Pelik! Benarkah Wujudnya Muzium Tandas Di India? (5 Foto)

mee

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis muzium yang dibina antaranya muzium sejarah, muzium ATM, dan lain-lain lagi. Namun pernahkah kita mendengar tentang wujudnya muzium tandas?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Pelik! Benarkah Wujudnya Muzium Tandas Di India? (5 Foto) | Muzium merupakan tempat peninggalan sejarah yang boleh kita kunjungi sebagai satu usaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Namun bukan setakat peninggalan sejarah, malah ia juga tempat di mana barangan koleksi berharga dipamerkan. Namun agak pelik sekiranya wujud sebuah muzium yang mempamerkan koleksi reka bentuk tandas atau dalam erti kata lain, pameran apa sahaja yang berkaitan dengan tandas. Jom lihat gambar di bawah ini.

 India merupakan salah satu negara yang sering mempunyai masalah berkaitan kualiti air dan kumbahan. Walaubagaimana pun, disebabkan hal itu lah yang telah menjadi tulang belakang untuk menubuhkan muzium tandas satu-satu nya yang pertama di dunia.

Sulabh International Social Service Organization merupakan sebuah organisasi yang menfokuskan pada masalah kumbahan di bahagian pedalaman India termasuk dalam penyediaan tandas awam dan umum. Di sini, para pelancong boleh melihat koleksi tandas dari pelbagai tempat dan zaman.

Penaung organisasi ini, Dr Bindershwar Pathak telah mendirikan muzium ini di sekitar kawasan ibu pejabat pusatnya di Mahavir Enclave, Palam Dabri Road, New Delhi.

Selain koleksi tandas dari India, mereka juga mempunyai koleksi tandas dari luar negara. Sepanjang anda berada di sini, anda akan melihat pelbagai tandas unik yang pernah digunakan oleh orang ramai.

Pada bahagian luar muzium, anda boleh melihat sendiri jenis-jenis tandas yang dicipta oleh Sulabh dan hanya memerlukan US$25 untuk dibina. Selain itu, anda juga boleh melihat sendiri sistem penyaringan tandas umum yang bersih ciptaan Sulabh.

Mesin-mesin yang dicipta juga mampu mengestrak bahan-bahan nutrien dari kotoran manusia dan mengolahnya nya semula untuk digunakan bagi menyiram tanaman dan sebagainya.

Muzium ini akan dibuka pada setiap hari Isnin dan Rabu, mulai pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang dan masuk adalah percuma.

Melayukini.net - Memang pelik tetapi kreatif! Mewujudkan muzium tandas dapat mendedahkan kepada kita tentang ilmu yang berkaitan tentang tandas sama ada dari segi reka bentuknya, rekaan terkini dan lain-lain lagi. Setakat ini di Malaysia belum ada lagi muzium tandas, namun show room tandas ada untuk contoh membuat dekorasi tandas rumah.

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Sumber: Sochai | Koleksi Karya Kreatif Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.