Berita Bumi Bakal Bergelap Selama 3 Hari Adalah Palsu

mee

Berita khabar angin oleh sebuah blog tentang bumi bakal bergelap selama 3 hari pada Disember 2012 disahkan palsu oleh NASA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Bumi Bakal Bergelap Selama 3 Hari Adalah Palsu | Berita mengenai bumi bakal bergelap selama 3 hari itu adalah palsu. Video yang dikeluarkan NASA telah dimanipulasi oleh sebuah blog. Agensi Angkasa Negara telah menafikan laporan sebuah blog  yang mendakwa planet bumi bakal bergelap berterusan selama 3 hari.

Planet bumi diceritakan bakal bergelap bermula 23 disember.  Blog itu menceritakan, kedudukan awan debu gelap ataupun Dark Dust Clouds yang berhampiran dengan Galaksi Bima Sakti boleh menghalang penduduk bumi daripada melihat sebahagian daripada Galaksi.

Berikutan kejadian alam semesta itu, blog itu berpendapat apabila bumi, matahari serta pusat galaksi berada dalam kedudukan selari, maka akan berlaku penumpuan daya tarikan graviti daripada bumi, matahari dan pusat galaksi bima sakti hingga boleh menyebabkan kemusnahan alam semesta berlaku.

Penulis blog terbabit juga mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi berada pada kedudukan selari, akan terbentuk awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi bakal bergelap.

Menurut Agensi Angkasa Negara, semua andaian tersebut adalah tidak benar kerana pusat galaksi terletak terlalu jauh daripada bumi serta matahari iaitu berjarak 165 quadrillion batu. Maka kesan tarikan gravitinya adalah sangat kecil dan tidak menimbulkan sebarang kesan.

“Awan-awan debu gelap akan menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi dan bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi” ujar wakil daripada Agensi Angkasa Negara.

Menurut Agensi Angkasa, terdapat video NASA di YouTube yang telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu yang menyiarkan Pegawai  NASA iaitu Charles F. Bolden yang memberi penerangan berkaitan persediaan peribadi serta keluarga sekiranya berlaku kecemasan seperti kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.