Archive

Posts Tagged ‘Awan Aneh’

Awan Aneh di Angkasa yang Pelik

June 11th, 2010 M.H.M 4 comments

Mungkin ramai kata apabila melihat kejadian awan yang aneh dan luar biasa ini mengatakan ini merupakan awan yang telah diphotoshopkan oleh pakar-pakar photoshop. Tapi aku katakan tidak. Kejadian awan aneh dan luar biasa seperti ini sebenarnya banyak berlaku di Eropah dan United States. Pengalaman aku dulu-dulu belajar di luar negara, selalu juga sahaja terlihat awan-awan seperti ini. Kalau tak silap aku, awan-awan aneh dan ganjil seperti ni hanya akan muncul atau berlaku apabila musim sejuk datang. Tak silap aku la. Korang masih tak caya lagi ke tentang awan ganjil di angkasa yang pelik ini? Orang kat negara-negara maju panggil awan ni sebagai “mammatus“. Aku pun taktau apa maknanya. Korang gi la baca sendiri artikel kat bawah ni tentang awan aneh di angkasa ni, Senang kan? Apa-apa pun, tiada yang mustahil bagi Allah. Allah boleh jadikan apa sahaja dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar angkasa lepas. Semoga iman kita boleh bertambah dengan melihat bukti keagungan Allah Taala. InsyaAllah.

awan aneh
awan aneh

The shapes one sees in cloud formations can be as revealing as an inkblot test which is why there’s something undeniably Freudian about calling these clouds mammatus clouds or “breast clouds.”

Forming under the main body of other cloud types, mammatus clouds are pockets of air and water caught in another storm’s down draught. Mammatus are often called “supplementary clouds” as they are not clouds in their own right. They are usually paired with cumulonimbus thunderclouds and can indicate severe storms and tornados. Cumulonimbus clouds contain the ice crystals which frequently produce hail stones and torrential rain. Here in the United States, mammatus clouds are often seen during warmer months in the midwest or back east. But they can be found all over the world. Mammatus may be smooth or lumpy and may be opaque or semi-transparent. The phenomenon lasts no more than five to ten minutes.

Sumber: Reddit.com dan Treehugger

Lingkaran Pelangi di Langit Ipoh

October 30th, 2009 M.H.M 2 comments

Subhanallah. Itu yang dapat diungkapkan. Walaupun kejadian ini sering berlaku, tapi cuma kali ni sahaja baru diwar-warkan di berita dan surat khabar. Kalau dahulu, Moscow digemparkan dengan Pintu Langit Terbuka, maka Malaysia pun tidak mahu kalah dengan kejadian anehnya. Walau ada jua kemungkinan yang gambar ini telah diphotoshopkan, tapi itu tidak menjadi masalah, yang penting, untuk aku yang sangat menghargai seni fotografi, gambar ini merupakan antara yang terbaik dan unik. Ditambah lagi dengan deruan dua buah roket/kapal terbang yang membayangi fenomena ini. Anyway, kejadian ni berlaku di Ipoh dan berlaku lebih kurang sejam. Hmmm saksikanlah/ Cantik bukan?

Sumber: Berita Harian Malaysia

Kejadian Awan Aneh di Moscow, Rusia

October 11th, 2009 M.H.M 2 comments

Pada 7 Oktober 2009 yang lepas, satu kejadian aneh telah berlaku di Moscow, Rusia dan telah direkodkan oleh seorang rakan internet saya, Merry Sparrow. Ianya seperti pintu langit yang terbuka, dan macam-macam idea dan tekaan boleh kita lakukan ke atas fenomena ganjil ini. Ada orang kata, “a gate to heaven” dan ada juga orang kata ini adalah satu lagi experimen rahsia kerajaan Rusia untuk membunuh awan. Ada juga yang berkata, “Rusia has better clouds than America“. Kelakar sungguh manusia-manusia di dunia. Tapi bagi kita umat Islam, renungkan la balik diri kita, perhatikan lah kebesaran kuasa Allah. Semoga kita menjadi insan yang beriman dari hari ke hari. Mari kita perhatikan. Apakah kejadian ini anda rasa?

Kalau video youtube di atas tidak boleh dibuka dan dimainkan, sila pergi ke alternatif pautan seperti di bawah. Harap ini dapat membantu.

Pautan 1
Pautan 2

Related Posts with Thumbnails