartakan, semua isu yang timbul kita akan selesaikan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa mengenai dialog antara budaya di sini, malam tadi. Khamis lepas, Subramaniam mengumumkan kira-kira 150,000 pengawal keselamatan akan menikmati gaji pokok antara RM1,100 dan RM1,450 sebulan iaitu kenaikan antara 67 dan 75 peratus, mulai 1 Julai.

Berikutan pengumuman itu terdapat beberapa syarikat pengawal keselamatan meminta kerajaan menyediakan satu mekanisme bagi membantu syarikat yang kurang mampu untuk memberikan gaji baru itu. Persidangan antarabangsa itu berlangsung selama lima hari bermula semalam dan ia dihadiri peserta dari 25 negara. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga pengerusi Yayasan Belia Dunia (WYF).

Sumber: Utusan Online

Remaja Jatuh Mati Selepas Berkhalwat di Selayang

April 25th, 2010 M.H.M No comments

Bagi kebanyakkan orang, ini hanyalah berita biasa. Tapi bagi aku, ini merupakan satu berita yang dasyat. Sebab apa? Kerana seorang remaja lelaki ISLAM telah meninggal dunia dalam keadaan yang berdosa. Sama ada dia telah terlanjur ataupun tidak sebelum jatuhnya remaja tersebut ke lubang ‘neraka’ dunia, yang pasti dia telah berdua-duaan dengan seorang wanita yang bukan muhrim. Jika kita fikir-fikir kan lah, gerangan pihak ketiga yang muncul apabila seorang pemuda dan seorang wanita yang tidak ada apa-apa hubungan berdua-duaan dalam sebuah bilik. Nauzubillah. Adakah akhlak dan iman remaja-remaja islam sekarang ini sudah mencapai tahap yang paling tahi sekali? Kita yang masih hidup ini, semoga mengambil iktibar dari kisah ini. Mati boleh menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Selalulah berdoa kita akan mati dalam keadaan kematian yang baik. InsyaAllah.

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu mengelak ditangkap berkhalwat, seorang pemuda terbunuh selepas terjatuh dari rumah sewa teman wanitanya di tingkat lima Apartmen Jelutong, Selayang Heights, di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun dan masih menuntut di Kolej Komuniti Selayang dikatakan cuba mengelak ditahan dengan melarikan diri melalui tingkap sebaik pintu rumah diketuk sepasukan pegawai pencegah maksiat dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Bagaimanapun, pemuda itu dipercayai tergelincir ketika cuba meniti tembok luar bangunan yang licin sebelum terjatuh dan mayatnya ditemui terperosok dalam longkang di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pelajar terbabit mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

“Berdasarkan keterangan pegawai (Jais) terbabit, mereka melakukan serbuan ke rumah itu selepas mendapat maklumat ada aktiviti maksiat di situ. Bagaimanapun, ketika mengetuk pintu rumah berkenaan, mereka terdengar bunyi seperti objek jatuh. Pintu kemudian dibuka seorang gadis Melayu, dipercayai teman wanita mangsa dan didapati tingkap rumah itu terbuka. Curiga dengan keadaan itu, pegawai terbabit memeriksa ke luar tingkap dan mendapati ada seorang lelaki terperosok dalam longkang,” katanya.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan sudah dituntut warisnya untuk dikebumikan. Katanya, teman wanita mangsa yang turut menuntut di kolej sama kini ditahan oleh Jais untuk siasatan.

Sumber: Berita Harian Online

IPTS dan IPTA Diseragam: Pelajar Wajib Kredit 5 Subjek Menjelang 2015

April 23rd, 2010 M.H.M No comments

Kat Malaysia ini, aku rasa orang yang paling aku respek sekali ialah Prof Dato Radin Umar Radin Sohadi, yang kini Ketua Pengarah di Kementerian Pengajian Tinggi. Sebabnya? Beliau merupakan bos pertama aku dan walau tak lama, aku dah dapat rasa semangat dan impak dia dalam membuat kerja. Selain tegas dalam membuat keputusan, beliau juga sangat baik kepada anak-anak buahnya dan senang didekati. Paling aku hormat sekali ialah walaupun dia sedang mengalami kesakitan yang amat sangat (melalui proses kemotraphy sebab dijangkiti kanser), beliau masih boleh bekerja dan berfikir secara cerdas dan penuh wisdom. Berita tentang IPTS dan IPTA yang bakal diseragamkan ini juga turut merupakan buah fikiran beliau. Thumbs up bos! :)

KOTA BHARU: Syarat wajib kelulusan untuk kemasukan pelajar baru ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta negara ini akan diseragamkan pada sekurang-kurangnya kredit dalam lima subjek, menjelang 2015. Ketika ini, peraturan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menetapkan pelajar hanya perlu mempunyai kredit dalam tiga mata pelajaran untuk memasuki IPTS dan lima kredit untuk memasuki IPTA. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata penyeragaman syarat baru itu perlu dibuat bagi memastikan kualiti pengajian tinggi negara ini berada pada landasan terbaik dan mengelakkan ‘double standard’ dalam pengambilan pelajar IPTA dan IPTS, sedangkan pelajar mengambil jurusan sama.

“Adalah tidak bagus (mereka yang menuntut di IPTS) ini dilihat sebagai pelajar kelas bawahan, sedangkan mereka mengambil jurusan peringkat diploma ataupun ijazah,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas rungutan yang disalurkan kepada Berita Harian berikutan dakwaan Kementerian Pengajian Tinggi mahu melaksanakan syarat baru kemasukan pelajar, Jun ini, dengan menetapkan hanya pemohon memiliki kelayakan lima kredit dalam mata pelajaran dipertimbangkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pilihan masing-masing.

Syarat baru itu menimbulkan kebimbangan di kalangan pengendali IPTS terhadap kesukaran mendapat pelajar baru. Ibu bapa juga bimbang anak mereka sukar melanjutkan pengajian pada peringkat tinggi sekurang-kurangnya diploma, selepas gagal mendapat tempat di IPTA. Menjelas lanjut, Radin Umar berkata, pihaknya menyedari syarat berkenaan tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa.

Berikutan itu, katanya, IPTS akan diberi panduan serta ruang bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan dasar baru itu kelak

Sumber: Berita Harian Online

Gambar X-Ray Pensel Kemaluan Mangsa Rogol

April 22nd, 2010 M.H.M No comments

Astagfirullahalazim. Aku beristighfar banyak-banyak setelah membaca berita rogol ini. Negara telah digemparkan oleh berita tentang penemuan sebatang pensel dalam kemaluan seorang remaja yang menjadi mangsa rogol rakan sekelasnya. Tergamak memperlakukan seorang remaja yang meningkat dewasa seperti itu. Adakah pembuat perkara luar tabie ini merupakan seekor binatang? Atau lebih teruk lagi? Aku terasa semua warga Malaysia tidak kira apa-apa kaum pun, wajib melaknat pembuat dosa yang lebih teruk dari seekor anjing. Bayangkan jika perkara serupa terjadi kepada kaum keluarga kita yang terdekat? Bodoh dan gila! Lebih teruk lagi kejadian ini terjadi di dalam kawasan sekolah. Salah siapa kah benda ni boleh terjadi. Nauzubillah.


Sekadar Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah di Rawang yang dirogol rakan sekelasnya dalam bilik darjah, minggu lalu, bukan saja disahkan sudah mengandung sebulan, malah sebatang pensel sepanjang empat sentimeter turut ditemui dalam kemaluannya. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata berdasarkan hasil laporan pemeriksaan hospital yang diterima semalam, polis percaya mangsa sudah lama dijadikan bahan pemuas nafsu beberapa pelajar serta didera sewaktu diperkosa.

“Kes ini disiasat secara menyeluruh kerana mangsa yang tinggal di sebuah rumah kebajikan di Rawang, bukan saja dirogol ketika waktu persekolahan, malah didera,” katanya kepada pemberita di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang, 13 April lalu, pelajar itu yang bersendirian dalam kelas, dikatakan dirogol seorang rakan sekelasnya manakala beberapa lagi pelajar lelaki mengepung mangsa bagi mengelak insiden itu disedari pelajar lain termasuk guru.

Mangsa hanya memberitahu mengenai kejadian itu kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan, Ahad lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Rawang pada hari sama. Rosly berkata, sebaik menerima laporan itu, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan, manakala suspek ditahan di sekolahnya pada keesokannya.

“Siasatan awal mendapati mangsa sudah banyak kali dirogol suspek sejak beberapa bulan lalu. Kita percaya mangsa turut diperkosa lebih daripada seorang pelajar. Namun, mangsa takut untuk membuat laporan kerana dipercayai diugut suspek yang akan bertindak lebih teruk sekiranya perkara itu didedahkan,” katanya.

Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa pelajar yang dipercayai bersubahat dalam kejadian itu. Katanya, mangsa yang ditempatkan di hospital, kini mengalami trauma teruk dan hanya berdiam diri

Sumber: Berita Harian Online

Tahniah! TNB Catat Untung RM1.6 bilion

April 21st, 2010 M.H.M No comments

Alhamdullillah. Tenaga Nasional Berhad atau lebih kita kenali sebagai TNB telah mengalami keuntungan yang hebat dan banyak dalam separuh pertama berakhir. Kalau darab 4 separuh untuk melengkapkan satu tahun, maka keuntungan TNB sebelum cukai adalah sebanyak RM6.4 bilion. Banyak tu, macam leh buat satu lagi KLCC je. Hehe. Bagus la, buat apa untung banyak-banyak, kasi la elektrik murah sikit kat rakyat. Tapi korang punya polisi bagus gak. Aku selama dok rumah sewa, dah lebih kurang 6 bulan, sekali je aku kena bayar elektrik, sebab tiap-tiap bulan bil aku tak lepas dari tahap subsidi (lebih kurang RM20 sebulan, ke RM15, entah la). Itu pun sebab wife aku tercuai tutup pintu peti ais tak rapat. Maka melambung la bil elektrik.

KUALA LUMPUR 20 April – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mencatatkan keuntungan sebelum tukaran asing sebanyak RM1.6 bilion untuk separuh pertama berakhir 28 Februari 2010

Sumber: Utusan Malaysia

Kualiti Duit RM50 Baru – Bagus?

March 25th, 2010 M.H.M 1 comment

Tahun lepas iaitu tahun 2009 merupakan tahun di mana Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan duit RM50 baru bagi menggantikan yang lama. Walaupun demikian, duit lama RM50 masih laku untuk digunakan sekarang di pasar-pasar dan kedai-kedai. Perihal tentang duit baru RM50 ini, selepas menjadi sasaran sindiket duit Rm50 palsu (mungkin kerana senang nak cimplak kot), kini terdengar desas desus yang mengatakan duit baru RM50 ni tak bagus. Betul ke ni. Seperti dalam gambar di bawah ini. Terdapat perbezaan yang sangat ketara antara duit-duit di Malaysia ini.

Pastikan anda tidak terbasuh duit RM50 baru. Seorang jurutera di PJ,Yeoh Jit Shiong, 25, telah terendam beg duitnya dalam mesin basuh. Apa yang mengejutkan ialah wang rm50 yang baru dikeluarkan dari mesin ATMnya telah hilang sekelip mata. Apa yang berlaku sebenarnya ialah not RM50 baru telah hilang gambar cetakannya termasuk no siri. Yang tertinggal hanyalah benang keselamatan dan watermark sahaja.

Manakala wang RM50 lama dan RM10 yang turut tercuci tidak rosak sama sekali. Jika wang RM50 lama boleh bertahan berada di dalam mesin cuci, mengapa tidak wang RM50 baru , yang seharusnya yang diperbaiki, dan telah di upgrade versinya?

Pendapat aku la kan. Mamat yang kurang bernasib baik ini, yang mana duit RM50 barunya rosak hancur teruk selepas membasuh ni kan, telah dapat duit palsu. Ya betul, duit yang hancur tu ialah duit palsu. Buktinya? Sebab dia hancur. Yang original tak hancur kan, cuba tengok yang kat dalam gambar tu. Maka, saya harap semua penduduk di Malaysia agar lebih berhati-hati dengan duit RM50. Korang setuju tak ni? Sila bagi pendapat…

Sumber: Email melalui Isu Hangat

Elaun RM2000 untuk Juara Qari Qariah

February 5th, 2010 M.H.M No comments

Alhamdullillah. Ini merupakan berita baik yang kedua selepas yang pertama. Kalau beberapa hari yang lepas, kerajaan telah menaikkan gaji anggota polis, kali ni golongan qari qariah pula mendapat durian runtuh. Tetapi dengan syarat mereka hendaklah menjadi johan kebangsaan. Susah gak tu. Aku saja nak bayangkan lah berapa mereka ini akan dapat. Setahun ada 12 bulan. Anggaran hidup manusia ialah 60 tahun. 60 x 12 x 2000 = RM 1.44 juta. Boleh jadi jutawan gak ni. Tapi aku lebih suka jika golongan hafiz dan hafizah (golongan yang hafaz quran) turut mendapat elaun ini. Secara tidak langsung dapat menggalakkan pembangunan ulama-ulama di kalangan rakyat Malaysia. Sekadar cadangan. Apapun, syabas!

Johan al Quran

PUTRAJAYA 5 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian insentif berupa wang tunai sebanyak RM2,000 secara tetap setiap bulan dan sepanjang hayat kepada setiap qari dan qariah yang menjadi johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan. Menurut Perdana Menteri, bayaran imbuhan itu akan diberikan mulai Oktober tahun lalu sehingga ke akhir hayat mereka.

Beliau juga membawa khabar baik kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah menengah agama (SMA). Katanya, kerajaan akan memberikan biasiswa Yayasan 1Malaysia Development Bhd. mulai tahun ini pelajar-pelajar cemerlang lepasan SMA untuk menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda bidang perubatan di Mesir.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk memberikan sumbangan kewangan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti masyarakat dan dakwah di negara ini. Perdana Menteri berkata demikian pada Majlis Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sumber Berita: Utusan Online

Related Posts with Thumbnails