Archive

Posts Tagged ‘Kreatif’

Perempuan Terkecil di Dunia…Eh Tidak!

June 2nd, 2010 M.H.M 2 comments

Berikut merupakan gambar perempuan terkecil di dunia duduk di atas sebuah kerusi ditemani oleh seorang teman lelakinya. Tetapi status yang bertaraf dunia iaitu sebagai perempuan terkecil sekali hanya berkekalan pada sementara waktu sahaja. Kenapa? Kerana selepas beberapa lama, dia menjadi perempuan biasa kembali. Bagaimana boleh berlaku macam tu? Ko tengok je la gambar tu, artis tu menggunakan teknik perspektif untuk menipu mata anda. Dengan hanya mengubah kedudukan lensa kamera, kita boleh dapati hasil seperti ini. Sebagai contoh yang tertera: Perempuan terkecil di dunia. Mungkin lepas ni korang boleh tingkatkan kreativiti korang dengan menghasilkan gambar lelaki tertinggi atau terbesar di dunia ke. Mana lah tau. Ini lah masanya kan. Selamat mencuba!

Perempuan Terkecil Dunia
Sumber: Reddit.com

‘Sungai’ Biru di Tengah Bandar Holland Yang Aneh

December 13th, 2009 M.H.M No comments

Hasil seni ’sungai’ biru ini telah dihasilkan oleh seorang artis yang bernama Henk Hofstra di Drachten, Holland. Seni ini membuktikan yang hasil kreatif boleh diluahkan di mana sahaja dan ini merupakan satu contoh ketidakbatasan hasil seni yang boleh dicapai oleh manusia. Jalan yang ter’ukir’ dengan sungai biru ini dihasilkan sejauh 1000 meter atau 1 kilometer. Di sebalik warna biru itu juga dicatkan juga perkataan “Water is Life” yang sepanjang 8 meter. Jalan biru ini merupakan satu simbolik yang menunjukan kepada sejarah tempat itu sendiri yang mempunyai jalan air dahulu kala. Ini bukan sahaja merupakan satu kenangan kepada alam sekitar, tetapi juga merupakan satu inspirasi kepada penduduk bandar Drachten.

Blue Road Holland

Selain daripada cat jalan bewarna biru, beberapa hasil seni rekabentuk lain seperti kereta yang tenggelam juga dibuat dan dipamirkan. Projek ini telah menggunakan 4000 liter cat dan mempunyai kos sebanyak 75000 euros atau kalau ditukarkan kepada mata wang Malaysia, ialah lebih kurang RM350,000.00. Separuh daripada kos ini telah ditanggung oleh majlis daerah. Hmmm amacam? ada mana-mana majlis daerah sanggup keluarkan lebih kurang RM150k untuk buat projek seperti ini? Mari-mari… Read more…

Semoga Hari Minggu Anda Bahagia

November 1st, 2009 M.H.M No comments

Haha sebab terlalu sibuk sangat dengan kerja dan hidup, maka aku terasa malas nak update blog dengan perkataan yang panjang-panjang. Maka aku pun dengan senang hati berdoa agar semoga hari minggu anda semua bahagia dan sejahtera selalu. Walau nampak macam kreatif, tapi ngeri jugak kalau nak makan roti bakar yang macam ni kan?

Sumber: Flickr

Kerusi Labah Labah yang Istimewa

October 23rd, 2009 M.H.M 13 comments

“Spiderman, spiderman, spiderman where are you..” Tu lagu dalam cerita Spiderman yang makcik tua tepi jalan nyanyi time Spiderman merajuk. Walaupun entri kali ini tak kena mengena ngan superhero spiderman pun, tapi saya saja nak jugak buat intro dengan benda ni. Actually entri kali ni hanyalah nak cakap pasal kepelikan kerusi labah-labah ni. Kawan saya dari alam maya (stumbleupon) bagi saya link ni di mana seorang pereka design dari Japan telah menyerlahkan bakat artistiknya dengan menghasilkan kerusi labah-labah yang dibina dari jalinan wayar besi. Ianya bukan sahaja sangat unik dan kreatif tapi juga sangat ringan! Menggagumkan! Lihat gambar-gambar di bawah ini, tidakkah ini mendatangkan keterujaan anda untuk menjadi kreatif?




Sumber: Pedulum dot Com

Menangkap Gambar Kelawar Terbang

October 13th, 2009 M.H.M 1 comment

Apabila aku melihat gambar di atas yang difotografikan dari pakar fotografi luar negara, “Subhanallah, Maha Suci Allah, sungguh cantik sekali gambar kelawar ini”. Teringat aku tentang satu ayat al-Quran dalam surah al-Mulk mengatakan lebih kurang tidakkah kamu ni memerhatikan burung-burung yang berterbangan di langit mengibaskan sayap dan kalau bukan kuasa Allah, sudah tentu burung itu akan jatuh. Lebih kurang macam tu lah, kalau nak baca dengan terperinci, pergilah buka kitab tafsir ya. Anda nak tahu tak bagaimana gambar ini boleh diambil. Bukan senang macam ABC. Cuba lihat gambar di bawah pulak. Hehe. Sekarang baru anda tahu bukan semua benda mudah ya. Untuk pesanan diri sendiri, marilah kita sama-sama belajar. Bak kata orang putih, everything comes with a price. :)

Sumber: Agimia Dot Com

Related Posts with Thumbnails