Pihak Tentera Delhi Mengesan 100 Biji UFO di Ruang Udara Mereka
![]() |
Tentera di India telah mengesan lebih 100 buah UFO terbang di ruang udaranya. Apakah benda misteri tersebut ya ?
By
On November 12, 2012 At 12:52 am
Category : Luar Biasa dan Pelik
Tags : Aneh, Berita UFO, Luar Biasa, Pelik, UFO, UFO India
Responses : Comments are off for this post

Pihak Tentera Delhi Mengesan 100 Biji UFO di Ruang Udara Mereka | Pihak tentera India dan Pasukan Polis Sempadan India-Tibet (ITBP) mendakwa telah mengesan sekurang-sekurangnya 100 biji UFO di ruang udara Jammu dan Kashmir bulan lepas.
Menurut Akhbar India Today, ITBP sudah memberikan maklumat terperinci UFO yang dilihat dalam laporan mereka kepada ibu pejabat New Delhi dan juga kepada Pejabat Perdana Menteri.
Menurut laporan objek bercahaya tidak dikenali atau UFO itu dilihat di ruang udara wilayah terbabit dan mereka menolak kemungkinan cahaya itu datang daripada pengangkutan udara, pesawat tanpa pemandu atau satelit yang sedang mengorbit bumi pada paras rendah.
“Objek bercahaya yang kita nampak itu bukan pesawat tanpa pemandu, kapal terbang atau satelit yang mengorbit bumi,” kata seorang pegawai tentera yang sedang menjalankan kajian ke atas foto kabur yang diambil pasukan ITBP.
Sepasukan tentera yang telah merekodkan penemuan UFO dan pesawat tanpa pemandu secara berasingan, sudah melakukan beberapa usaha bagi mengenal pasti objek berkenaan.
Laporan mengenai kehadiran Objek Terbang Tidak Dikenali pernah dibuat di wilayah Ladakh sebelum ini. Kehadiran objek tidak dikenali yang semakin kerap berlaku telah mendorong pihak tentera menjalankan kajian terperinci mengenainya.
Pasukan tersebut cuba untuk mengenal pasti objek terbang itu September lalu dengan menggunakan radar dari darat dan penganalisis spektrum. Akan tetapi, mereka gagal kerana kedua-dua peranti yang digunakan itu gagal mengesannya.







Komen Terbaru