Ngeri! Apabila Leher Dihiris Pembahagi Besi Jalan

mee

Satu kemalangan jalan raya telah berlaku yang melibatkan 2 orang penunggang motosikal. Salah seorang daripada mangsa maut dan dilihat lehernya hampir putus dihiris pembahagi besi jalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Ngeri! Apabila Leher Dihiris Pembahagi Besi Jalan | Memang sudah berkali-kali kita mengingatkan kepada diri kita agar sentiasa berhati-hati di jalan raya terutama bagi penunggang motosikal. Namun ajal itu tidak diundang, dan malang itu tidak berbau. Satu kes kemalangan yang mengerikan apabila seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya hampir putus terhiris besi pembahagi jalan dalam kemalangan di Kilometer 306.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran hentian Serdang arah tol Sungai Besi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Alfa Sa’am, 39, berasal dari Pantai Dalam, dekat sini, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Seremban bersama tunangnya.

Bagaimanapun, tunang mangsa yang terjatuh dari motosikal cedera ringan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di sebelah kanan lebuh raya.

Sumber polis trafik berkata, akibat rempuhan itu, kepala mangsa tersangkut pada besi berkenaan dan terseret hingga lehernya hampir putus akibat terhiris besi itu.

Mangsa mati di tempat kejadian manakala motosikalnya terseret beberapa meter menyebabkan tunangnya tercampak di atas jalan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu di balai polis berhampiran atau menghubungi Balai Polis Serdang di talian 03-80742222.

Melayukini.net - Salam takziah buat keluarga mangsa di atas apa yang berlaku. Memang sungguh mengerikan kemalangan ini kerana  kita sendiri tidak menyangka bahawa kejadian seumpama ini boleh terjadi. Kepada tunang beliau, bersabarlah dan terimalah ini sebagai satu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Harian Metro | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.