Gambar Jambatan Gantung Runtuh di Kampar
“London bridge is falling down, falling down, falling down..” Ni lagu zaman kecil-kecil dulu. Sampai sekarang aku pun tak pasti sama ada betul ke London Bridge kat kota London tu pernah runtuh. Aritu aku jalan atas jambatan tu rasa kukuh je. Maybe puluhan tahun dulu kot. Anyway, post kali ni bukan lah pasal London Bridge atau Tower Bridge. Hehe ramai yang silap iaitu menganggap Tower Bridge tu is London Bridge. Kalau nak tau, London Bridge memang nampak sangat biasa kalau dibandingkan dengan Tower Bridge. Ala macam juga ramai orang silap Masjid Al-Aqsa dengan Doom of the Rock kan. Ish melalut pulak aku.
Aku sebenarnya nak cakap pasal kes jambatan gantung runtung dekat Kuala Dipang, Kampar, Perak ni. Yang terkini, daripada 22 orang yang jatuh, 2 masih hilang dan seorang murid India, Dina Dave mati. Keluarga mangsa akan diberi RM10000 sebagai pampasan oleh Kementerian Pelajaran. Itu yang terkini la daripada berita. Harap-harapnya dua mangsa lagi tu berjaya dijumpai hidup lah ye insyaAllah. Dalam berita juga ada mengatakan yang saksi kejadian berkata terdapat lebih dari 50 orang sebenarnya yang berada atas jambatan sebelum runtuh. Mereka saling bermain-main, menghentak-hentak dan melompat-lompat atas lantai jambatan supaya bergoyang. Berani sungguh mereka ini. Nasib baik mereka masih budak-budak, kalau tak..hmmmm dah lama aku cepuk..Aku tertanya-tanya camna la bentuk jambatan gantung yang runtuh tu. Aku ingat macam yang ada dekat Ulu Yam atau dekat Bukit Cerakah, rupa-rupanya agak moden juga jambatannya. Lihat gambar-gambar di bawah semasa aktiviti menyelamat, suasana dan pelan tempat kejadian.









Recent Comments