Pelik! Rumah Kapsul Sangat Popular di China

mee

Rumah kapsul di Wuhan China telah menjadi popular apabila harga sewa rumah biasa sangat mahal dan melampau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelik! Rumah Kapsul Sangat Popular di China | Rumah Kapsul menjadi sangat popular dan terkenal di daerah Wuhan di China. Bayaran sewa rumah yang terlalu mahal telah mendorong ramai pekerja berkongsi tinggal di dalam bilik-bilik kecil seperti kapsul di dalam sebuah bangunan dalam wilayah Wuhan.

Setiap bilik kecil yang digelar ‘rumah kapsul’ itu, hanya memiliki keluasan 4.5 meter persegi sahaja.Idea rumah kapsul terbabit dicadangkan oleh pemilik hartanah itu yang telah membina 55 buah bilik kecil di dalam bangunan miliknya itu. Setiap bilik kecil atau bilik kapsul digunakan sebagai tempat tidur, bilik mandi, ruang tamu, dapur sekali kesemuanya dalam satu bilik kapsul kecil.

Penyewa bilik kecil atau bilik kapsul itu terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang kerjaya yang berbeza. Walaupun bilik tersebut sangat kecil, majoriti penyewa menganggap menyewa di rumah kapsul itu jauh lebih berbaloi jika dibandingkan dengan gaji mereka yang rendah berbanding sewa rumah lain yang sangat mahal dalam daerah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.