Archive

Posts Tagged ‘Jenayah’

Misteri Mayat Wanita Bogel di Ulu Yam

June 8th, 2010 M.H.M No comments

Apa la yang misterinya tentang mayat wanita bogel ni. Takda misteri pun tentang kes ni. Pihak media kata kejadian ini sebagai sebuah kejadian mayat wanita misteri. Mayat itu merupakan mangsa lemas atau mangsa jenayah. Tetapi aku rasa ini macam kes jenayah, kerana bukan pertama kali pun kejadian ini berlaku. Terdapat mayat-mayat lain pernah terapung juga di kawasan itu. Perlaku jenayah ni memang licik gak kot. Mungkin juga mangsa-mangsa itu bukan orang tempatan, cuma nampak je macam Melayu. Mungkin indonesia ke apa ke, yang mungkin juga mangsa-mangsa yang tidak mempunyai dokumentasi diri ataupun perjalanan. Korang rasa-rasa la kan, boleh tak seseorang tu, semasa hanyut dibawa arus sungai boleh tertanggal baju-bajunya? Aku pun tak tahu tapi aku rasa boleh aja. Sedangkan batu dan besi pun boleh dihancurkan dan dibengkokkan air, ini pula nak buka baju? Apa-apa pun, daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Semoga perkara-perkara seperti ini dapat dijadikan iktibar kepada kita yang hidup. InsyaAllah.

Mangsa Uluyam

KUALA KUBU 7 Jun – Penemuan mayat seorang wanita dipercayai keturunan Melayu di Sungai Tembalik dalam keadaan bogel petang semalam menimbulkan persoalan kerana kejadian yang sama juga pernah berlaku sebelum ini. Wanita yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui terapung di sungai yang terletak berhampiran kawasan tangki air di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam Baru dekat sini, dengan keadaan darah mengalir dari hidung.

Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini mendapati, kematian wanita itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah. Punca kematian pula dikatakan akibat sesak nafas ketika lemas. Anehnya, sebelum ini dua kejadian yang hampir sama pernah berlaku di lokasi tersebut dan mayat mangsa lemas yang ditemui juga dalam keadaan tanpa berpakaian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, mayat yang ditemui kira-kira pukul 4 petang semalam masih belum dituntut sehingga kini.

“Laporan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur kejadian jenayah dikesan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang mempunyai ketinggian kira-kira 152 sentimeter itu dipercayai lemas dalam tempoh kurang daripada 20 jam. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan waris atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Sumber Berita: Utusan Malaysia Online

Gambar Senjata Yang Dijumpai Dalam Kapal Mavi Marmara Flotilla

June 2nd, 2010 M.H.M No comments

Memang bias. Pelik betul, Israel laknatullah ni yang serang kapal Flotilla ni, Israel ni pulak yang bising-bising kata depa diserang. Bodoh tak? Memang la kalau dah menyerang tu akan diserang balik. Adat peperangan kan. Dalam video Youtube yang aku tengok, askar Israel yang turun ke kapal Flotilla ni bacul dan penyakut mengalahkan perempuan. Lepas tu, Israel ni tunjuk gambar-gambar senjata yang dijumpai dalam Kapal Mavi Marmara Flotilla tu. Aku tak nampak pun bom atau pistol seperti yang diwar-warkan. Cuma ada pisau potong daging, spannar, batang-batang besi dan alatan-alatan asas dalam perkapalan. Nampak sangat kaum yang diberi Allah kebijaksanaan yang lebih dari kaum lain ini sudah semakin dungu dan bodoh akibat ketakutan mereka sendiri. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Senjata Flotilla

Senjata Flotilla

Senjata Flotilla

Senjata Flotilla

Senjata Flotilla

Pictures of the weapons found on the Mavi Marmara ship where today, when IDF soldiers attempted to board the ship and redirect it to the Ashdod Port, the activists on board lynched the soldiers in a planned attack. They used knives, metal rods, firebombs and other weapons to attack the soldiers. The violence resulted in the deaths of nine activists and seven IDF soldiers were wounded in the process. All casualties were evacuated from the ship and taken to hospitals in Israel.

Sumber Gambar: IDF

Pengawal Keselamatan Mati Dipukul di Shah Alam

May 10th, 2010 M.H.M No comments

Berita yang agak sedih bagiku. Yelah berita pasal kematian kan dan kempunan telur tembakul, ala, macam cerita batu belah batu bertangkup tu. “Mak mak, tolong mak, Melor datang, bawak Pekan, Pekan sakit, dibuat orang, tolong mak, tolong ubatkan” (dengan bernada syair hehe). Melalut pulak aku. Ni aku nak cerita pasal RM1200 gaji pertama seorang pengawal keselamatan di Shah Alam telah lesap bersama-sama dengan nyawanya sekali. Aku rasa baru sahaja minggu lepas kerajaan mengumumkan kenaikan gaji baru bagi pengawal keselamatan. Ni la orang tua-tua kata, dah takda rezeki lah tu. Takkan kerana RM1200 seorang manusia di Malaysia sangguh membunuh kot. Aku rasa mesti ada sebab lain? Itu tanggungjawab polis untuk menjalankan siasatan. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Aku nak ingatkan di sini. Dia bukan dibunuh semasa bertugas, jadi jangan lah takut dan risau untuk memohon kerja sebagai pengawal keselamatan ya. Okeh.

SHAH ALAM 9 Mei – Gaji pertama bertugas sebagai pengawal keselamatan sebanyak RM1,200 baru semalam diterimanya. Namun, malang menimpa seorang lelaki berusia 29 tahun apabila dia ditemui mati berlumuran darah dengan kepala dan mukanya cedera di rumah sewanya di Jalan Pegaga U12/5, Seksyen U12 di sini hari ini.

Mayat Mohd. Zambrizal Mohd. yang berasal dari Sandakan, Sabah ditemui terbaring di ruang tamu rumah oleh penyelia tempat kerjanya yang datang untuk mencari rakan serumah mangsa kira-kira pukul 10 pagi ini. Difahamkan, mangsa mendapat gaji pertama berjumlah RM1,200 yang dibayar secara tunai daripada majikannya semasa masuk bertugas malam tadi.

Bagaimanapun, ketika mayatnya ditemui, dompet bersama wang gaji mangsa lesap. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin berkata, siasatan awal pihaknya percaya mangsa yang bekerja syif malam dan habis bertugas pukul 8 pagi ini, dibunuh di rumahnya antara pukul 8.30 pagi hingga 10 pagi ini.

Beliau berkata, pihaknya juga percaya mangsa yang tinggal di rumah sewa disediakan majikannya bersama empat lagi rakan sekerja dibunuh oleh orang yang dikenalinya.

“Ketika ditemui, mangsa hanya berseluar panjang. Bahagian kepala dan mukanya pecah berlumuran darah dipercayai akibat dipukul dengan objek keras. Polis menemui sebatang besi panjang yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Menurut Nor Azam, ketika kejadian, tiga rakan serumah mangsa berada di tempat kerja mereka di sebuah kilang di Bukit Raja, Klang dekat sini dan seorang lagi yang dicari penyelianya pagi ini kerana tidak masuk bertugas masih gagal dikesan sehingga kini. Ujarnya, berdasarkan maklumat, mangsa telah tujuh tahun bekerja di Semenanjung dan sebelum ini bekerja sebagai penjaga sebuah kelab malam.

Tambahnya, mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di sini dan gerakan mengesan seorang rakan serumahnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sedang digiat dijalankan.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Suami Toreh Kemaluan Isteri Hasutan Bisikan Jin

May 5th, 2010 M.H.M No comments

Aku terkejut gak dengar perkara ni. Suami toreh kemaluan isteri? Katanya disebabkan dia mendapat satu bisikan dari makhluk halus supaya mencederakan isterinya. Kasihan sang isteri, sedang asyik-asyik memasak makanan tengahari untuk suami tercinta, tiba-tiba diperlakukan sebegitu. MasyaAllah. Ingatkan nak bermesra-mesra, rupa-rupanya bertoreh-toreh pulak. Aku rasa ni sebuah lagi kes penyakit psizo atau psikik atau tekanan mental. Memang ada istilah atau tanda-tanda penyakit ini terdapat dalam buku-buku perubatan dan ini juga bukan perkara pelik. Tak sangka, rakyat Malaysia secara amnya, dah banyak yang terkena penyakit mental ni ya. Dahulu kes bunuh ahli keluarga di Johor. Sekarang ni kes toreh-toreh kemaluan pulak. Nasib baik tidak mati kan. Ini merupakan satu jenayah rumah tangga tetapi akhirnya suami akan terlepas selepas disabit kesalahan kerana apa? Kerana dia gila. :(

MELAKA: Kononnya kerana terdengar ‘bisikan jin’ yang menyatakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang anggota tentera tergamak menoreh kemaluan isterinya yang memasak hidangan tengah hari di dapur rumah mereka di Bertam Ulu, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di sebuah taman perumahan di Bertam Ulu, dekat sini, lelaki berusia 40-an terbabit dipercayai memeluk isterinya yang juga seorang jururawat dari belakang sebelum mencederakan bahagian sulit wanita itu menggunakan pisau.

Lelaki terbabit dipercayai melakukan perbuatan kejam itu selepas timbul perasaan cemburu selepas dikatakan diberitahu jin dalam rumahnya bahawa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, lalu menoreh kemaluan wanita berkenaan. Lelaki terbabit yang mendakwa menerima arahan makhluk halus terbabit supaya bertindak demikian, sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya terus berada di dalam rumah berkenaan, malah memberi bantuan kepada isterinya yang mengerang kesakitan akibat cedera pada bahagian sulitnya.

Dalam keadaan kesakitan itu, wanita berkenaan menghubungi Hospital Melaka (HM) bagi mendapatkan bantuan kecemasan dan enggan dibantu suaminya kerana takut perlakuan luar batasan itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa berusia 30-an yang parah dikejarkan ke HM dengan ambulans. Katanya, suami mangsa diberkas sepasukan polis yang tiba di tempat kejadian sejurus dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan oleh mangsa.

“Suspek tidak melarikan diri, sebaliknya murung serta meracau ketika ditahan. Malah, lelaki terbabit mengakui melakukan perbuatan itu serta menunjukkan pisau yang digunakannya kepada anggota polis sebelum senjata itu dirampas untuk siasatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sumber: Harian Metro Online

Untuk Limbang, 2 Blok Minyak RM320 Billion Tergadai ke Brunei

April 30th, 2010 M.H.M 6 comments

Baru-baru ini, pemimpin no.1 Malaysia, siapa ya? Pak lah ke? Bukan…Najib ke? Bukan lagi…Habis tu siapa? Ala ko ni, Tun Dr. Mahathir la. Dalam kenyataan beliau baru-baru ini yang bertajuk Malaysia’s Generosity, beliau mengatakan yang dua blok galian minyak yang dimiliki oleh Malaysia telah tergadai dalam suatu perjanjian sulit antara pemimpin kerajaan Malaysia dan Sultan Brunei dahulu. Dalam perjanjian itu, isu sebenar adalah berkaitan dengan sebuah daerah di Sarawak iaitu Limbang, di mana Sultan Brunei mengatakan yang Limbang itu dia yang punya. Maka terjadilah perjanjian sulit itu. Desas desus mengatakan kerajaan Malaysia telah memberikan dua blok minyak kepada Brunei. Tahu tak berapa banyak kapasiti blok tersebut? Tempat tersebut dikatakan boleh mengeluarkan 1 billion tong minyak yang bernilai kira-kira RM320 billion. Ya betul! RM320 billion, bukan RM3.20 hahaha. Masya Allah. Nilai tu boleh buat 10 lagi bangunan KLCC kot. Entah la. Part of it belong to us, rakyat Malaysia. Yelah, buat gali minyak kena bayar cukai, ha duit cukai tu la duit kita semua. Untuk menaikkan taraf kehidupan kita semua. Banyak gak. Cuba bayangkan kalau 20% dari nilai tersebut? Aku tak kisah sangat tapi berdosalah orang-orang yang terlibat jika ada rakyat Malaysia yang tidur dalam keadaan lapar, anak menangis, rumah roboh, etc. Kalau rakyat tak berani tanya, yang pasti Allah akan tanya kat akhirat nanti. Bersediakah?


Artikel Penuh – Cerita Sebenar dari Tok Mahathir

1. The Edge Financial Daily, an article by Joseph Chin (The Edge, April 22nd) as well as Brunei Times reported a substantial oil producing offshore area in the South China Sea, namely Block L and Block M, were no longer a part of Malaysia.

2. Malaysians and the Malaysian media did not ask how this came about. It would seem that the loss of a huge oil producing area that had apparently belonged to Malaysia is okay.

3. Block L and Block M had been claimed by Malaysia based on historical facts. Accordingly, Petronas entered into a production sharing contract with Murphy Oil to start drilling to produce oil. It is estimated that the reserves amounted to almost 1 billion barrels.

4. Abdullah Badawi negotiated with the Sultan to get back Limbang in Sarawak. In return he agreed to surrender the two blocks to Brunei. No Petronas representatives were present, only foreign office staff and the foreign affairs adviser to the PM.

5. As we all know Abdullah triumphantly announced that he had settled the Limbang claim with Brunei (here). No mention was made of the two blocks.

6. Brunei disclaimed (here) that they had agreed to give up Limbang. The foreign office and Abdullah did not rebut Brunei’s statement.

7. Now it is made clear that the two blocks are no longer a part of Malaysia.

8. Abdullah has caused Malaysia to lose at least US100 billion dollars (about RM320 billion) of Malaysia’s oil in this agreement.

9. Can Wisma Putra please explain why it did not stop Abdullah.

Kewajaran Remaja 15 Tahun Ditembak Polis PDRM

April 29th, 2010 M.H.M 2 comments

Terlebih dahulu, saya mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa remaja yang telah ditembak mati oleh seorang anggota polis. Memang amat menyedihkan apabila insan yang paling kita sayang telah pergi meninggalkan kita. Semoga arwah ditempatkan di tempat yang baik insyaAllah. Pandangan saya ini hanyalah sebuah pandangan yang tidak ada kena mengena atau pro kepada sesiapa.

Insiden tembak mati yang tidak sengaja ini telah menjadi buah mulut kepada semua rakyat Malaysia. Ia juga turut menjadi fenomena di laman terkenal tanahair mahupun dunia iaitu Facebook. Ramai yang menuduh PDRM sebagai menyalahgunakan kuasa, tidak bertanggungjawab, teruk, dah sangat korup (macam tak kena mengena je) dan bermacam-macam lagi. Hakikat yang perlu kita ketahui yang mereka ini hanyalah manusia, dan sedang dalam menjalankan tugas.

Bayangkan. Ya aku suruh korang bayangkan yang korang ni sebagai polis peronda. Pada suatu malam yang gelap, awal-awal pagi, sekitar pukul 2 pagi, waktu yang baik untuk ramai penjenayah untuk bekerja, tiba-tiba, sebuah korang ternampak sebuah kereta dipandu laju, dipandu secara bahaya, dan ditambah lagi yang ianya sedang dikejar oleh beberapa buah motorsikal, menambahkan lagi syak korang. Sebagai seorang anggota polis yang bertanggungjawab, dan dalam tugas meronda, kejadian ini menarik perhatian korang. Maka korang pun kerja sama kereta yang disyaki sedang melakukan jenayah. Korang kejar, dan korang sudah bunyikan seren polis, dan suruh kereta tu berhenti, tapi dia tak berhenti juga. Korang pun lepaskan tembakan kerana menyangkakan yang pemandu dalam kereta tu merupakan penjenayah yang sangat berbahaya. Akhir sekali korang menembak lagi, kali ni terkena kepada salah seorang dari penghuni dalam kereta tersebut. Kereta berhenti. Korang yang tengah cemas mengejar penjenayah ini pun terus meluru ke kereta mangsa sambil pistol masih di tangan. Dalam keadaan spontan, korang terus menyepak dan menyerang sesiapa sahaja yang berada dalam kereta. Yelah, kalau korang berbuat baik, ‘penjenayah’ itu mungkin mengambil kesempatan dengan mengeluarkan senjata seperti parang untuk membunuh korang. Selepas diperiksa betul-betul, “Ya Allah, budak rupa-rupanya yang aku tembak ni. Kenapa? Kenapa? Kenapa budak boleh bawak kereta waktu pagi-pagi buta ini? Ada lesen ke? Apa mak bapa dia buat kat umah? Kenapa? Kenapa? Aku tidak sengaja!” Maka korang pun menjadi bualan rakyat Malaysia yang haprak satu pun tak tahu pasal lumrah kerja sebagai polis.

Polis pun satu, tak usah buat press statement yang pelik-pelik dan yang macam kamu tu bersalah. You are doing nothing wrong. It is just a mistake and just an accident. Perlu tegas dalam hal-hal semacam ni. Buka balik buku standard operational procedures (SOP) dan tunjuk kepada awam yang tindakan dibuat oleh anggota terbabit memang ada dalam buku SOP. Jumpa keluarga mangsa, dan minta maaf. Saya hanya menjalankan tugas.

2 tahun lalu, 2 orang remaja memandu motorsikal tanpa ada lesen dan tidak tahu pun undang-undang jalan raya. Menaiki motor adalah kegemaran mereka. Mereka pun bersiar-siar dengan enaknya. Tiba-tiba kerena kejahilan mereka dalam cara melintas jalan simpang empat dan tidak mematuhi tanda jalan raya, motorsikal mereka telah dilanggar oleh sebuah kereta. Kereta itu pun memecut lari meninggalkan tempat tersebut apabila menyedari telah melanggar pemandu dan pembonceng motorsikal yang bodoh lagi jahil. Pada masa yang sama, ibu bapa aku terkejut melihat tiba-tiba ada sebuah motorsikal melambung masuk ke laluan perjalanan mereka. Bapa ku mengelak dan terus kereta terbalik masuk ke parit. Dan ibu bapa ku meninggal dunia di tempat kejadian. Ini merupakan kejadian sebenar, aku anak yatim piatu. Qadak dan Qadar Allah, kita sebagai yang hidup haruslah meredhai dengan apa yang terjadi.

Bayangkan pula, remaja yang masih mentah, tidak ada lesen, dan dalam keadaan bersalah, pertama telah melanggar kereta orang, selepas itu dikejar orang, dan dikejar polis pula. Suasana menjadi cemas. Beliau takutkan tembelang beliau mencuri kereta abang iparnya dan juga tembelang beliau keluar rumah secara haram diketahui keluarga. Malu, nanti semua orang akan tahu! Maka beliau kena la bawa laju walaupun dia pun tak berapa nak tahu bawa kereta. Dalam keadaan yang gabra itu, terdengar bunyi tembakan amaran. Nak berhenti ke tak ni. Berhenti la, takut aku….tiba-tiba, bammmm….kenapa gelap duniaku….

Bayangkan lagi remaja yang menaiki kereta abang iparnya, yang hanya berumur 15 tahun, yang pastinya tiada lesen memandu. Memandu dengan laju dan dalam keadaan yang gila, melanggar salah seorang dari keluarga korang. Bukan satu, tapi dua, adik-adik korang yang sedang berbasikal di tepi jalan, dirempuh dan terbunuh ditempat kejadian. Apa perasaan korang? Adakah korang dapat memaafkan orang yang jahil (tidak ada lesen memandu) dan cuai dalam memandu kereta? Fikir-fikirkan lah…semua orang ada sahamnya masing-masing…

Remaja Jatuh Mati Selepas Berkhalwat di Selayang

April 25th, 2010 M.H.M No comments

Bagi kebanyakkan orang, ini hanyalah berita biasa. Tapi bagi aku, ini merupakan satu berita yang dasyat. Sebab apa? Kerana seorang remaja lelaki ISLAM telah meninggal dunia dalam keadaan yang berdosa. Sama ada dia telah terlanjur ataupun tidak sebelum jatuhnya remaja tersebut ke lubang ‘neraka’ dunia, yang pasti dia telah berdua-duaan dengan seorang wanita yang bukan muhrim. Jika kita fikir-fikir kan lah, gerangan pihak ketiga yang muncul apabila seorang pemuda dan seorang wanita yang tidak ada apa-apa hubungan berdua-duaan dalam sebuah bilik. Nauzubillah. Adakah akhlak dan iman remaja-remaja islam sekarang ini sudah mencapai tahap yang paling tahi sekali? Kita yang masih hidup ini, semoga mengambil iktibar dari kisah ini. Mati boleh menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Selalulah berdoa kita akan mati dalam keadaan kematian yang baik. InsyaAllah.

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu mengelak ditangkap berkhalwat, seorang pemuda terbunuh selepas terjatuh dari rumah sewa teman wanitanya di tingkat lima Apartmen Jelutong, Selayang Heights, di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun dan masih menuntut di Kolej Komuniti Selayang dikatakan cuba mengelak ditahan dengan melarikan diri melalui tingkap sebaik pintu rumah diketuk sepasukan pegawai pencegah maksiat dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Bagaimanapun, pemuda itu dipercayai tergelincir ketika cuba meniti tembok luar bangunan yang licin sebelum terjatuh dan mayatnya ditemui terperosok dalam longkang di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pelajar terbabit mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

“Berdasarkan keterangan pegawai (Jais) terbabit, mereka melakukan serbuan ke rumah itu selepas mendapat maklumat ada aktiviti maksiat di situ. Bagaimanapun, ketika mengetuk pintu rumah berkenaan, mereka terdengar bunyi seperti objek jatuh. Pintu kemudian dibuka seorang gadis Melayu, dipercayai teman wanita mangsa dan didapati tingkap rumah itu terbuka. Curiga dengan keadaan itu, pegawai terbabit memeriksa ke luar tingkap dan mendapati ada seorang lelaki terperosok dalam longkang,” katanya.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan sudah dituntut warisnya untuk dikebumikan. Katanya, teman wanita mangsa yang turut menuntut di kolej sama kini ditahan oleh Jais untuk siasatan.

Sumber: Berita Harian Online

Gambar X-Ray Pensel Kemaluan Mangsa Rogol

April 22nd, 2010 M.H.M No comments

Astagfirullahalazim. Aku beristighfar banyak-banyak setelah membaca berita rogol ini. Negara telah digemparkan oleh berita tentang penemuan sebatang pensel dalam kemaluan seorang remaja yang menjadi mangsa rogol rakan sekelasnya. Tergamak memperlakukan seorang remaja yang meningkat dewasa seperti itu. Adakah pembuat perkara luar tabie ini merupakan seekor binatang? Atau lebih teruk lagi? Aku terasa semua warga Malaysia tidak kira apa-apa kaum pun, wajib melaknat pembuat dosa yang lebih teruk dari seekor anjing. Bayangkan jika perkara serupa terjadi kepada kaum keluarga kita yang terdekat? Bodoh dan gila! Lebih teruk lagi kejadian ini terjadi di dalam kawasan sekolah. Salah siapa kah benda ni boleh terjadi. Nauzubillah.


Sekadar Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah di Rawang yang dirogol rakan sekelasnya dalam bilik darjah, minggu lalu, bukan saja disahkan sudah mengandung sebulan, malah sebatang pensel sepanjang empat sentimeter turut ditemui dalam kemaluannya. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata berdasarkan hasil laporan pemeriksaan hospital yang diterima semalam, polis percaya mangsa sudah lama dijadikan bahan pemuas nafsu beberapa pelajar serta didera sewaktu diperkosa.

“Kes ini disiasat secara menyeluruh kerana mangsa yang tinggal di sebuah rumah kebajikan di Rawang, bukan saja dirogol ketika waktu persekolahan, malah didera,” katanya kepada pemberita di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang, 13 April lalu, pelajar itu yang bersendirian dalam kelas, dikatakan dirogol seorang rakan sekelasnya manakala beberapa lagi pelajar lelaki mengepung mangsa bagi mengelak insiden itu disedari pelajar lain termasuk guru.

Mangsa hanya memberitahu mengenai kejadian itu kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan, Ahad lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Rawang pada hari sama. Rosly berkata, sebaik menerima laporan itu, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan, manakala suspek ditahan di sekolahnya pada keesokannya.

“Siasatan awal mendapati mangsa sudah banyak kali dirogol suspek sejak beberapa bulan lalu. Kita percaya mangsa turut diperkosa lebih daripada seorang pelajar. Namun, mangsa takut untuk membuat laporan kerana dipercayai diugut suspek yang akan bertindak lebih teruk sekiranya perkara itu didedahkan,” katanya.

Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa pelajar yang dipercayai bersubahat dalam kejadian itu. Katanya, mangsa yang ditempatkan di hospital, kini mengalami trauma teruk dan hanya berdiam diri

Sumber: Berita Harian Online

Cara Orang China Menangkap Peragut [/video]

January 31st, 2010 M.H.M 5 comments

Seperti yang kita semua sedia maklum, jenayah ragut amat meruncing di negara kita di mana ramai yang menjadi mangsa telah terbunuh ataupun mengalami kecederaan parah. Yang amat menyedihkan ialah ketika jenayah ini berlaku, orang ramai hanya menjadi pemerhati sahaja. Tetapi mereka ini tidak boleh disalahkan kerana mereka pun tidak tahu bagaimana nak membantu ataupun menolong. Jadi, aku secara kebetulan telah menjumpai sebuah video yang menunjukkan bagaimana nak menghukum peragut. Jenayah ragut ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga di negara-negara lain. Video di bawah ini yang bertajuk, “Chinese Man Throws Bicycle at Thieves on Scooter!” menunjukkan bagaimana seorang rakyat China menangkap peragut menggunakan basikalnya. Sikap begini patut dipuji dan diteladani.

Jadi bagaimana? Selepas melihat video di atas ni. Masih mahu berdiam diri? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Fikir-fikirkan lah. :)

Mamat Exist Seorang Pencuri?

January 13th, 2010 M.H.M No comments

Tiada kusangka, sejak detik itu kau membuka pintu, kamar di hatiku, cinta yang bla bla bla bla...” Pintu ko akhirnya terbuka untuk mencuri ye mamat. Taubat lah. Tak serik-serik lagi ke kau ni. Aku terkilan lah. Bakat hebat seperti kau ni boleh jadi begini. Aku rasa kau kena gi jalani latihan askar wataniah supaya jati diri dan dalaman kau tu mantap. Lepas tu baru la kau leh maju ke hadapan. Yang paling penting, kena pandai pilih kawan.

SINGAPURA 13 Jan. – Mahkamah Singapura hari ini mengenakan denda S$1,000 (RM2,400) ke atas penyanyi rock Malaysia, Mamat kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan. Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 31, adalah bekas penyanyi kumpulan rock Exist yang popular pada tahun 1990-an.

Laporan sebuah media online menyebut Mamat mengaku bersalah mencuri telefon bimbit bernilai S$580 dan sebuah jam daripada Noor Shazeel Sazali, 21, di rumahnya di Bishan di sini pada 11 November lepas. Mahkamah diberitahu Noor Shazeel telah meletakkan telefon bimbit dan jam itu yang tidak diketahui nilainya di atas meja makan sebelum masuk untuk tidur petang, dan mendapati barangan tersebut hilang apabila dia bangun lima jam kemudian.

Menurut edisi online Straits Time, Noor Shazeel kemudian diberitahu bapanya bahawa Mamat telah pergi ke rumahnya bersama seorang saudara. Mamat berjaya dikesan di rumah teman wanitanya di sini beberapa hari kemudian.

Sumber Berita: Utusan Malaysia

Berjaga Dengan Duit RM50 Palsu

October 15th, 2009 M.H.M No comments

Saya mahu pulang dari ofis setelah seharian penat bekerja tapi tiba-tiba sahaja kawan saya Manickam dari NRG-MASHO menghantar saya email tentang duit palsu ini. Jadi saya terpanggil lah untuk mengepost email yang diterima dalam blog saya ini sebab saya macam rasa benda ni berinformasi. Al-maklumlah blog ni kan berkenaan dengan informasi Malaysia kini. Chewah. Untuk pengetahuan anda semua, Malaysia baru sahaja mengeluarkan duit baru RM50 sempena Hari Raya 2009. Tidak lah kusangka, begitu cepat sekali hacker ni menciplak dan membuat duit palsu. Mereka ini mengambil kesempatan tentang kedaifan sesetengah daripada rakyat Malaysia yang tidak pernah jumpa atau melihat wang RM50 baru ini. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk menasihati diri saya sendiri dan juga anda semua supaya berhati-hati apabila terjumpa dengan wang RM50. Bagaimana nak mengenali wang palsu ni? Sila lihat di bawah. Apa yang korang rasa?


Read more…

Related Posts with Thumbnails