Kejam! Mayat Nureffa Sahira Ringkasan Ditemui Dalam Tong Dram

| January 5, 2013

Kejam! Mayat Nureffa Sahira Ringkasan Ditemui Dalam Tong Dram | Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, dekat sini, kelmarin.

Mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.

Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal.

Melayukini.net – Kami amat berharap pihak polis dapat mencari pembunuh kejam yang durjana ini. Apakah yang telah merasuk penjenayah sehingga sanggup berbuat demikian. Apa-apa pun, kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga tabah menghadapi ujian ini. Al fatihah.

Sumber: Harian Metro Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • gambar bunuh budak di terengganu 22januari 2014
  • nureffa sahira

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Jenayah, Tempatan

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.