Archive

Archive for the ‘Informasi Kini’ Category

Jumlah Penduduk Cina di Malaysia 2010

February 21st, 2010 M.H.M No comments

Kalau dahulu aku dah bagitau tentang jumlah penduduk India di Malaysia iaitu hanya seramai 1.8 juta orang. Kebanyakkan orang berfikir yang jumlah penduduk India di Malaysia ramai tetapi tidak. Kali ini, bagaimana pula dengan orang Cina yang kebanyakkan mereka banyak kita dapati mendiami pekan-pekan dan bandar-bandar. Adakah jumlah mereka mengatasi atau berkurang dari jumlah pendatang asing di Malaysia?

Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai dan terkini tahun 2010, jumlah penduduk Cina di Malaysia ialah seramai 7.5 juta orang. Jumlah ini merangkumi kira-kira 28% daripada jumlah penduduk di negara Malaysia yang tercinta ini. Kebanyakkan daripada mereka bercakap bahasa Hokkein dan Hakka, diikuti oleh Kantonis. Tetapi perlu diingat, jumlah ini tidak termasuk jumlah pendatang asing yang datang ke Malaysia. Siapa kata takda? Kalau nak tahu, ramai gak penduduk asal China berhijrah ke bumi Malaysia ini tanpa kita sedari. Kalau ada korang jumpa orang Cina yang tak reti cakap bahasa Melayu tu, kemungkinann besar depa ni mai dari China tanpa pengesahan sah dari jabatan imigresen. Aku asyik dok cakap pasal pendatang tanpa izin je, berapa jumlah mereka sebenarnya? Nanti-nantilah aku bagitau. Hehe. Berguna tak informasi aku kali ni?

Denda Buang Sekolah Jika Tak Pakai Topi Keledar

January 18th, 2010 M.H.M No comments

Suatu tindakan yang drastik telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran kepada mana-mana pelajar yang tidak memakai topi keledar atau helmet semasa menunggang motorsikal. Saya amat setuju. Kalau boleh, kerajaan Malaysia juga mewajibkan perkara ini kepada semua kakitangan kerajaan. Sesiapa yang ditangkap tidak memakai topi keledar keselamatan akan dikenakan tindakan tata tertib. Ini bukanlah sesuatu yang hanya dibuat untuk menunjukan kerajaan kejam atau apa. Tetapi adalah semata-mata untuk keselamatan diri sendiri. Perlu ditambah, hampir 80% dari kematian dalam kemalangan motorsikal disebabkan kecederaan kepala. Jadi, marilah kita sama-sama pakai helmet ye. InsyaAllah.

JOHOR BAHRU – Mana-mana pelajar sekolah yang ‘besar kepala’ dengan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah mungkin berhadapan tindakan gantung atau buang sekolah selepas ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut jika pelajar terbabit masih tidak berubah meskipun beberapa kali diberikan kaunseling termasuk memanggil ibu bapa pelajar terbabit ke sekolah.

“Pemakaian topi keledar amat penting kerana berdasarkan statistik baru-baru ini, 2,000 daripada 6,000 kemalangan maut adalah melibatkan penunggang motosikal.

“Sekiranya pelajar enggan memakai topi keledar, tidak kira di kawasan pedalaman atau bandar, pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan peraturan itu jika pelajar masih tidak berubah meskipun ibu bapa telah dipanggil dan diberikan kaunseling berkali-kali,” katanya.

Sumber Berita: Kosmo Online

40,000 warga India Tinggal di Malaysia Secara Haram

January 12th, 2010 M.H.M 1 comment

Apa? 40000? Aku tahu mana depa ni semua hilang. Tu dekat kedai mamak yang pakai kopiah layan makan korang tu. Pastu dekat kawasan pembinaan. Pastu mana lagi ye? 40000 tu suatu nilai yang besar tu. Bukan perkara yang kecil. Kalau penduduk India Malaysia secara rasminya mempunyai lebih kurang 1.8 juta orang. Kalau tambah penduduk ‘import’ ni, makan bertambah lah kaum ini di Malaysia. Berita baik gak ni. Tapi, takda la banyak sangat pun kalau nak ikutkan. Apa-apapun, berita ini disampaikan oleh abang Najib kita di Putrajaya. Ayuh kita baca.

PUTRAJAYA: Sejumlah 39,046 warganegara India “hilang” di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu merupakan isu yang membimbangkan bagi negara ini, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, mereka tidak dapat dikesan daripada rekod Jabatan Imigresen, menurut anggaran yang dibuat pada Jun tahun lalu.

“Keadaan itu menyebabkan jabatan itu kurang berminat mengeluarkan visa waktu ketibaan kepada warganegara India kerana kemudahan itu telah disalahgunakan, terutamanya mereka dari Chennai. Mereka ini yang datang ke Malaysia melalui kemudahan visa waktu ketibaan mungkin telah kembali ke India atau masih berada di negara ini…(mungkin) bekerja di restoran-restoran India. Kami tidak tahu di mana mereka ini berada sekarang…kemungkinan masih berada di Malaysia atas alasan ekonomi,” katanya dalam temu bual dengan wartawan India yang sedang dalam rangka lawatan ke sini, di pejabatnya di sini semalam.

Najib membayangkan beliau mungkin akan membangkitkan isu itu pada lawatan rasmi tiga hari beliau ke India, bermula 19 Januari ini. Perdana Menteri berkata Malaysia bersikap agak liberal dalam membenarkan sami dan tukang gunting rambut dari India untuk datang dan bekerja di negara ini.

“Kami mengalu-alukan warganegara India datang melawat ke Malaysia sebagai pelancong. Kami bersikap agak liberal. Kami mahu mereka yang benar-benar tulen. Mereka amat dialu-alukan. Kami bersedia menimbangkan memperkenalkan semula skim visa itu bagi mereka yang datang dari bandar raya seperti Bangalore, Mumbai dan Delhi tetapi bukan dari Chennai. Masalah tinggal melebihi tempoh hanya membabitkan dari Chennai,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengadakan dialog dengan kumpulan pendesak Hindraf, Najib berkata semua pihak perlu sedar bahawa kumpulan itu telah ” memperbesar-besarkan dan memanipulasi sepenuhnya seluruh situasi” membabitkan minoriti etnik India. Beliau berkata kebanyakan kaum India di negara ini mahu kerajaan sensitif terhadap keperluan mereka dan kerajaan responsif terhadap perkara itu.

“Kami telah menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi kaum India dan saya tidak nampak yang Hindraf telah menjadi kuasa yang penting dalam politik Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai langkah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bakal melantik duta khas untuk Jammu dan Kashmir, Najib berkata sebarang tindakan susulan hanya akan dapat dilakukan dengan persetujuan India dan Pakistan.

“Malaysia berpendapat isu ini wajar diselesaikan melalui rundingan secara aman,” katanya.

Sumber Berita: Berita Harian

Manusia Paling Gemuk di Dunia

November 27th, 2009 M.H.M No comments

WARGA Britain, Paul Mason yang menetap di Ipswich dinobat sebagai lelaki paling gemuk dunia baru-baru ini. Dengan berat 444.5 kilogram, Mason boleh berbangga namanya kini tercatat dalam buku rekod.Namun, agak memeranjatkan kerana beberapa pihak mendakwa gelaran itu sudah lama diidamkan Mason.

Paling Besar

Cita-citanya itu terdedah tiga tahun lalu selepas beratnya turun 127 kilogram selepas menjalani rawatan di sebuah hospital tiga tahun lalu. Mason, kini berusia 48 tahun memeranjatkan kakitangan hospital apabila menyuarakan rasa sedih kerana beratnya turun kerana beliau ingin sebaliknya berlaku.

“Ketika dibenar pulang, beliau menyatakan sedih kerana tidak lagi berpeluang untuk menjadi lelaki paling gemuk dunia.

“Sebaik tiba ke rumah, Mason memesan pizza, kari dan juga makanan China. Beliau juga kerap dilihat di McDonald memesan makanan dengan menggunakan kerusi roda khasnya.

“Tiada siapa mampu menghentikan Mason daripada makan dan ia amat menyedihkan,” kata sumber hospital.

Dalam usaha memenuhi impiannya itu, Mason makan sekotak Sugar Puffs pada satu masa dan setiap Jumaat beliau akan ke kedai makan pada tengah hari dan petang. Pengurus Bar Nacton Road Fish di Ipswich, Suffolk, Bob Singh Phagura, berkata Mason akan menunggu di kerusi rodanya di luar kedai sementara menanti pelayannya selesai memesan makanan.

Paling Gemuk

“Beliau tidak boleh masuk kerana saiz badannya terlalu besar. Mason akan membeli 10 kali ganda makanan yang dimakan setiap pelanggan. Beliau akan membeli empat ikan kod, dua pai, empat sosej dan enam cip besar bersama dengan sos kari dan kacang dan menelan semuanya dengan dua botol besar air Coca Cola,” katanya.

Hakikatnya, Mason akan makan 20,000 kalori makanan sehari, lapan kali ganda daripada purata 2,500 kalori makanan yang dimakan lelaki biasa. Beliau makan tiga hidang keluarga setiap malam dan seekor ayam panggang umpama pencuci mulut baginya. Akibatnya Mason yang menggantikan warga Mexico, Manuel Uribe, 43, sebagai lelaki terberat dunia menghabiskan lapan tahun terakhir hayatnya di atas katil di rumahnya di Ipswich, Suffolk.

Uribe melepaskan gelarannya itu selepas menurunkan separuh berat badannya, 571.5 kilogram untuk berkahwin tahun lalu. Pada 2004, rekod dunia dipegang warga Amerika Syarikat, Patrick Deuel yang memiliki berat badan 489 kilogram dan warga Britain paling bersat sebelum ini adalah pemandu teksi Barry Austin dari Birmingham yang memiliki berat 413 kilogram.

Yang pasti, ramai pihak kini ingin melihat Mason menurunkan berat badannya, selain mengurangkan perbelanjaan rawatan menggunakan wang rakyat. Laporan menunjukkan pihak berkuasa membelanjakan £1juta (RM5.58 juta) untuk merawatnya sejak beberapa tahun lalu. Kegilaan Mason yang memiliki ketinggian 1.65 meter itu dan kini tidak lagi mampu bergerak turut menyebabkan rumah ibunya dirampas bank selepas beliau tidak berupaya membayar pinjaman kerana wangnya habis dibelanjakan untuk anak lelakinya.

Adik perempuannya, Louise, 43, mendakwa kegagalan Mason mengawal tabiat makannya memusnahkan keluarga mereka dan menyebabkan beliau dan adiknya hilang segala-galanya, terutama selepas ibu mereka, Janet, meninggal dunia enam minggu lalu.

“Bapa, Roy, menyelesaikan pinjaman bank £100,000 (RM558,140) untuk rumah kami sebelum beliau meninggal dunia pada 1986. Namun, ibu terpaksa kembali meminjam bank dengan memajak rumah kami demi membiaya tabiat makan abang. Kini kami hilang semuanya selepas rumah kami dirampas bank kerana ibu gagal melunaskan pinjaman.

“Tiada apa yang boleh diwasiatkan ibu kepada saya dan Judith. Saya masih sayangkan abang tapi saya sedih dengan perangainya itu,” katanya.

Mason kini tinggal di rumah banglo dibina khas untuk golongan obes dan terbaring sepanjang masa di atas katil. Rumah itu memiliki pintu seluas 1.5 meter dan Mason yang pernah bekerja sebagai penghantar surat dan mekanik menerima bantuan £67.50 (RM377) seminggu dan wang sewa rumah. Beliau dijaga tujuh kakitangan Jabatan Kesihatan yang bekerja dalam tiga syif sehari untuk memasak dan membersihkannya. Pelayan itu menelan belanja £100,000 (RM558,140) setahun dan akan membantunya dalam apa jua perkara yang diperlukannya. Mason kini bakal menjalani pembedahan mengecilkan perut bagi menghentikan tabiatnya dan membantunya untuk terus hidup. Pembedahan itu dilapor menelan belanja £20,000 (RM111,623). Bagaimanapun, Louise sangsi Mason akan berubah.

“Saya sedar sepatutnya saya memberi lebih sokongan kepadanya. Namun sebagai manusia biasa, saya tidak dapat berbuat apa-apa jika beliau tidak membantu dirinya sendiri. Hakikatnya, beliau tidak mahu bantuan kami,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Gambar Perodua MPV Alza 2009

November 19th, 2009 M.H.M No comments

Amacam? Lawa tak kereta MPV baru dari Perodua yang akan dilancarkan 23 November 2009? Menurut sumber yang boleh dipercayai, nama untuk Perodua MPV ini ialah Perodua Alva. Apa makna Alva tu ye? aku pun taktau. Nanti masa pelancaran boleh la tanya. Tapi dari wikipedia, alva tu merupakan sejenis jenama kenderaan tahun 1920an dahulu yang berasal dari Perancis. Apa kena mengena antara dua. Tapi yang penting namanya ialah Alva. Haha. Gambar di bawah merupakan mukadimah atau preview kepada Perodua MPV baru. Saksikan lah.

Perodua Alza

Korang tanya pasal harga pulak ke? Desas-desus daripada kawan aku yang bekerja di Perodua, harganya lebih kurang dalam lingkungan RM56,000 hingga RM66,000. Kire agak murah la kan (Ke mahal?). Ikut la mana-mana, tapi yang penting, rupa parasnya tampak menawan berbanding dengan Proton Exora.

Perodua Alza

Perodua Alza

Perodua Alza

Sumber Gambar: Paul Tan

Punca Gangguan Utama Pemandu Di Jalan Raya

November 19th, 2009 M.H.M No comments

Dalam satu penyelidikan yang telah dilakukan baru-baru ini oleh American Automobile Association (AAA) kepada 2501 orang yang berusia 16 dan ke atas menunjukkan bahawa 95% dari sampel yang diselidiki bersetuju bahawa bermain SMS semasa memandu kenderaan adalah perkara yang tidak boleh diterima dan berbahaya. Faktor ini merupakan 5% mengatasi faktor yang sudah lama mengugguli carta teratas penyelidikan itu sejak sekian lama iaitu memandu dalam keadaan mabuk. Faktor-faktor dan penemuan-penemuan lain boleh dilihat daripada infografik di bawah ini.

Sementara itu, dalam penyelidikan lain yang dilakukan oleh LeaseTrader.com ke atas 3000 pemandu yang terdiri daripada lelaki dan perempuan untuk melihat faktor terbesar yang menyumbang ke atas gangguan semasa memandu kenderaan, 18.3% lelaki setuju bahawa berasa marah di jalanan adalah pengalih perhatian utama, sementara bagi perempuan, anak-anak dalam kenderaan mereka adalah faktor yang paling menganggu. Kita dapati bahawa bermain SMS semasa memandu kenderaan masih menjadi faktor utama gangguan untuk pemandu. Ini secara tidak langsung memberi jawapan kepada kita bahawa faktor ini antara penyumbang terbesar kepada penyebab kemalangan jalan raya. Read more…

Kini Boleh Buka Akaun Paypal di Malaysia

November 10th, 2009 M.H.M No comments

Ini merupakan berita gembira untuk rakan-rakan siber di Malaysia kerana selama 7 tahun menunggu, akhirnya Paypal sudah membuka cawangannya di Malaysia pada 2 November 2009 yang lepas. Aku lah yang paling gembira, kerana tahun 2010 aku punye kad debit dari US Bank akan expired. Aku sungguh resah baru-baru ini. Duit di paypal cawangan US aku berkepuk-kepuk dah tapi tak tau cara nak keluar melainkan aku beli barang dari ebay atau pun mana-mana tempat. Ahh aku tak perlukan semua itu, aku mahukan duit aku!

Hehe tapi kini tidak lagi. Anda cuma perlu mendaftar DI SINI dan dalam masa 2 minit anda akan selesai. Tunggu apa lagi. Oh Dengan mempunyai Paypal Malaysia ni, korang dah boleh add bank account in Malaysia. Kalau korang guna CIMB, boleh add CIMB akaun, kalau guna Maybank, boleh add Maybank akaun. Senang, nanti dia akan convertkan secara automatik US ke MYR. Mudah kan. Kesimpulannya, korang boleh dah masukkan duit ke paypal dan keluarkan duit dari paypal ke bank di Malaysia. Itu yang kita nak bukan?

Klik Di Sini Untuk Mendaftar dan kalau korang tak paham sangat camna nak mendaftar, pergi SINI untuk tutorial.

Bagaimana Semut Membuat Sarangnya

November 8th, 2009 M.H.M 3 comments

Semut merupakan serangga yang sangat rajin di mana kerajinanya banyak diungkap dan dimanfaati oleh manusia di seluruh dunia dalam peribahasa dan kata-kata bernas. Malahan dalam al-Quran sendiri pun sudah ada satu surah yang dedikasikan dan dinamakan semut (an-Naml). Berbadan kecil dengan hanya 2 perut dan 3 mata, mereka dapat mengangkat beban 2 kali ganda daripada beratnya. Mari kita lihat kenapa semut ini amat diagungkan oleh kebanyakkan orang. Experimen ini telah dijalankan oleh unit penyelidikan di NASA di Florida, USA. Siapa yang tak tahu siapa tu NASA sila angkat tangan. Semua sedia maklum kan NASA ni siapa, ala yang membuat penyelidikan sains untuk roket-roket tu kan. Dalam experimen yang dijalankan itu, kali ini NASA mahu melihat bagaimana semut membuat sarangnya.

Semut-semut ini diletakkan di dalam sebuah bekas khas yang tertutup yang dilihat seperti akuarium dengan hanya disinari oleh cahaya ultra violet (cahaya ungu yang mewakili cahaya matahari) dan medium dalam bekas itu adalah tanah lutsinar (mempunyai sifat-sifat galian dan nutrisi seperti tanah tetapi lutsinar). Aku pun tak berapa tahu apa jenis tanah lutsinar tu, mungkin macam gel minyak rambut kita tu kot hehe.

Setelah beberapa minit berlalu, semut-semut itu mula bekerja, membuat lubang-lubang jalan iaitu koloni-kolini kecil untuk membantu semut-semut lain bergerak di dalam “tanah”. Semut-semut ini mahu melarikan diri dari terikan panas mentari, kalau tak salah aku lah. Takkan depa semua nak duduk bawah panas mentari kan. Lari lari…

Hasilnya, terbentuklah pelbagai jenis lorong-lorong kecil yang menghubungkan jalan-jalan dalam tanah yang merupakan suatu seni yang amat unik. Jika kita lihat dari jauh, Subhanallah, indah dan kreatif sekali makhluk ciptaan Allah ini. Mari kita mencontohi kerajinan dan kekreatifan semut ini dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat bekerjasama untuk mencapai matlamat mereka untuk membuat sarang yang selesa untuk mereka. Sekian sahaja eksperimen hari ini. Kepada saintis-saintis muda, boleh la buat eksperiment ini di rumah dan lihat sendiri hasilnya.

Sumber: ThisBlogRules

Ibu Paling Muda di Dunia Umur 11 Tahun?

November 5th, 2009 M.H.M 2 comments

Mesti ramai yang hairan jika aku mengatakan yang budak umur 11 tahun boleh lahirkan bayi. Tak perlu hairan pun kerana itu memang fitrah manusia yang telah mencapai akhil baligh. Perempuan memang dijadikan Allah akan baligh cepat lagi dari lelaki. Kenapa? Korang carik la sendiri ye.

Well, kalau nak diikutkan orang asli kat pedalaman Sarawak tu lagi awal lahirkan anak, tapi kenapa tak kecoh? Sebab depa rasa itu biasa, tetapi tidak bagi masyarakat umum. Anyway aku paling suka quote dari budak eh silap minah ibu muda ni, “I’m not going to play with toys any more, I have a new toy now“. Yang paling penting, nikah dahulu, tak kisah umur berapa, asal lengkap kemampuan zahir batin cukuplah. Prevention is better than cure. Setuju tak ni?

Sumber: Indiatimes Dot Com

10 Gempa Bumi di Sarawak

October 28th, 2009 M.H.M 1 comment

Aduh, terkejut beruk aku bila membaca tajuk di atas ni. Actually berita mengatakan terdapat 10 gempa bumi telah direkodkan berlaku di Sarawak sejak tahun 2000. Tapi kenapa ya informasi ini tidak diberitahu kepada orang awam? Takut suasana kacau bilau ke. Sekurang-kurangnya dengan berita macam ni boleh la membuatkan aku tidak membeli tanah di Sarawak. Jom jom jual balik tanah kat Sarawak tu..hahaha main-main je lah.

Berbalik kepada tajuk asal iaitu gempa bumi di Sarawak ni, 10 gempa bumi ni berukuran antara 3.3 skala Ritcher dan 5.3 skala Ritcher. Wahhh bukan kecil tu, agak besar berbanding dengan gempa bumi di Semenanjung. Paling best sekali, Bintulu, daerah minyak Malaysia merupakan kawasan yang paling terdedah kepada gempa bumi ni. So kawan-kawanku yang berada di sana, berjaga-jagalah ye. Sekian sahaja informasi untuk kali ini. Dapat tak apa yang korang carik?

Sumber: Berita Harian

Related Posts with Thumbnails