Archive

Posts Tagged ‘Jalan Raya’

Pemakaian Helmet Motorsikal Yang Betul

March 18th, 2010 M.H.M No comments

Gambar ini telah dimuatnaikkan di laman facebook baru-baru ini oleh salah seorang kawan yang saya tidak kenal di bukamuka itu. Kelakar gak cara pemakain helmet motorsikal pakcik ni ye. Korang rasa orang negeri mana pakcik yang hensem ini?

Klu yang ada dalam tersebut ialah nombor poskod, nama jalan dan nombor plat kenderaan. Tapi nombor plat kenderaan tu tak nampak la. Maka kita pergi kepada nama jalan iaitu Jalan Hospital. Adui..Banyak sungguh Jalan Hospital dekat Malaysia ini. Maka aku pergi tanya Pakcik Google. Dia kata poskod 16000 tu terletak di Jitra Kedah. Dan satu lagi dekat Kota Bharu. Kira antara satu la. Kedah lawan Kelantan…Tu diaaaa…kreatif sungguh orang Kedah atau Kelantan ni na. Gurau-gurau je..maaf zahir batin ya pakcik helmet :)

P/S: Kalau sesiapa tahu kat mana poskod 16000 ni, bagitau lah ye. Jangan segan-segan…

Kenaikan Harga Tol Lebuhraya 2010

March 15th, 2010 M.H.M No comments

Hmm kadang-kadang aku peliklah kenapa kadar tol lebuhraya ni boleh meningkat. Sebagai contoh, kerajaan nak buat jambatan baru dari Tioman ke Mersing. Selepas tender dibuat, syarikat A menang tender dan diberi tanggungjawab untuk membuat jambatan tersebut dengan nilai tender sebanyak RM200 juta (ini bukan nilai sebenar, ini cuma contoh). Seperti biasa, kita tahu syarikat A mestilah buat jambatan tu untuk mendapatkan keuntungan kan? Kos sebenar nak buat jambatan tu ialah RM180 juta. Bermaksud syarikat A telah mendapat RM20 juta untung dari projek jambatan jika siap dibuat. Lepas tu, untuk kos penyelenggaran, dari situlah duit tol datang. Sebahagian besar dari tol lebuhraya digunakan untuk membuat penyelenggaraan lebuhraya. Jadi tak perlu la kot untuk naikkan harga tol, just stay as it is or reduce it ok lah. Takkan tiap-tiap hari nak turap lebuhraya semata-mata nak naikkan kos penyelenggaran. Gila punya orang. Baik ko buat lebuhraya baru, pastu untung RM20 juta lagi. At least dapat gak kebaikan kepada rakyat. Ni dok turap-turap jalan yang cantik…tak best la kalau buat duit camtu, low class punya cara ni..tepuk dada, tanyalah iman…

Anyway, dalam artikel kat bawah ni, lebuhraya yang nak naikkan kadar tol ialah jambatan pulau pinang dan lebuhraya pantai timur (LPT). Aku setuju je. Sebabnya? jambatan pulau pinang baru je menambah laluannya. Aku pun baru je lalu atas jambatan tu, rasa tenang dan aman sedikit sebab kurang kesesakan dan terasa luas. Tapi tambah 10sen-20sen cukup lah ye. Kami pun bukan orang senang. Untuk LPT pula, oklah tu. Tapi aku cadangkan kadar tol hanya akan dinaikkan apabila fasa 2-3 siap. Ok? Baru fair and square kepada semua orang. Jangan membuat zalim kat orang kerana doa yang dizalimi tu kan takda hijab. So fikir-fikirkan lah…

lebuhraya PLUS

KUALA LUMPUR 14 Mac – Kadar tol dua lebuh raya iaitu Lebuh Raya Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Pantai Timur dijangka akan dinaikkan. Lebuh Raya Jambatan Pulau Pinang tidak pernah dikaji kadar tol selama 25 tahun, manakala Lebuh Raya Pantai Timur akan mengkaji kadar tolnya selepas enam tahun beroperasi. Sumber memberitahu Utusan Malaysia di sini, kedua-dua lebuh raya tidak pernah menaikkan kadar tol sebelum ini.

”Semakan semula yang dilaksanakan oleh kerajaan akan menjadi kenaikan kadar tol buat julung kalinya, jika ia menjadi kenyataan,” kata beliau lagi.

Kadar tol Jambatan Pulau Pinang masih kekal pada RM7 sementara Lebuhraya Pantai Timur yang membuka fasa pertamanya kepada orang ramai pada 1 Ogos, 2004 masih 12 sen setiap kilometer bagi kenderaan kelas pertama. Sementara itu, sumber itu berkata, kedua-dua lebuh raya ini akan mengalami masalah jika kadar tolnya tidak dinaikkan.

“Ini adalah kerana kedua-dua pengendali lebuh raya telah meningkatkan kemudahan dan menambah perkhidmatan mereka pada kos yang tinggi. Kegagalan menaikkan kadar tol mengikut perjanjian konsesi asal mereka akan memberi kesan negatif. Oleh kerana kesesakan yang semakin meningkat, Jambatan Pulau Pinang telah dilebarkan dan membuka lorong ketiga pada bulan Ogos tahun lalu (2009). Jambatan sekarang boleh menampung 155,000 kenderaan sehari berbanding dengan 120,000 sebelum projek pelebaran dilakukan. Lorong baru itu dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan semasa waktu sesak daripada 20 ke 11 minit,” kata jelasnya.

Selain itu, Jambatan Pulau Pinang mempunyai pusat pemantauan komprehensif, dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) sepanjang masa yang dipasang pada 24 lokasi. Ia juga antara lain menawarkan perkhidmatan rondaan 24 jam untuk memberi bantuan kepada kenderaan yang mengalami masalah kecil.

“Sementara itu, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) ini sekarang sedang menyiapkan fasa keduanya yang dijangka siap sebelum 2011,” kata beliau.

“Dengan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang 190km, pengguna boleh menggunakan lebuh raya empat lorong dua hala terpanjang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Kos Lebuhraya Pantai Timur (LPT) untuk fasa 1 hingga 4, adalah tinggi tetapi ia menjadi pemangkin untuk memacu dan mempercepatkan pertumbuhan ketiga-tiga negeri di Pantai Timur untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi antara negeri-negeri di Pantai Timur dan Pantai Barat.”

Fasa 1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) berukuran 160 kilometer panjang, menghubungkan Karak ke Kuantan. Fasa 3 dan 4 akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur ke selatan hingga ke Johor dan dijangka siap sebelum akhir Rancangan Malaysia ke-10. Sumber itu berkata, kadar tol di Malaysia dianggap antara kadar terendah di dunia. Purata kadar tol bermula daripada RM0.11 per km pada Lebuhraya Pantai Timur hingga RM0.14 bagi PLUS.

Jambatan Suramadu di Indonesia yang merentasi Surabaya dan Madura memakan kos sehingga 30,000 rupiah (RM11.04) untuk 5.4 km, ini bermakna pengguna membayar RM2.04 untuk menggunakan jambatan tersebut manakala Jambatan Pulau Pinang hanya memakan kos RM0.26 setiap km. Lebuhraya Subic-Clark-Tarlac (SCTEx) sepanjang 94km, merupakan lebuhraya bertol terpanjang di Filipina. Kos bagi kenderaan persendirian untuk menggunakan jambatan itu bernilai RM0.15 setiap km.

“Apa yang perlu diingatkan adalah bahawa lebuh raya ini bukanlah hanya sebagai penyambung ke bandar-bandar sahaja tetapi ia juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” kata seorang pakar lebuh raya yang enggan namanya dinyatakan. Tanpa lebuh raya-lebuh raya ini yang menjadi salur nadi ekonomi Malaysia, negara kita tidak akan menjadi dinamik dan tumbuh dengan pantas,” kata beliau.

Sumber Berita: Utusan Malaysia Online

Denda Buang Sekolah Jika Tak Pakai Topi Keledar

January 18th, 2010 M.H.M No comments

Suatu tindakan yang drastik telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran kepada mana-mana pelajar yang tidak memakai topi keledar atau helmet semasa menunggang motorsikal. Saya amat setuju. Kalau boleh, kerajaan Malaysia juga mewajibkan perkara ini kepada semua kakitangan kerajaan. Sesiapa yang ditangkap tidak memakai topi keledar keselamatan akan dikenakan tindakan tata tertib. Ini bukanlah sesuatu yang hanya dibuat untuk menunjukan kerajaan kejam atau apa. Tetapi adalah semata-mata untuk keselamatan diri sendiri. Perlu ditambah, hampir 80% dari kematian dalam kemalangan motorsikal disebabkan kecederaan kepala. Jadi, marilah kita sama-sama pakai helmet ye. InsyaAllah.

JOHOR BAHRU – Mana-mana pelajar sekolah yang ‘besar kepala’ dengan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah mungkin berhadapan tindakan gantung atau buang sekolah selepas ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut jika pelajar terbabit masih tidak berubah meskipun beberapa kali diberikan kaunseling termasuk memanggil ibu bapa pelajar terbabit ke sekolah.

“Pemakaian topi keledar amat penting kerana berdasarkan statistik baru-baru ini, 2,000 daripada 6,000 kemalangan maut adalah melibatkan penunggang motosikal.

“Sekiranya pelajar enggan memakai topi keledar, tidak kira di kawasan pedalaman atau bandar, pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan peraturan itu jika pelajar masih tidak berubah meskipun ibu bapa telah dipanggil dan diberikan kaunseling berkali-kali,” katanya.

Sumber Berita: Kosmo Online

Pemandu Sesat 600km Kerana Tersalah Simpang!

November 20th, 2009 M.H.M No comments

Kali ini aku cuba untuk bercakap Indonesia. Betulkan aku ye kalau salah. Bisa saja ya mas. Mari dengar berita pelik ini!

81 tahun pria Australia menjadi hilang pada pagi hari ketika dalam perjalanan ke toko-toko dan akhirnya dijumpai hampir 600km dari rumah asalnya. Eric Steward (pria yang sesat) mengatakan kepada polisi ia gagal untuk berhenti karena dia memang “suka memandu”.

Lebih dari delapan jam kemudian, setelah mengambil salah belok di jalan raya, ia meminta polisi negara bahagian Victoria untuk bantuan.

“Aku hanya pergi keluar di jalan untuk memandu dengan baik, tenang dan damai. Aku tidak tahu ke mana aku pergi tapi aku tahu itu di suatu tempat, dan dengan sedikit keberuntungan saya pada akhirnya akan menemukan istri saya lagi,” katanya.

Istrinya, Clare, telah menjadi semakin khawatir mengenai pasangannya setelah mencapai dia di handphonenya kerana suaminya itu telah mengidap sedikit demensia (penyakit mudah lupa).

“Dia sopir yang baik. Sangat fokus, aku tahu bahwa banyak. Kami akhirnya tahu di mana dia ketika aku berkata ‘Apakah ada tanda-tanda di sekitar?” Dia berkata, ‘eh, Westgate Bridge’, “katanya dalam referensi Melbourne yang terkenal tengara.

Polisi negara bagian Victoria Clayton Smith mengatakan Mr Steward telah datang kepadanya di sebuah stasiun layanan dan mengatakan kepadanya, ia telah hilang.

“Meskipun kami harus tertawa. Ketika kami bertanya mengapa dia tidak berhenti sebelumnya dia menjawab,” Aku hanya ingin memandu “,” katanya.

Mr Steward tidak peduli tentang semua perhatian, mengutip usia sebagai faktor yang membebaskan dalam petualangannya.

“Ini banyak rewel bukan?” katanya.

“Saat Anda masuk ke 80 dan di luar itu tidak penting banyak. Dia ada di luar sana menunggu untuk kami dan Anda hanya harus menunggu giliran Anda.”

Dia menolak usulan untuk mendapatkan sistem navigasi satelit.

“Kenapa kau ingin salah satu dari mereka? Anda tidak dapat tersesat. Tidak ada kesenangan dalam hal itu.”

Sumber Berita: BBC UK

Punca Gangguan Utama Pemandu Di Jalan Raya

November 19th, 2009 M.H.M No comments

Dalam satu penyelidikan yang telah dilakukan baru-baru ini oleh American Automobile Association (AAA) kepada 2501 orang yang berusia 16 dan ke atas menunjukkan bahawa 95% dari sampel yang diselidiki bersetuju bahawa bermain SMS semasa memandu kenderaan adalah perkara yang tidak boleh diterima dan berbahaya. Faktor ini merupakan 5% mengatasi faktor yang sudah lama mengugguli carta teratas penyelidikan itu sejak sekian lama iaitu memandu dalam keadaan mabuk. Faktor-faktor dan penemuan-penemuan lain boleh dilihat daripada infografik di bawah ini.

Sementara itu, dalam penyelidikan lain yang dilakukan oleh LeaseTrader.com ke atas 3000 pemandu yang terdiri daripada lelaki dan perempuan untuk melihat faktor terbesar yang menyumbang ke atas gangguan semasa memandu kenderaan, 18.3% lelaki setuju bahawa berasa marah di jalanan adalah pengalih perhatian utama, sementara bagi perempuan, anak-anak dalam kenderaan mereka adalah faktor yang paling menganggu. Kita dapati bahawa bermain SMS semasa memandu kenderaan masih menjadi faktor utama gangguan untuk pemandu. Ini secara tidak langsung memberi jawapan kepada kita bahawa faktor ini antara penyumbang terbesar kepada penyebab kemalangan jalan raya. Read more…

Related Posts with Thumbnails