Pelik! Kucing Menjadi Ibu Kepada 30 Anak Ayam

mee

Seorang pemilik kucing terkejut apabila mendapati kucing peliharaannya dilihat manja dengan sekumpulan anak ayam. Kejadian ini seolah-olah dilihat kucing tersebut menjadi ibu angkat kepada anak ayam tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Pelik! Kucing Menjadi Ibu Kepada 30 Anak Ayam | Jangan terkejut jika anda melihat sekumpulan anak ayam bermain-main berdekatan dengan seekor kucing yang comel. Tindakan ini dilihat amat mengejutkan pemiliknya. Seekor kucing yang diberi nama Niu niu ini menjadi ibu angkat kepada 30 anak ayam yang baru lahir. Bayangkan betapa comelnya mereka kerana tidak takut dengan fizikal kucing. Bukankah kucing itu mampu ‘menelan’ anak ayam jika ia terlalu lapar. Namun itu yang berlaku sebaliknya.

Lao, seorang petani berasal dari Heilongjiang, China, pada  awalnya khuatir ketika pertama kali melihat kucingnya, Niu Niu, selalu berdekatan dengan ayam-ayamnya.

“Saya datang ke rumah dan menemui Niu Niu berada di kandang anak ayam. Pada saat itu saya khauatir Niu Niu akan memakannya,” katanya,

“Saya berteriak ketika itu agar Niu Niu keluar dari kandang. Namun Niu Niu tetap tak mahu keluar dari sana. Ia malah terdiam dan membiarkan anak-anak ayam memanjat ke badannya dan membiarkan mereka bermain,” tambah Lao.

Sekarang Lao tidak risau lagi untuk meninggalkan Niu Niu bermain bersama anak-anak ayam, sementara dia pergi ke ladang.

“Menakjubkan,” ujar Lao. “Niu Niu bahkan memeluk anak-anak ayam tersebut ketika tidur, dan mereka berkicau seolah-olah mereka berada di bawah perut ibu mereka.

“Niu Niu menjilat anak-anak ayam itu dan bermain dengan mereka sementara mereka mengikutinya ke mana-mana,” jelas Lao.

Melayukini.net - Memang pelikkan? Bagaimana anak ayam itu boleh menganggap kucing tersebut sebagai ibunya. Ada yang beranggapan bahawa anak ayam itu bakal menjadi rezeki kucing suatu hari nanti. Namun ini semua adalah kuasa ALlah SWT seperti kes sebelum ini di mana seekor anak tikus didapati menyusu ibu kucing. Wallahua’alam.

Lagi Artikel Tentang Kucing Yang Pelik :

I – Pelik! Kucing Yang Suka Berenang (Foto+Video)
II – Pelik! Kucing Yang Hanya Makan Sayur
III – Pelik! Kucing Pandai Bercakap Ditemui Di Indonesia
IV – Pelik! Kucing Susui Tikus (Menarik!)
V – Subhanallah! Kucing Ditembak 30 Kali Masih Hidup

P.S. I – Menakjubkan! Hanya Satu Tempat Sahaja Di Jepun
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber: Nurfuzie | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.