Budak Umur 4 Tahun Mempunyai IQ Setaraf Stephen Hawking

| November 11, 2012
 

Budak Umur 4 Tahun Mempunyai IQ Setaraf Stephen Hawking | Heidi, kanak-kanak berusia 4 tahun, mempunyai IQ kurang satu markah dibandingkan dengan pakar fizik dunia, Stephen Hawking.

Budak perempuan yang berusia empat tahun warganegara British telah diiktiraf sebagai individu yang memiliki kecerdasan akal (IQ) yang hanya kurang satu markah sahaja dibandingkan dengan pakar fizik dunia, Stephen Hawking, kata Persatuan Kecerdasan Akal (IQ) Tinggi (MENSA).

Ketua Eksekutif Mensa British, John Stevenage, menyatakan bahawa organisasi itu bangga mengalu-alukan Heidi Hankins yang berasal dari Winchester, England, ke ranking no 2 IQ tertinggi selepas beliau mendapat markah 159 dalam IQ test dan meletakkan kanak-kanak itu hanya satu markah di belakang IQ Hawking yang mendapat 160 markah.

Ujian IQ yang diambil oleh kanak-kanak terbabit khusus dibuat untuk kanak-kanak sebaya usianya dan mengandungi campuran soalan yang berupa penyelesaian masalah dan permainan perkataan.

Bapa kepada kanak-kanak itu, Matthew Hankins, 46, menyatakan dia dan isterinya sejak awal sudah mengetahui yang anak mereka istimewa dan genius.

“Kami sudah mengjangka anak kami, Heidi, sangat bijak kerana dari kecil dia sudah pandai membaca. Kami ingin tahu mengenai IQ anak kami dan hasilnya sangat menakjubkan. Kami juga telah membelikannya satu set buku bacaan kanak-kanak Oxford sewaktu dia berusia dua tahun dan Heidi telah membaca keseluruhan set yang mengandungi 30 buku itu dalam masa hanya sejam“, ujar kedua ibubapa mereka.

“Sebenarnya kemampuan Heidi ini adalah perkara yang boleh dilakukan kanak-kanak berusia tujuh tahun. Heidi cuba bercakap sejak mula lahir dan ketika usia setahun dia sudah fasih bercakap dan mampu mengungkap banyak perkataan,” tambah ibu kepada kanak-kanak genius itu.

Mensa merupakan Persatuan IQ Tinggi terbesar dan tertua di dunia. Mensa juga merupakan organisasi bukan kerajaan dan terbuka untuk mereka yang mendapat markah 98 peratus atau lebih daripada piawaian biasa yang ditetapkan ujian kecerdasan yang telah diluluskan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tags: , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.