Gempar! Perlawanan JDT Vs T-Team Cetus Pergaduhan? (Video)

| February 2, 2014

Gempar! Perlawanan JDT Vs T-Team Cetus Pergaduhan? (Video) | Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah punca sebenarnya perlawanan di antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team ditangguhkan. Setelah sebuah video tersebar barulah kita semua mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku. Satu pertelingkahan telah berlaku membabitkan kedua-dua pihak iaitu antara pasukan JDT dan T-Team. Ekoran daripada kejadian berkenaan pihak pasukan T-Team bertindak mahu memboikot perlawanan dan mahu menarik diri. Anda boleh tonton video di atas ini.

jdt2

Semuanya bermula apabila pihak T-Team menarik diri dari perlawanan tersebut dan pulang awal. Ketidakpuasan hati pasukan T-Team berpunca apabila berlaku pertelingkahan melibatkan jurulatih JDT dan pegawai dari T-Team ketika menuju ke bilik persalinan. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) cuba menenangkan keadaan, namun pasukan T-Team tetap enggan meneruskan perlawanan. Terdahulu, JDT telah mendahului 2-1 di separuh masa pertama namun perlawanan separuh masa kedua dihentikan berikutan T-Team memboikot perlawanan tersebut.

jdt

Kronologi Punca Perlawanan JDT Vs T-Team Ditangguh Piala FA 1 Februari 2014

1. Sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama dibunyikan, Stefano Impaguazzo , Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim.

2. Tiba-tiba pemain impot T-Team, Evaldo Rodrigues, memakai jersi nombor 16, telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

3. Pihak keselamatan stadium yang diketuai oleh PDRM Johor telah berjaya meleraikan masalah tersebut.

4. Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan.

5. Segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.

6. Perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan.

Pihak PBNJ tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan pada malam ini kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahupun penyokong-penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Sumber : Melvister

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • kes jdt dan t team
  • kes jdt vs t team
  • kes jdt
  • kes jdt vs tteam
  • kes jdt lawan t team
  • pergaduhan jdt dan t team
  • pergaduhan t team dan jdt
  • punca pergaduhan jdt dan t team
  • kes jdt dan t-team
  • pergaduhan jdt t team

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments are closed.