Archive

Posts Tagged ‘Populasi’

40,000 warga India Tinggal di Malaysia Secara Haram

January 12th, 2010 M.H.M 1 comment

Apa? 40000? Aku tahu mana depa ni semua hilang. Tu dekat kedai mamak yang pakai kopiah layan makan korang tu. Pastu dekat kawasan pembinaan. Pastu mana lagi ye? 40000 tu suatu nilai yang besar tu. Bukan perkara yang kecil. Kalau penduduk India Malaysia secara rasminya mempunyai lebih kurang 1.8 juta orang. Kalau tambah penduduk ‘import’ ni, makan bertambah lah kaum ini di Malaysia. Berita baik gak ni. Tapi, takda la banyak sangat pun kalau nak ikutkan. Apa-apapun, berita ini disampaikan oleh abang Najib kita di Putrajaya. Ayuh kita baca.

PUTRAJAYA: Sejumlah 39,046 warganegara India “hilang” di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu merupakan isu yang membimbangkan bagi negara ini, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, mereka tidak dapat dikesan daripada rekod Jabatan Imigresen, menurut anggaran yang dibuat pada Jun tahun lalu.

“Keadaan itu menyebabkan jabatan itu kurang berminat mengeluarkan visa waktu ketibaan kepada warganegara India kerana kemudahan itu telah disalahgunakan, terutamanya mereka dari Chennai. Mereka ini yang datang ke Malaysia melalui kemudahan visa waktu ketibaan mungkin telah kembali ke India atau masih berada di negara ini…(mungkin) bekerja di restoran-restoran India. Kami tidak tahu di mana mereka ini berada sekarang…kemungkinan masih berada di Malaysia atas alasan ekonomi,” katanya dalam temu bual dengan wartawan India yang sedang dalam rangka lawatan ke sini, di pejabatnya di sini semalam.

Najib membayangkan beliau mungkin akan membangkitkan isu itu pada lawatan rasmi tiga hari beliau ke India, bermula 19 Januari ini. Perdana Menteri berkata Malaysia bersikap agak liberal dalam membenarkan sami dan tukang gunting rambut dari India untuk datang dan bekerja di negara ini.

“Kami mengalu-alukan warganegara India datang melawat ke Malaysia sebagai pelancong. Kami bersikap agak liberal. Kami mahu mereka yang benar-benar tulen. Mereka amat dialu-alukan. Kami bersedia menimbangkan memperkenalkan semula skim visa itu bagi mereka yang datang dari bandar raya seperti Bangalore, Mumbai dan Delhi tetapi bukan dari Chennai. Masalah tinggal melebihi tempoh hanya membabitkan dari Chennai,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengadakan dialog dengan kumpulan pendesak Hindraf, Najib berkata semua pihak perlu sedar bahawa kumpulan itu telah ” memperbesar-besarkan dan memanipulasi sepenuhnya seluruh situasi” membabitkan minoriti etnik India. Beliau berkata kebanyakan kaum India di negara ini mahu kerajaan sensitif terhadap keperluan mereka dan kerajaan responsif terhadap perkara itu.

“Kami telah menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi kaum India dan saya tidak nampak yang Hindraf telah menjadi kuasa yang penting dalam politik Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai langkah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bakal melantik duta khas untuk Jammu dan Kashmir, Najib berkata sebarang tindakan susulan hanya akan dapat dilakukan dengan persetujuan India dan Pakistan.

“Malaysia berpendapat isu ini wajar diselesaikan melalui rundingan secara aman,” katanya.

Sumber Berita: Berita Harian

Jumlah Penduduk India di Malaysia 2009

October 22nd, 2009 M.H.M 2 comments

Berdasarkan sumber yang sukar dipercayai iaitu Wikipedia, penduduk India di Malaysia ini merangkumi hanya 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia iaitu sebanyak lebih kurang 25 juta orang. Jadi, jika kita membuat perhitungan akal mahupun kalkulator, kita akan dapati jumlah mereka hanya lah 1.8 juta orang. Kalau wikipedia tu tipu aku, kiranya aku tipu anda semua lah. Tapi rasanya 90% betul kot info dari situ InsyaAllah. Hmm hari itu time kami sedang makan bersama-sama di sebuah kedai makan di Kajang, kawan aku pernah cerita yang jumlah pendatang asing kat Malaysia ni lagi banyak dari jumlah orang India. Tapi aku malas lah nak cari berapa jumlah orang asing di Malaysia ini. Perlu diingat, jika anda rajin mencari, jumlah penduduk asing yang anda dapat tu perlu didarabkan dengan dua. Sebab apa? Buat-buat taktau pulak. Sebabnya ramai yang datang ke Malaysia secara haram, naik tongkang pastu pecah, pastu mati. Kesian. Kita kat Malaysia ni sangat bahagia, tak perlu nak naik tongkang reput untuk cari kerja, atau menyabung nyawa sendiri untuk sesuap nasi. Maka bersyukurlah kita ya. Kamu orang India pun kena banyak-banyak bersyukur juga. Dah dapat informasi yang kamu cari?


Sumber: Akademi Fantasia dot Org

Jumlah Penduduk di Malaysia Tahun 2009

October 10th, 2009 M.H.M 1 comment

“…Malaysia oh tanah airku..tempatnya tumpah darahku…negeri yang kaya dan makmur..” Tiba-tiba sahaja aku terfikir berapa lah sebenarnya jumlah rakyat negara Malaysia yang pelbagai kaum ini. Jika kita fikir-fikir, rasanya macam tak ramai je. Tapi yang jelas, perasaan kita itu takkan membawa apa-apa kesan jika kita tidak membuat sedikit penyelidikan. Dengan kata lain, kita mestilah bersumberkan sesuatu dalam mendapatkan maklumat. Jadi rasa-rasanya berapa ramai penduduk di Malaysia.

Berasakan diriku yang bagus, aku mendapati, berdasarkan U.S. Census Bureau, International Database yang dikeluarkan baru-baru ini, jumlah terkini rakyat Malaysia (yang didaftarkan) ialah seramai 25,715,819 orang, dan jumlah ini ialah yang ke 46 tertinggi di dunia. Penduduk teramai di dunia ialah China (1,338,612,968), diikuti dengan India (1,166,079,217) dan yang ketiga ialah negara yang berasa bagus, sapa ye? Sapa lagi kalau bukan United States (307,212,123). Ni berdasarkan perangkaan terbaru pada tahun 2009 dan jumlah penduduk dunia ini akan bertambah dengan masa.

Hmmm, takda la ramai sangat pun rakyat United States tu, hanya satu per tiga daripada negara China. Dan kita pulak, takda la teruk sangat kan, no ke 46, so ok lah. Tapi kalau kuantiti tak bagus, tak bagus gak kan. Kualiti yang paling penting. Setuju tak dengan informasi ini?

Related Posts with Thumbnails