Archive

Archive for the ‘Hiburan’ Category

Seni Zapin Melayu – Wadah Penyebaran Islam

May 26th, 2010 M.H.M No comments

Kadang-kadang aku terpikir gak bila membaca artikel tentang seni zapin melayu ni. Dalam artikel ini, dikatakan seni zapin melayu ini merupakan wadah penyebaran islam. Kalau sesiapa tak tahu, wadah bermaksud dalam bahasa senang nya, sebagai medium atau cara. Jadi, adakah benar zapin melayu ini wadah penyebaran Islam? Aku pun tak berapa tahu tapi mari kita lihat dan faham dulu apa itu zapin melayu seperti di bawah. Sebelum itu, parameter-parameter yang korang kena ambil peduli semasa membaca artikel seni zapin melayu ini ialah, adakah ada pencampuran lelaki perempuan, adakah pemakaian mereka menutup aurat, adakah apa-apa pemujaan, perempuan yang menari zapin ini memakai tudung atau tidak dan apa-apa sahaja korang rasa nak tahu la…Seni zapin melayu – adakah sebagai wadah penyebaran islam atau hanyalah sebuah hiburan?

SETIAP malam selesai pak imam membaca doa, para jemaah lelaki tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya mereka meluangkan masa bersantai seketika di perkarangan halaman masjid. Usai pak imam yang mengetuai solat sebentar duduk di suatu sudut sambil memegang gambus sesetengah jemaah lelaki mula mengambil tempat di hadapan. Pak imam mula memetik gambus dan berqasidah dengan seni kata yang menyelitkan unsur-unsur keagamaan, budi pekerti dan puji-pujian kepada Tuhan, sementara golongan lelaki yang berdiri tadi bergerak mengikut alunan muzik.

“Inilah fenomena tarian zapin pada kurun ke-14 yang lalu. Ia kerap dimainkan selesai solat Isyak dan merupakan antara agenda hiburan yang popular bagi mengisi waktu malam yang terluang. Dahulu orang tak kata menari zapin, tetapi main zapin. Selain itu aktiviti main zapin ini langsung tidak melibatkan golongan wanita kerana tarian ini berasal daripada tradisi kesenian masyarakat Arab dari Yaman. Seperti yang kita tahu di sesetengah negara di Asia Barat wanita tidak mempunyai kebebasan seperti orang lelaki,” jelas Pensyarah Fakulti Tari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Mohd. Seth Hamzah mengenai pengaruh zapin yang mula meluas di Tanah Melayu menerusi kedatangan mubaligh dan saudagar Arab.

Secara am, zapin bermaksud pergerakan dan langkah kaki dengan posisi kaki tertutup serta merendahkan kaki sedikit. Kebanyakan posisi badan akan bergerak bak ombak. Bagi posisi tangan pula si penari mengamalkan gerak tari yang bermotifkan pekerjaan yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Antaranya motif mendayung, memetik bunga atau tangan kanan mahu pun kiri berada di bahu. Di Johor, zapin atau dalam bahasa Arab al-zalfin atau zafana terdapat dalam dua bentuk zapin yang mempraktikkan gerak tari tersendiri. Ia ialah zapin Melayu dan zapin Arab.

“Sebelum ini mudah saja untuk menentukan antara tarian zapin Melayu atau zapin Arab. Umumnya, tarian zapin Melayu ditarikan oleh orang Melayu manakala orang Arab menari zapin Arab. Tapi kini, kebanyakan masyarakat tempatan sudah beralih dan serius menari zapin Melayu berbanding zapin Arab. Zapin Melayu mempamerkan ragam yang lebih lembut berbanding zapin Arab kerana penari zapin Arab menari dengan bukaan, langkah yang lebih luas, tinggi dan gagah,” tutur Mohd. Seth bahawa golongan wanita mula terlibat dalam tarian zapin lewat 1960-an.

Tambah Mohd. Seth, tarian zapin kerap dijadikan wadah menyebarkan Islam menerusi lagu-lagu berunsurkan keagamaan. Tarian itu juga terdiri daripada bermacam-macam jenis. Jenis-jenis zapin itu pula diberi sempena nama kampung atau daerah asal pembentukan zapin.

RAGAM TARI

Zapin Melayu

Read more…

Shahir – Juara dan Pemenang Akademi Fantasia 8

May 22nd, 2010 M.H.M No comments

Tirai akademi fantasia musim ke-8 telah pun ditutup. Rancangan akademi fantasia atau pun AF8 yang semakin lama semakin bosan telah mengadakan majlis penutup AF8 yang terakhir baru sahaja tadi. Akhirnya, rakyat Malaysia boleh la menarik nafas lega kerana tiada lagi rancangan hiburan seperti akademi fantasia 8 pada malam Ahad. Dengar kata mungkin digantikan dengan program imam muda. Program tu lagi bagus kot. Dok cakap bosan-bosan ni, siapakah pemenang akademi fantasia musim ke 8 ni?

Pemenang AF8

Pemenang akademi fantasia musim ke 8 ini merupakan bekas kepada ahli kumpulan nasyid yang cukup popular pada suatu masa dahulu, iaitu kumpulan nasyid saujana. Dah dapat teka tak pemenang juara akademi fantasia musim ke 8 ni? Apa la korang ni. Aku dah tulis dah besar-besar kat tajuk post ni. Shahir la atau nama sebenarnya, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, umur 21 tahun, dan berasal dari Perak. Walau suara dia takde la sedap mana (ada ke suara yang sedap kat akademi fantasia musim ke 8?), tp bole la dia tu..Muda lagi, umur pun tak sampai 23 tahun. Belajar lagi. Lepas ni, nak sambung belajar tak bro? Mungkin dia menang sebab dia ada suara ala-ala Mawi kot. Nampak sangat trend hiburan Malaysia pada hari ni memerlukan orang-orang yang suara macam nasyid. InsyaAllah bro. Ko dah pun menang akademi fantasia musim ke 8. Tahniah aku ucapkan. Kaya sekejap la ko kan. Hadiah menang akademi fantasia musim ke 8 ni dekat nak RM150k. Sedekah la sket and jangan lupa keluarkan zakat. Semoga ko menjadi trend yang boleh membawa manusia-manusia di Malaysia lebih mendekati Islam. Jangan ko hanyut sudah la dengan kemenangan AF8 nih…Tahniah!

Rita Rudaini Aidil Zafuan Didenda RM500 Kahwin Lari

May 7th, 2010 M.H.M No comments

Alhamdulillah. Selamat sudah selamat pasangan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan diijabkabulkan di Malaysia dengan sah dan legal. Bukan tak sah pun kahwin mereka sebelum ni. Tak salah pun nak kahwin kat mana-mana pun. Yang penting, wali hakim tu kena la orang Islam. Islam tu amat mudah dan tak mahu menyusahkan sesiapa. Perkara yang baik usahla ditunggu-tunggu atau dilengah-lengahkan. Bagus la keputusan korang berdua ni untuk berkahwin daripada terjebak ke lembah neraka, lembah zina. Mahkamah di Malaysia ni pun ok gak. Denda RM500 je dan paling maksimum pun denda RM1000. Jadi, tak menjadi banyak masalah.

Rita Rudaini dalam keadaan tersenyum-senyum malu dan bahagia, bersama suaminya, Aidil Zafuan meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas mendaftarkan perkahwinan mereka semalam.

Pihak keluarga perlu juga memberi sokongan. Jangan menghalang perkara baik. Tapi pasangan ingin bernikah pun kena la mendapat redha ibu bapa juga ya. Jangan kerja nak lari je. Kadang-kadang aku hairan la, kenapa dekat Thailand, yang penduduk Islamnya sangat sedikit boleh mengamalkan cara kahwin yang mudah. Islam kan mudah. Mungkin jabatan-jabatan agama Islam di Malaysia ini boleh la buat sesuatu untuk memudahkan lagi perjalanan kahwin rakyat Malaysia. Cegah zina! Rakyat sihat! Negara pun makmur…insyaAllah.

Rita Rudaini menemani suaminya, Aidil Zafuan yang sedang masam di telefon, meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas mendaftarkan perkahwinan mereka semalam.

KUALA LUMPUR 6 Mei – ”Kenapa kahwin di sana? Apa masalah?” Itu merupakan pertanyaan Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin terhadap pelakon, Rita Rudaini dan suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak ketika pasangan itu mengemukakan rayuan berhubung kes nikah tanpa kebenaran di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Mohd. Aidil Zafuan, 23, yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan ketika menjawab pertanyaan itu berkata, mereka bernikah di negara jiran ekoran tidak mendapat persetujuan daripada ahli keluarganya. Pelakon wanita itu pula memberitahu, keluarga mertua tidak menyukai dirinya.

Ketika bernikah pada tahun lalu, pemain bola sepak dari Negeri Sembilan itu masih bujang manakala Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mohamad @ Mokhtar, 34, merupakan seorang janda. Rayuan tersebut dikemukakan sebelum Mohd. Yunus menjatuhkan hukuman denda RM500 atau penjara 15 hari terhadap Rita dan Mohd. Aidil Zafuan setelah masing-masing mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Pasangan itu didakwa bernikah di luar kariah tanpa kebenaran mahkamah iaitu di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand kira-kira pukul 9.30 malam, 28 Februari tahun lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Sohibul Kahfi Hussin manakala pasangan itu tidak diwakili peguam. Pada 22 April tahun lalu, mahkamah yang sama mengesahkan pernikahan pasangan itu di negara jiran adalah sah dari hukum syarak.

Menurut surat nikah dari Pejabat Agama Islam Wilayah Songkhla, Rita Rudaini dan Mohd. Aidil Zafuan dinikahkan oleh Naib Kadi Wilayah Songkhla, Chowalit Pinsuwan. Pasangan itu kini mempunyai seorang anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin yang berusia 10 bulan.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Norman KRU Pengetua AF8 – Akademi Fantasia

February 10th, 2010 M.H.M No comments

Teka teki telah pun terjawab di mana Norman KRU telah pun dilantik menerima beban sebagai pengetua akademi fantasia musim ke 8. Hmm aku rasa pelik la. Kenapa masa aku menaip ni kan. Aku asyik-asyik macam nak tertulis Norman Hakim. Haha hebat betul la kau Norman Hakim. Sampai tangan aku pun boleh terpengaruh. Ceh. Tengok. Berita AF8 telah di interframe oleh Norman Hakim. Anyway, pengacara AF8 masih lagi belum terjawab. AC Mizal telah awal-awal lagi menolak. Sarimah pula telah diberi tanggungjawab untuk mengendali debaran baru akademi fantasia. Jadi siapakah gerangan yang akan menggantikan AC Mizal. Adakah Aznil? Mari kita sama-sama nantikan. Huhu.

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Diberi tanggungjawab besar menggalas tugas sebagai Pengetua Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) merupakan satu penghormatan buat Norman Abdul Halim, 37. Atas alasan itu, dia berazam untuk membimbing dan membentuk bakat-bakat baru dalam mencari hala tuju mereka dalam seni khususnya bidang muzik.

“Saya mahu melakukan satu perubahan baru dalam AF8 iaitu mencari muzik yang sesuai untuk setiap pelajar yang terpilih nanti. Seperti mana yang kita tahu, bukan semua boleh menjadi penyanyi versatil dan semua ini harus dilakukan di peringkat awal agar mereka tidak akan tercari-cari arah apabila keluar dari akademi. Saya percaya dengan bantuan barisan tenaga pengajar, impian ini dapat direalisasikan dalam mencari penghibur negara yang disegani,” jelas Norman ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman pengetua, tenaga pengajar dan pengacara AF8 di sini malam ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah dan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi. Pemilihan Norman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios itu dilihat bertepatan sekali memandangkan trek rekod cemerlang yang pernah dicipta bersama kumpulannya, KRU. Namun begitu, Norman sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan dan menganggapnya sebagai satu cabaran sebagai Pengetua AF8.

“Apa yang boleh saya katakan, saya akan menerajui AF8 sebaik mungkin berdasarkan pengalaman saya selama 18 tahun bersama KRU,” ujar Norman yang mengesahkan kedudukannya sebagai Pengetua AF8 pada pertengahan bulan Januari lalu.

Sementara itu, Sarimah Ibrahim terus diberi kepercayaan untuk mengendalikan program baru, Debaran Akademi Fantasia.

Sumber Berita: Utusan Online

Mamat Exist Seorang Pencuri?

January 13th, 2010 M.H.M No comments

Tiada kusangka, sejak detik itu kau membuka pintu, kamar di hatiku, cinta yang bla bla bla bla...” Pintu ko akhirnya terbuka untuk mencuri ye mamat. Taubat lah. Tak serik-serik lagi ke kau ni. Aku terkilan lah. Bakat hebat seperti kau ni boleh jadi begini. Aku rasa kau kena gi jalani latihan askar wataniah supaya jati diri dan dalaman kau tu mantap. Lepas tu baru la kau leh maju ke hadapan. Yang paling penting, kena pandai pilih kawan.

SINGAPURA 13 Jan. – Mahkamah Singapura hari ini mengenakan denda S$1,000 (RM2,400) ke atas penyanyi rock Malaysia, Mamat kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan. Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 31, adalah bekas penyanyi kumpulan rock Exist yang popular pada tahun 1990-an.

Laporan sebuah media online menyebut Mamat mengaku bersalah mencuri telefon bimbit bernilai S$580 dan sebuah jam daripada Noor Shazeel Sazali, 21, di rumahnya di Bishan di sini pada 11 November lepas. Mahkamah diberitahu Noor Shazeel telah meletakkan telefon bimbit dan jam itu yang tidak diketahui nilainya di atas meja makan sebelum masuk untuk tidur petang, dan mendapati barangan tersebut hilang apabila dia bangun lima jam kemudian.

Menurut edisi online Straits Time, Noor Shazeel kemudian diberitahu bapanya bahawa Mamat telah pergi ke rumahnya bersama seorang saudara. Mamat berjaya dikesan di rumah teman wanitanya di sini beberapa hari kemudian.

Sumber Berita: Utusan Malaysia

Kapten Kit Duta Kebersihan Alam Sekitar Malaysia

November 25th, 2009 M.H.M 1 comment

TV3 kini menampilkan sebuah drama baru untuk tatapan umum, Kapten Kit untuk disiarkan di slot Aksi. Drama terbitan Ace Motion Pictures dan diarah oleh pengarah tersohor Aziz M Osman itu bakal mempamerkan keistimewaannya di kaca TV anda tidak lama lagi. Ia juga dapat menambat hati penonton yang cintakan alam sekeliling dengan aksi-aksi hebat serta lincah.

Kapten Kit membariskan pelakon-pelakon baru yang ingin mengasah bakat dan sekali gus menggilap nama mereka dalam industri lakonan iaitu Asry Azizan, Azie Yahya, Puteri Fateen Nasuha, Munir, Qazem dan Qish. Turut serta mewarnai drama sensasi ini adalah pelakon yang berpengalaman iaitu AR Badul. Kapten Kit bakal pada 23 November ini, setiap Isnin, jam 9 malam. Read more…

Gambar Datuk Paduka Khairuddin Tunang Umie Aida

October 26th, 2009 M.H.M 2 comments

Actually bukan aku minat sangat pun nak tahu si Umie Aida ni nak kahwin ngan datuk ke, atuk ke, duda anak dua ke, tapi sebab adik aku dah send benda ni kat email aku, kang marah pulak aku tak post. Dia kata dia dapat dari facebook Umie Aida sendiri. Rajin gak artis Malaysia ni berfacebook rupa-rupanya. Tak kisah la mana-mana pun. Anyway, di bawah ialah gambar Datuk Paduka Khairuddin, tunang Umie Aida. Ada kata muka dia macam Charlie Chaplin, ada yang kata macam Jaafar Oon, sedap-sedap je korang ni kutuk-kutuk dia. Beauty is in the eyes of beholder. Kasihan, apa nak buat, inilah asam garam dunia artis dan glamour, penuh fitnah. Apapun, mari kita semua doakan mereka berjaya ke rumah tangga dan bahagia ke akhir hayat dan inilah yang paling terbaik, InsyaAllah.



Sumber: Facebook Umie Aida (Gi la carik sendiri hehe)

Fasha Sandha Tak Jadi Kahwin?

October 11th, 2009 M.H.M 2 comments

Fasha SandhaSumber: Oh Bulan

Entah apa-apa la rakyat Malaysia. Minah tu tak jadi kahwin pun boleh jadi isu. Dan yang paling best menjadi gosip terhangat masa kini. Qabil Ambak ni pun satu, mengewar-warkan benda macam tu seperti melempar arang hitam kepada Fasha Sandha. Mana lah dia nak letak muka dia, walaupun ada benarnya dia berbuat salah, tapi tak sepatutnya dia diperbuat sedemikian rupa. Inilah dunia artis, banyak hitamnya dari putihnya. Oleh demikian, marilah kita semua pulang ke pangkal jalan.

Related Posts with Thumbnails