Archive

Posts Tagged ‘Norman AF8’

Norman KRU Pengetua AF8 – Akademi Fantasia

February 10th, 2010 M.H.M No comments

Teka teki telah pun terjawab di mana Norman KRU telah pun dilantik menerima beban sebagai pengetua akademi fantasia musim ke 8. Hmm aku rasa pelik la. Kenapa masa aku menaip ni kan. Aku asyik-asyik macam nak tertulis Norman Hakim. Haha hebat betul la kau Norman Hakim. Sampai tangan aku pun boleh terpengaruh. Ceh. Tengok. Berita AF8 telah di interframe oleh Norman Hakim. Anyway, pengacara AF8 masih lagi belum terjawab. AC Mizal telah awal-awal lagi menolak. Sarimah pula telah diberi tanggungjawab untuk mengendali debaran baru akademi fantasia. Jadi siapakah gerangan yang akan menggantikan AC Mizal. Adakah Aznil? Mari kita sama-sama nantikan. Huhu.

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Diberi tanggungjawab besar menggalas tugas sebagai Pengetua Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) merupakan satu penghormatan buat Norman Abdul Halim, 37. Atas alasan itu, dia berazam untuk membimbing dan membentuk bakat-bakat baru dalam mencari hala tuju mereka dalam seni khususnya bidang muzik.

“Saya mahu melakukan satu perubahan baru dalam AF8 iaitu mencari muzik yang sesuai untuk setiap pelajar yang terpilih nanti. Seperti mana yang kita tahu, bukan semua boleh menjadi penyanyi versatil dan semua ini harus dilakukan di peringkat awal agar mereka tidak akan tercari-cari arah apabila keluar dari akademi. Saya percaya dengan bantuan barisan tenaga pengajar, impian ini dapat direalisasikan dalam mencari penghibur negara yang disegani,” jelas Norman ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman pengetua, tenaga pengajar dan pengacara AF8 di sini malam ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah dan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi. Pemilihan Norman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios itu dilihat bertepatan sekali memandangkan trek rekod cemerlang yang pernah dicipta bersama kumpulannya, KRU. Namun begitu, Norman sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan dan menganggapnya sebagai satu cabaran sebagai Pengetua AF8.

“Apa yang boleh saya katakan, saya akan menerajui AF8 sebaik mungkin berdasarkan pengalaman saya selama 18 tahun bersama KRU,” ujar Norman yang mengesahkan kedudukannya sebagai Pengetua AF8 pada pertengahan bulan Januari lalu.

Sementara itu, Sarimah Ibrahim terus diberi kepercayaan untuk mengendalikan program baru, Debaran Akademi Fantasia.

Sumber Berita: Utusan Online

Related Posts with Thumbnails