Apabila Kereta Ini Melanggar Lampu Merah Cara ‘Sopan’ (Video)

| July 25, 2013

Apabila Kereta Ini Melanggar Lampu Merah Cara ‘Sopan’ (Video) | Aksi melanggar lampu merah bukanlah satu perkara pelik yang berlaku di dunia ini terutama di Malaysia. Namun begitu, kejadian melanggar lampu merah kebiasaannya dilakukan ketika si pemandu memecut ketika lampu isyarat menunjukkan warna kuning. Tetapi pernahkah anda melihat pemandu yang melanggar lampu merah ketika kereta lain sedang bergerak ke arah lain? Ini yang boleh anda saksikan video di atas ini. Apakah perasaan kita jika berada dalam situasi tersebut.

avanza

Kita selalu mendengar peribahasa “Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih” yang biasanya menyentuh soal manusia yang komited dalam melakukan sesuatu. Jika mereka inginkan sesuatu mereka akan tetap cuba melakukannya walaupun ia kelihatan mustahil.

Begitu juga yang berlaku dalam soal memandu kereta, biasanya kalau seseorang pemandu sudah nekad untuk memandu laju atau melanggar peraturan lalu lintas mereka akan tetap melakukannya walaupun ia kelihatan mustahil.

Begitulah juga halnya dengan seorang pemandu di Pulau Pinang dengan kenderaan bernombor plat ——-. Kami dedahkan sahaja nombor platnya kerana tindakannya cukup berbahaya melanggar lampu merah. Kalau anda di Pulau Pinang nampak kereta ini berhati-hatilah.

Kita mungkin pernah terdengar, cakap-cakap “nakal” bahawa pemandu kereta di Pulau Pinang kebanyakannya ganas-ganas dan agak liar memandu. Sejauh mana kebenaran itu, anda nilai sendiri mengikut video yang dimuatnaik di laman YouTube ini.

Video yang dimuatnaik pada 19 Julai lepas menunjukkan pemandu sebuah kereta Toyota Avanza yang jelas tidak bertanggungjawab dan memperjudikan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Kalau dia dah degil sangat nak melanggar juga lampu merah tu, dia akan langgar juga. Biarpun dihadapan bersusun kenderaan bergerak tetapi perlahan-lahan dia cuba melanggar peraturan pemandu mesti berhenti ketika lampu isyarat menyala berwarna merah.

Mujurlah dalam video ini tiada kemalangan yang berlaku sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan. Diharapkan kepada pemandu lain di Pulau Pinang berhati-hati andai terserempak dengan pemandu kenderaan ini yang jelas mementingkan dirinya sendiri.

P.S. I – Koleksi Rumah Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Luar Biasa! Restoran Dibina Bersebelahan Air Terjun
P.S. III – Seram! Bandar Berhantu Di Amerika Syarikat

Sumber : MyNewshub

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Automotif, Fakta dan Informasi

About the Author ()

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Comments are closed.