47 Maut Serangan Israel Terhadap Gaza Pada Hari Kelima
![]() |
47 orang mati dalam serangan regim kejam Zionis Israel dan kebanyakkan yang mati adalah kanak-kanak.
By
On November 18, 2012 At 8:00 pm
Category : Luar Negara
Tags : Gaza, Israel, Kejam, Luar Negara, Palestine, Perang, Perang Gaza, Serangan Gaza, Zionis
Responses : Comments are off for this post

47 Maut Serangan Israel Terhadap Gaza Pada Hari Kelima | Pesawat rejim Zionis melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Gaza buat hari kelima pagi ini. Angka kematian di pihak Palestin mencecah kepada 47 orang hari ini . Separuh daripada angka kematian tersebut membabitkan orang awam termasuk 12 orang kanak-kanak, lapor Reuters memetik daripada pegawai.
Laporan terbabit juga menyatakan bahawa tentera Israel sedang membuat persiapan bagi melancarkan serangan dari darat secara besar-bsearan. Bagaimanapun Mesir pula berkata ada tanda-tanda kemungkinan kedua-dua pihak akan memeterai gencatan senjata. Israel melancarkan serangan udara secara besar-besaran ke atas Palestin pada Rabu lalu, membawa kepada kematian pemimpin utama Hamas yang menyelia wilayah gaza dan menentang kewujudan rejim Zionis itu.
Dalam pada itu, Ketua Perisikan Mesir, Mohammed Shehata turut mengadakan perbincangan dengan Hamas dan Israel bagi menghentikan serangan yang berterusan selama tiga hari berturut-turut itu. Mohammed telah menghubungi Israel dan meminta negera Yahudi itu agar bertindak menenangkan situasi, ujar CNN memetik seorang jeneral risikan. Beliau sedang berusaha untuk memujuk kedua-dua pihak agar bersetuju dengan gencatan senjata.
Menurut jeneral itu, perbincangan sedang berlangsung dan belum ada tanda-tanda jelas bila kata putus bakal dicapai. Pusat Penerangan Palestin pula berkata, Mohammed telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Hamas, Khalid Meshaal semalam untuk mencapai penyelesaian menghentikan ‘ketegangan’ terbaru yang berlaku ini.







Komen Terbaru