Kewajaran Remaja 15 Tahun Ditembak Polis PDRM
Terlebih dahulu, saya mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa remaja yang telah ditembak mati oleh seorang anggota polis. Memang amat menyedihkan apabila insan yang paling kita sayang telah pergi meninggalkan kita. Semoga arwah ditempatkan di tempat yang baik insyaAllah. Pandangan saya ini hanyalah sebuah pandangan yang tidak ada kena mengena atau pro kepada sesiapa.
Insiden tembak mati yang tidak sengaja ini telah menjadi buah mulut kepada semua rakyat Malaysia. Ia juga turut menjadi fenomena di laman terkenal tanahair mahupun dunia iaitu Facebook. Ramai yang menuduh PDRM sebagai menyalahgunakan kuasa, tidak bertanggungjawab, teruk, dah sangat korup (macam tak kena mengena je) dan bermacam-macam lagi. Hakikat yang perlu kita ketahui yang mereka ini hanyalah manusia, dan sedang dalam menjalankan tugas.
Bayangkan. Ya aku suruh korang bayangkan yang korang ni sebagai polis peronda. Pada suatu malam yang gelap, awal-awal pagi, sekitar pukul 2 pagi, waktu yang baik untuk ramai penjenayah untuk bekerja, tiba-tiba, sebuah korang ternampak sebuah kereta dipandu laju, dipandu secara bahaya, dan ditambah lagi yang ianya sedang dikejar oleh beberapa buah motorsikal, menambahkan lagi syak korang. Sebagai seorang anggota polis yang bertanggungjawab, dan dalam tugas meronda, kejadian ini menarik perhatian korang. Maka korang pun kerja sama kereta yang disyaki sedang melakukan jenayah. Korang kejar, dan korang sudah bunyikan seren polis, dan suruh kereta tu berhenti, tapi dia tak berhenti juga. Korang pun lepaskan tembakan kerana menyangkakan yang pemandu dalam kereta tu merupakan penjenayah yang sangat berbahaya. Akhir sekali korang menembak lagi, kali ni terkena kepada salah seorang dari penghuni dalam kereta tersebut. Kereta berhenti. Korang yang tengah cemas mengejar penjenayah ini pun terus meluru ke kereta mangsa sambil pistol masih di tangan. Dalam keadaan spontan, korang terus menyepak dan menyerang sesiapa sahaja yang berada dalam kereta. Yelah, kalau korang berbuat baik, ‘penjenayah’ itu mungkin mengambil kesempatan dengan mengeluarkan senjata seperti parang untuk membunuh korang. Selepas diperiksa betul-betul, “Ya Allah, budak rupa-rupanya yang aku tembak ni. Kenapa? Kenapa? Kenapa budak boleh bawak kereta waktu pagi-pagi buta ini? Ada lesen ke? Apa mak bapa dia buat kat umah? Kenapa? Kenapa? Aku tidak sengaja!” Maka korang pun menjadi bualan rakyat Malaysia yang haprak satu pun tak tahu pasal lumrah kerja sebagai polis.
Polis pun satu, tak usah buat press statement yang pelik-pelik dan yang macam kamu tu bersalah. You are doing nothing wrong. It is just a mistake and just an accident. Perlu tegas dalam hal-hal semacam ni. Buka balik buku standard operational procedures (SOP) dan tunjuk kepada awam yang tindakan dibuat oleh anggota terbabit memang ada dalam buku SOP. Jumpa keluarga mangsa, dan minta maaf. Saya hanya menjalankan tugas.
2 tahun lalu, 2 orang remaja memandu motorsikal tanpa ada lesen dan tidak tahu pun undang-undang jalan raya. Menaiki motor adalah kegemaran mereka. Mereka pun bersiar-siar dengan enaknya. Tiba-tiba kerena kejahilan mereka dalam cara melintas jalan simpang empat dan tidak mematuhi tanda jalan raya, motorsikal mereka telah dilanggar oleh sebuah kereta. Kereta itu pun memecut lari meninggalkan tempat tersebut apabila menyedari telah melanggar pemandu dan pembonceng motorsikal yang bodoh lagi jahil. Pada masa yang sama, ibu bapa aku terkejut melihat tiba-tiba ada sebuah motorsikal melambung masuk ke laluan perjalanan mereka. Bapa ku mengelak dan terus kereta terbalik masuk ke parit. Dan ibu bapa ku meninggal dunia di tempat kejadian. Ini merupakan kejadian sebenar, aku anak yatim piatu. Qadak dan Qadar Allah, kita sebagai yang hidup haruslah meredhai dengan apa yang terjadi.
Bayangkan pula, remaja yang masih mentah, tidak ada lesen, dan dalam keadaan bersalah, pertama telah melanggar kereta orang, selepas itu dikejar orang, dan dikejar polis pula. Suasana menjadi cemas. Beliau takutkan tembelang beliau mencuri kereta abang iparnya dan juga tembelang beliau keluar rumah secara haram diketahui keluarga. Malu, nanti semua orang akan tahu! Maka beliau kena la bawa laju walaupun dia pun tak berapa nak tahu bawa kereta. Dalam keadaan yang gabra itu, terdengar bunyi tembakan amaran. Nak berhenti ke tak ni. Berhenti la, takut aku….tiba-tiba, bammmm….kenapa gelap duniaku….
Bayangkan lagi remaja yang menaiki kereta abang iparnya, yang hanya berumur 15 tahun, yang pastinya tiada lesen memandu. Memandu dengan laju dan dalam keadaan yang gila, melanggar salah seorang dari keluarga korang. Bukan satu, tapi dua, adik-adik korang yang sedang berbasikal di tepi jalan, dirempuh dan terbunuh ditempat kejadian. Apa perasaan korang? Adakah korang dapat memaafkan orang yang jahil (tidak ada lesen memandu) dan cuai dalam memandu kereta? Fikir-fikirkan lah…semua orang ada sahamnya masing-masing…








Recent Comments