Subhanallah! Wanita Buta Boleh Melihat Kembali Selepas Berdoa Di Masjid Nabawi

| October 17, 2013

Subhanallah! Wanita Buta Boleh Melihat Kembali Selepas Berdoa Di Masjid Nabawi  | Subhanallah! Itu yang mampu diungkapkan apabila Allah SWT menunjukkan kekuasaanNya. Seorang wanita yang sudah berada dalam lingkungan usia 60 tahun merupakan seorang yang buta. Namun dirinya percaya bahawa setiap doa kepada Allah SWT akan dikabulkan. Ketika di Masjid Nabawi, wanita tua yang berasal dari Sudan ini telah berdoa secara bersungguh-sungguh supaya matanya dapat melihat kembali. Tidak semena-mena selepas berdoa, matanya dengan izin Allah SWT dapat melihat. Allahu Akhbar!

FatimahAlMahi

SUBHANALLAH, pelbagai kekuasaan Allah dapat kita lihat berlaku di mana-mana jua di dunia ini.

Banyak juga kisah istimewa berlaku di Makkah dan Madinah kerana ketika ini masih berlangsung musim haji dengan kini pada jemaah sedang giat melakukan ibadah melontar.

Di Masjid Nabawi di Madinah, seorang jemaah haji wanita dari Sudan pulih penglihatannya selepas buta selama tujuh tahun.

Beliau dipulihkan Allah sebaik selesai berdoa di dalam masjid berkenaan, demikian laporan portal berita Saudi Gazette.

“Allahu Akbar, saya boleh melihat semula,” laung wanita itu dari dalam Masjid Nabi Muhammad S.A.W itu beberapa hari lepas.

Fatima al-Mahi (Gambar) yang berusia lewat 60-an berkata, dia hilang penglihatan tujuh tahun lalu dan meskipun menjalani beberapa pembedahan, semuanya gagal untuk membantunya melihat semula.

Fatima tidak menjelaskan bagaimana dia buta tetapi ternyata kelihatan amat bersyukur kepada Allah kerana membenarkan dia melihat semula.

“Saya berdoa bersungguh-sungguh dan ikhlas di Masjid Nabawi, memohon kepada Allah supaya saya dapat melihat. Sebaik habis berdoa, saya mula melihat cahaya. Saya toleh ke kiri dan kanan dan dapat melihat masjid ini dengan jelas. Saya tidak dapat hendak menggambarkan kegembiraan saya apabila melihat anak saya yang mengiringi saya,” katanya.

Fatima berkata, dia kini dapat melihat semula wajahnya sendiri.

“Saya juga melihat anak lelaki saya yang turut menangis kerana gembira. Saya melihat jemaah Sudan lain dalam kumpulan kami. Kini saya dapat berjalan tanpa dibantu, seperti dulu,” kata wanita itu.

P.S. I – Pelik! Dinding Bangunan Dipenuhi Dengan Pintu
P.S. II – Tempat Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Tefikir. Pelik?
P.S. III – Pantai Yang Paling Bahaya Di Dunia

Sumber : MyNewsHub

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • subhanallah jemaah haji buta dapat lihat semula masjid nabawi

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Negara

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.