Archive

Posts Tagged ‘Al-Quran’

Elaun RM2000 untuk Juara Qari Qariah

February 5th, 2010 M.H.M No comments

Alhamdullillah. Ini merupakan berita baik yang kedua selepas yang pertama. Kalau beberapa hari yang lepas, kerajaan telah menaikkan gaji anggota polis, kali ni golongan qari qariah pula mendapat durian runtuh. Tetapi dengan syarat mereka hendaklah menjadi johan kebangsaan. Susah gak tu. Aku saja nak bayangkan lah berapa mereka ini akan dapat. Setahun ada 12 bulan. Anggaran hidup manusia ialah 60 tahun. 60 x 12 x 2000 = RM 1.44 juta. Boleh jadi jutawan gak ni. Tapi aku lebih suka jika golongan hafiz dan hafizah (golongan yang hafaz quran) turut mendapat elaun ini. Secara tidak langsung dapat menggalakkan pembangunan ulama-ulama di kalangan rakyat Malaysia. Sekadar cadangan. Apapun, syabas!

Johan al Quran

PUTRAJAYA 5 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian insentif berupa wang tunai sebanyak RM2,000 secara tetap setiap bulan dan sepanjang hayat kepada setiap qari dan qariah yang menjadi johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan. Menurut Perdana Menteri, bayaran imbuhan itu akan diberikan mulai Oktober tahun lalu sehingga ke akhir hayat mereka.

Beliau juga membawa khabar baik kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah menengah agama (SMA). Katanya, kerajaan akan memberikan biasiswa Yayasan 1Malaysia Development Bhd. mulai tahun ini pelajar-pelajar cemerlang lepasan SMA untuk menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda bidang perubatan di Mesir.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk memberikan sumbangan kewangan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti masyarakat dan dakwah di negara ini. Perdana Menteri berkata demikian pada Majlis Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sumber Berita: Utusan Online

Related Posts with Thumbnails