Ngeri! ‘Belalang’ Bertembung Dengan Treler

mee

Sebuah kereta jip yang dipanggil belalang dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah treler. Berikutan kejadian tersebut, pemandu jip tersebut maut di tempat kejadian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Ngeri! ‘Belalang’ Bertembung Dengan Treler | Semua tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan belalang di sini. Mungkin ada yang beranggapan ia adalah sebuah kereta Mercedes, namun itu bukan jawapannya. Belalang ini dikatakan gelaran yang diberikan kepada sebuah jip berwarna kuning yang terlibat dengan kemalangan maut. Kemalangan ini melibatkan seorang guru tadika yang mana terbunuh apabila jip yang dipandunya berlanggar dengan sebuah treler di Km31.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, berhampiran Bandar Penawar.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Che Mahazan Che Aik ketika dihubungi berkata kenderaan yang dipandu Norazila Ahmad, 29, dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah hari.

“Jenazah mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di perkuburan Islam Felda Sungai Mas malam ini,” katanya.

Norazila yang juga seorang anggota Rela merancang bertunang dengan teman lelakinya dan menunaikan umrah selepas Hari Raya Aidiladha nanti.

Teman lelakinya itu, Zainuddin Manap, 30, berkata segala persiapan majlis pertunangan sudah dibuat dan urusan membuat passport antarabangsa untuk menunaikan umrah juga telah siap.

Melayukini.net - Muda lagi orangnya baru berusia 29 tahun, namun sayangnya ajalnya telah tiba dan segala perancangan untuk bertunang terpaksa dibatalkan. Inilah yang dikatakan manusia hanya mampu merancang, yang menentukan adalah Allah SWT. Sebaik-baik perancang adalah Allah SWT.

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Bernama | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.