Archive

Archive for the ‘Hangat Tempatan’ Category

Elaun RM2000 untuk Juara Qari Qariah

February 5th, 2010 M.H.M No comments

Alhamdullillah. Ini merupakan berita baik yang kedua selepas yang pertama. Kalau beberapa hari yang lepas, kerajaan telah menaikkan gaji anggota polis, kali ni golongan qari qariah pula mendapat durian runtuh. Tetapi dengan syarat mereka hendaklah menjadi johan kebangsaan. Susah gak tu. Aku saja nak bayangkan lah berapa mereka ini akan dapat. Setahun ada 12 bulan. Anggaran hidup manusia ialah 60 tahun. 60 x 12 x 2000 = RM 1.44 juta. Boleh jadi jutawan gak ni. Tapi aku lebih suka jika golongan hafiz dan hafizah (golongan yang hafaz quran) turut mendapat elaun ini. Secara tidak langsung dapat menggalakkan pembangunan ulama-ulama di kalangan rakyat Malaysia. Sekadar cadangan. Apapun, syabas!

Johan al Quran

PUTRAJAYA 5 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian insentif berupa wang tunai sebanyak RM2,000 secara tetap setiap bulan dan sepanjang hayat kepada setiap qari dan qariah yang menjadi johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan. Menurut Perdana Menteri, bayaran imbuhan itu akan diberikan mulai Oktober tahun lalu sehingga ke akhir hayat mereka.

Beliau juga membawa khabar baik kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah menengah agama (SMA). Katanya, kerajaan akan memberikan biasiswa Yayasan 1Malaysia Development Bhd. mulai tahun ini pelajar-pelajar cemerlang lepasan SMA untuk menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda bidang perubatan di Mesir.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk memberikan sumbangan kewangan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti masyarakat dan dakwah di negara ini. Perdana Menteri berkata demikian pada Majlis Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sumber Berita: Utusan Online

Gaji Baru Polis 2010 – Berita Baik!

February 3rd, 2010 M.H.M No comments

Ini merupakan berita baik kepada pasukan polis Malaysia di mana gaji dan elaun semua anggota PDRM akan dinaikkan. Kini semua hasil penat lelah, kerja lebih masa dan pengorbanan kalian semua akan menjadi berbaloi. Diharap juga prestasi yang baik juga dikekalkan dan yang mana-mana yang buruk boleh la ditinggalkan. Chaiyok!

SEPANG: Kadar baru gaji dan elaun anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan esok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau berkata, kadar baru itu diyakini akan meningkatkan taraf kehidupan anggota polis sekaligus meningkatkan keupayaan pasukan berkenaan. Katanya, ia juga adalah sebahagian daripada cadangan yang dirumuskan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kadar baru ini yang akan saya umumkan esok adalah sebagai memenuhi janji yang saya berikan sewaktu saya mula menerajui KDN,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasport Malaysia versi (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Laporan akhbar ini menyebut bahawa skim gaji dan elaun itu akan membolehkan pegawai polis berpangkat inspektor menerima gaji bulanan lebih RM3,000 manakala sarjan pula sehingga RM2,000 sebulan. Menerusi skim ini, inspektor baru berpeluang menikmati kenaikan terbesar dengan gaji permulaan sebanyak RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini serta pertambahan beberapa elaun lain seperti perumahan dan sara hidup.

Bagi pemegang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mereka dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500 berbanding RM800 sebelum ini. Semua kenaikan itu berkuatkuasa pada 1 Januari tahun lalu, sekaligus bermakna anggota dan pegawai terbabit bakal mendapat durian runtuh melalui bayaran tunggakan bermula tarikh itu.

Sumber: Berita Harian Online

Gambar Gajah Melintas di Jeli

January 12th, 2010 M.H.M No comments

Aku setuju dengan pemandu yang menangkap gambar gajah ini. Bukan satu pengalaman yang senang diperoleh melihat gajah liar melintas penghadang tepi jalan pada waktu siang buta. Kalau aku pun akan menjadi jakun jika melihat adegan tersebut. Berikut merupakan cerita pemandu tersebut.

JELI: Seorang pemuda sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin. Mat Mazarin Ramlee, 27, yang bekerja sendiri berkata ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas menziarahi saudaranya di Pasir Puteh, Kelantan. Katanya, disebabkan terkejut selepas terserempak dengan kehadiran hidupan liar itu, beliau mengambil keputusan berpatah balik ke Jeli, dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani pagi semalam.

“Saya tidak mahu mengambil risiko meneruskan perjalanan kerana bimbang kemungkinan ada kumpulan gajah lain di hadapan sepanjang jalan raya berkenaan. Saya diberitahu penduduk Jeli yang ditemui, kumpulan gajah liar itu sering melintasi kawasan itu untuk mencari makanan di hutan bersebelahan, terutama pada waktu senja dan malam, malah kadang kala memasuki serta memusnahkan tanaman penduduk kebelakangan ini,” katanya.

Mat Mazarin berkata, pengalaman melihat sendiri haiwan liar itu berada di depannya menjadi kenangan sepanjang hayatnya kerana tidak ramai yang berpeluang menempuh pengalaman berkenaan.

Sumber berita: Berita Harian

Pencawang TNB Meletup di Guar Cempedak [Gambar]

January 12th, 2010 M.H.M No comments

Kali ni Pencawang TNB meletup pula. Janganlah cepat melatah nak cari keselahan siapa. Yang paling penting sekali kena tahu bagaimana pencawang tu boleh meletup. Sesudah itu, kena tahu juga kenapa ada pula yang cedera dan kenderaan yang terbakar selepas letupan itu. Adakah pihak TNB membuat pencawangnya tanpa mengikut standard atau prosedur tertentu? Apakah jarak selamat jika berlaku kebarang di pencawangnya. Apakah langkah-langkah yang telah dibuat oleh pihak berkenaan untuk menjaga premis mereka dan memastikan keselamatan penduduk awam di sekitar? Daripada gambar pencawang yang meletup tu, ada banyak isu boleh diutarakan. Tapi aku bukanlah orang yang arif dalam bab-bab ini. Apa-apa pun, di bawah merupakan gambar dan berita tentang peristiwa malang ini.

YAN: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun melecur teruk selepas disambar api, manakala rakannya cedera dalam kejadian letupan membabitkan sebuah pencawang alat ubah milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pekan Guar Cempedak, di sini, semalam.  Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pencawang berkuasa 300 Kilo Watt (KVA) itu meletup sebelum api besar menjulang dan menyambar wayar elektrik di depan deretan rumah kedai berhampiran selain membakar kereta Perodua MyVi dan Mazda Estina.

Read more…

Pengumuman Kadar Baru Tol PLUS

January 9th, 2010 M.H.M No comments

Dari segi apa kadar baru ini akan sesuatu yang memuaskan ye? Harga akan turun? Atau diskaun yang diberikan untuk perjalanan malam? Sukar untuk kita meneka. Memang menjadi lumrah, syarikat yang berorientasikan perniagaan mestilah nak untung dan tidak mahu rugi. Maka, kita sebagai pengguna, tak perlu lah berharap sangat tentang kadar tol yang memuaskan ini. Tapi kalau bagus, apa salahnya kan hehe. Pada pemikiran aku, lebih baik PLUS pergi baiki dia punye road design sebab ada banyak masalah. Hentikanlah kerja dok menurap jalan yang cantik. Perhabis duit rakyat je. :p

Kemalangan Bas Ipoh

Kerajaan melalui agensi berkaitan kini dalam peringkat akhir melakukan kajian menstrukturkan semula pakej baru kadar tol lebuh raya yang munasabah dengan kualiti perkhidmatan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar baru itu akan mengambil kira mutu perkhidmatan sama ada ia memuaskan hati orang ramai atau sebaliknya, termasuk memastikan kurang kesesakan dan tahap kualiti yang tinggi.

“Menteri Kerja Raya (Datuk Shaziman Abu Mansor) menasihatkan saya supaya tunggu dulu (mengenai pengumuman kadar baru) kerana kita kini pada peringkat akhir melakukan kajian terhadap pakej menstruktur semula kadar tol. Bila saya umumkan (kadar baru itu) nanti, ia akan berdasarkan kepada prinsip memberi kepuasan kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ibu pejabat baru PLUS Expressways Berhad (PLUS) yang dinamakan Persada PLUS di sini, hari ini. Turut hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Shaziman dan Pengerusi PLUS, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim. Dalam pada itu, Najib berharap, PLUS terus menyediakan kemudahan lebuh raya yang selesa dan bermutu kepada pengguna termasuk menambah bilangan lorong. Beliau membayangkan kos penambahan lorong-lorong baru itu mungkin boleh dikongsi antara syarikat pemegang konsesi dan kerajaan untuk manfaat pengguna.

“Kalau ada laluan sesak, cepat-cepatlah tambah lorong. Soal kos (mungkin) boleh berunding dengan kerajaan. Kita boleh tengok (bagaimana keadaannya). Mungkin boleh diamalkan prinsip berkongsi kos untuk menambah lorong baru tersebut. (Dengan penambahan lorong baru itu), kalau kadar tol dinaikkan sedikit, orang tidak akan marah sebab perjalanan akan menjadi bertambah lancar dan tiada kesesakan,” katanya.

Menurut Najib, syarikat dan badan kerajaan lain yang banyak berhubung dengan orang ramai juga harus mencontohi PLUS yang meletakkan standard tinggi terhadap kemudahan termasuk menyediakan tandas yang bersih.

“Isteri saya juga minta saya sebut kejayaan kaum wanita di PLUS. Banyak jawatan penting dipegang oleh kaum wanita dan orang lelaki hanya jaga secara keseluruhan sahaja,” ujarnya berseloroh.

Selepas majlis itu, Rosmah turut meluangkan masa merasmikan Pusat Pembangunan Kanak-Kanak PLUS yang terletak dalam kawasan ibu pejabat syarikat itu. Penubuhan pusat itu adalah untuk membolehkan anak-anak kakitangan syarikat berkenaan mendapat pendidikan pada usia muda antara tiga hingga enam tahun. Sementara itu, Shaziman yang ditemui selepas majlis itu berkata, kadar baru tol itu kini sedang dikaji oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Ia masih dibincang di bawah UKAS dan kita (Kementerian Kerja Raya) akan memberi input. Sabar-sabar sikit. Bila telah siap kita akan maklumkan,” ujarnya.

Sumber Berita: Utusan Malaysia Online

Gambar Sambutan Tahun Baru 2010 Kuala Lumpur

January 1st, 2010 M.H.M 1 comment

Tak ku sangka kita akhirnya sudah mencapai tahun 2010. Aku rasa baru semalam sahaja 2009 bermula. Sekejap sungguh masa berlalu. Umur pula makin bertambaha huhu. Apa-apa pun, kita yang duduk di bumi Malaysia ini amat beruntung kerana setiap tahun akan menyambut tahun baru awal daripada negara-negara lain. Berikut merupakan gambar-gambar sambutan tahun baru 2010 di Kuala Lumpur yang aku petik dan cilok dari Akademi Fantasia Travel. Hehe.

Ko rasa sapa lah minah dalam gambar ni ye. Bangga tak dia kalau tahu muka dia terpampang di kebanyakkan blog-blog tempatan? Mestilah bangga kan.

Read more…

Gambar Kereta Terjunam di Kota Bharu Mall

December 7th, 2009 M.H.M 1 comment

KOTA BHARU – Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku. Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan ‘terjunam dari langit’ terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.

Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam. Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini. Read more…

Koleksi Gambar Misteri Sejadah Berdiri

November 29th, 2009 M.H.M No comments

Haiii..banyak la pulak sejadah berdiri baru-baru ni. Kenapa dulu-dulu takde ye. Takpe lah, ada orang nak cari publisiti murahan kot. Apa-apa pun ini la antara gambar-gambar yang telah direkodkan oleh surat khabar pasal sejarah berdiri ni. Mula-mula dekat Kelantan, pastu pegi ke Pulau Pinang. Pastu pergi pulak ke Kedah, sebelum destinasi terakhirnya iaitu Pulau Pinang. Kenapa takde sejadah berdiri kat Kuala Lumpur atau Selagor eh? Fikir-fikirkan lah ye.

Kejadian di Pasir Mas Kelantan

Kejadian di Permatang Pauh, Pulau Pinang

Kejadian di Teluk Yan

Kejadian di Bukit Mertajam

Apa Hukum (Halal Haram) Merokok?

November 28th, 2009 M.H.M 3 comments

Ok. Ni isu hangat nih. Ramai yang masih tercari-cari jawapannya. Ada yang dh jumpa, tapi tak percaya dan pelbagai-bagai. Yelah, mana taknya, korang tanya ustaz A, dia kata rokok tu tak haram. Tapi korang tak caya sebab ustaz A tu sendiri pun merokok, jadi logik la dia kata rokok tak haram. Tapi bila ko tanya ustaz B yang tak rokok, ustaz B tu akan jawab rokok tu haram. Tapi ko tak caya gak sebab ustaz tu memang tak merokok. Kedua-duanya pun korang kata bias. Betul lah tu. Jadi, mari kita sama-sama mencari jawapan apa sebenarnya hukum merokok.

Mengikut fatwa islam dunia pada tahun 1990an, pada mulanya merokok itu MAKRUH. Aah, betul la yang kau dengar tu, merokok tu makruh. TETAPI, menjelang tahun 2000, ulama dunia sepakat menjatuhkan hukum merokok itu HARAM. Sebab apa? Sebab terbukti bahawa merokok tu merupakan pembunuh dalam diam (silent poisoning). Dalam banyak statistik daripada WHO, terbukti bahawa banyak kematian dari kanser paru-paru, mulut, trakea, dan macam-macam lagi disebabkan oleh rokok. Ulama-ulama ini berpegang dengan ayat alQuran dari surah al-Baqarah iaitu lebih kurang “..berdosalah kamu jika kamu memudaratkan diri kamu sendiri..” Untuk keterangan lanjut, lihat video di bawah. Dr. Zakir Naik menjawab persoalan tentang rokok.

Moga kalian semua memperoleh rahmat dan bolehlah bermula untuk berhenti rokok. Rokok kan banyak mudaratnya, kenapa masih degil? Korang boleh terima tak realiti hukum merokok ni?

McChicken Mentah – Periksa Sebelum Makan

November 26th, 2009 M.H.M 1 comment

Pagi ini aku dapat email dari adik aku bertajuk, “check before you eat”. Tanpa ada sebarang penjelasan pasal gambar yang dihantar tu, aku terkesima. Apa yang cuba disampaikan dengan menghantar gambar berger McChicken kat aku ni. Nak buatkan aku lapar ke. Jadi aku pun cuba tengok betul-betul sambil perut aku memainkan lagu Siti Nurhaliza. Wekkkkk rupa-rupanya berger tu tak masak, mentah di dalam. Hmmm apa lagi, pergi saman cepat!

Berger McD Mentah

Kalau lah kes ni berlaku di US ke UK ke, aku rasa dah lama kena saman dah. Since aku tak tahu empunya mangsa McD ni, aku takleh la nak bagi nasihat. Tapi jika ko dapat baca tulisan ni, aku nasihatkan ko gi saman McD. Ko leh jadi kaya oooo. Kalau ko masih simpan resit pembelian tu lagi bagus. Tapi aku rasa, orang Melayu mesti perangai macam ni. “Ala, nak buat camna, dah takda rezeki..” Takleh la macam tu, kita semua kena tahu hak kita sebagai pembeli. Ni terang-terangan dah menipu dan mencabuli hak kita sebagai pengguna.

Berger McD Mentah

Sebagai penutupnya, aku tak cakap jangan pergi McD (walaupun McD ni tersenarai dalam list boycott barangan US/Israel), tapi aku pesan supaya kita tahu hak kita sebagai pengguna dan berhati-hati sebelum makan. Setuju tak? Kalau tak, bagitau aku kenapa ko tak setuju.

Sumber Gambar: Email

Related Posts with Thumbnails