Rumah Terkecil di Dunia Dibina Dalam Sehari

| November 11, 2012
 

Rumah Terkecil di Dunia Dibina Dalam Sehari | Ajaib! Rumah terkecil didunia dibina dalam masa sehari dan rumah tersebut boleh didiami. Rumah tersebut direka oleh seorang arkitek Jerman yang sedang cuba menangani krisis perumahan dengan merekacipta sebiji rumah paling kecil di dunia yang hanya berukuran satu meter persegi. Rumah itu memakan masa hanya sehari untuk dibina.

Rumah itu mempunyai ruang yang cukup untuk menempatkan sofa di dalamnya dan pada waktu malam ia boleh diterbalikkan ke belakang untuk menjadikannya kepada sebuah katil. Arkitek yang bernama Van Bo Le-Mentzel kini menyerahkan pelan rumah ciptaannya yang diberi nama One SQM, dan berharap agar ia akan memperbaiki pasaran perumahan terutamanya dinegara sempit.

“Saya ingin menawarkan rakyat satu pelan membina rumah mereka sendiri. Anda boleh membawanya kemana-mana dan tinggal di taman, tasik ataupun di atas bumbung. Ia adalah rumah sebenar yang anda boleh tambah pemanas, panel suria atau tandas jika mahu,” ujar arkitek terbabit.

Bagi membina rumah ini, pembina hanya memerlukan sebuah tukul besi dan gergaji serta 20 meter papan, 200 skru, empat roda dan tingkap kaca serta sebiji pintu untuk membina rumah yang hanya seberat 40 kg itu. Arkitek ini benar-benar mencipta satu penyelesaian yang terbaik bagi negara sempit dan kecil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tags: , , , , , ,

Category: Karya Kreatif

About the Author ()

Comments are closed.