Archive

Posts Tagged ‘Lawak Jenaka’

Pemakaian Helmet Motorsikal Yang Betul

March 18th, 2010 M.H.M No comments

Gambar ini telah dimuatnaikkan di laman facebook baru-baru ini oleh salah seorang kawan yang saya tidak kenal di bukamuka itu. Kelakar gak cara pemakain helmet motorsikal pakcik ni ye. Korang rasa orang negeri mana pakcik yang hensem ini?

Klu yang ada dalam tersebut ialah nombor poskod, nama jalan dan nombor plat kenderaan. Tapi nombor plat kenderaan tu tak nampak la. Maka kita pergi kepada nama jalan iaitu Jalan Hospital. Adui..Banyak sungguh Jalan Hospital dekat Malaysia ini. Maka aku pergi tanya Pakcik Google. Dia kata poskod 16000 tu terletak di Jitra Kedah. Dan satu lagi dekat Kota Bharu. Kira antara satu la. Kedah lawan Kelantan…Tu diaaaa…kreatif sungguh orang Kedah atau Kelantan ni na. Gurau-gurau je..maaf zahir batin ya pakcik helmet :)

P/S: Kalau sesiapa tahu kat mana poskod 16000 ni, bagitau lah ye. Jangan segan-segan…

Pemandu Sesat 600km Kerana Tersalah Simpang!

November 20th, 2009 M.H.M No comments

Kali ini aku cuba untuk bercakap Indonesia. Betulkan aku ye kalau salah. Bisa saja ya mas. Mari dengar berita pelik ini!

81 tahun pria Australia menjadi hilang pada pagi hari ketika dalam perjalanan ke toko-toko dan akhirnya dijumpai hampir 600km dari rumah asalnya. Eric Steward (pria yang sesat) mengatakan kepada polisi ia gagal untuk berhenti karena dia memang “suka memandu”.

Lebih dari delapan jam kemudian, setelah mengambil salah belok di jalan raya, ia meminta polisi negara bahagian Victoria untuk bantuan.

“Aku hanya pergi keluar di jalan untuk memandu dengan baik, tenang dan damai. Aku tidak tahu ke mana aku pergi tapi aku tahu itu di suatu tempat, dan dengan sedikit keberuntungan saya pada akhirnya akan menemukan istri saya lagi,” katanya.

Istrinya, Clare, telah menjadi semakin khawatir mengenai pasangannya setelah mencapai dia di handphonenya kerana suaminya itu telah mengidap sedikit demensia (penyakit mudah lupa).

“Dia sopir yang baik. Sangat fokus, aku tahu bahwa banyak. Kami akhirnya tahu di mana dia ketika aku berkata ‘Apakah ada tanda-tanda di sekitar?” Dia berkata, ‘eh, Westgate Bridge’, “katanya dalam referensi Melbourne yang terkenal tengara.

Polisi negara bagian Victoria Clayton Smith mengatakan Mr Steward telah datang kepadanya di sebuah stasiun layanan dan mengatakan kepadanya, ia telah hilang.

“Meskipun kami harus tertawa. Ketika kami bertanya mengapa dia tidak berhenti sebelumnya dia menjawab,” Aku hanya ingin memandu “,” katanya.

Mr Steward tidak peduli tentang semua perhatian, mengutip usia sebagai faktor yang membebaskan dalam petualangannya.

“Ini banyak rewel bukan?” katanya.

“Saat Anda masuk ke 80 dan di luar itu tidak penting banyak. Dia ada di luar sana menunggu untuk kami dan Anda hanya harus menunggu giliran Anda.”

Dia menolak usulan untuk mendapatkan sistem navigasi satelit.

“Kenapa kau ingin salah satu dari mereka? Anda tidak dapat tersesat. Tidak ada kesenangan dalam hal itu.”

Sumber Berita: BBC UK

Karangan ‘Terbaik’ UPSR

November 19th, 2009 M.H.M 13 comments

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Wireman Dari Bangla

November 18th, 2009 M.H.M 1 comment

Setelah menetap selama setahun di Kemaman aku mula merasakan kadang2 cuaca waktu malam dibilik rehat rumah ku agak panas juga. Melalui seorang kawan baik aku belilah kipas ceiling dan syarikat penghantaran telah mengupah seorang wireman Bangla untuk memasang kipas saya itu. Saya lampirkan untuk tatapan tuan2 cik2 dan puan2 workmanshipnya yang sungguh hebat ini. Memang masih belum ada anak melayu yang sehebat ini.

Haha aku tak boleh nak menyembunyikan rasa geli hati aku apabila melihat gambar di atas ini. Tetapi persoalannya, betul ke wireman Bangla yang buat. Pandai-pandai je cakap. Bukan nak backing atau apa, tapi tak nampak bukti yang Bangla yang buat. Aku boleh cakap, wireman cina atau melayu sendiri yang buat. Mesti betul-betul tak suka korang dengan Bangla ni kan. Aku paham. Tapi memang lawak la benda ni. Tapi bengong lagi tuan rumah ni sebab tak pantau pemasangan kipas ceiling yang dibelinya. Haha. Entah-entah Bangla tu ada kasi remote kontrol, korang je tak nampak. Canggih canggih canggih..

Related Posts with Thumbnails