Misteri Segi Tiga Bermuda Yang Masih Belum Terungkai
![]() |
Sehingga hari ini misteri Segi Tiga Bermuda masih lagi belum terungkai. Apakah sejarah dan rahsia di sebalik pulau Segi Tiga Bermuda ini?
By Shah
On October 14, 2012 At 4:30 pm
Category : Fakta dan Informasi
Tags : artikel segi tiga bermuda, Dunia, fakta dan informasi, fakta segi tiga bermuda, gambar segi tiga bermuda, kisah segi tiga bermuda, Misteri, misteri segi tiga bermuda, Nizarazu, perisitwa segi tiga bermuda, pulau segi tiga bermuda, rahsia segi tiga bermuda, segi tiga bermuda, sejarah segi tiga bermuda
Responses : Comments are off for this post
Related Posts
- Subhanallah! Majlis Mencuci Kaabah Sempena Kedatangan Ramadhan (Video)June 14, 2013
- Ngeri! Kes Ragging Yang Paling Panas Di MalaysiaJune 8, 2013
- Jumlah Penduduk di Malaysia Tahun 2009June 7, 2013
- Sangat Bahaya! Perdaya Wanita Dengan Spiked DrinksJune 3, 2013
- Seram! Apabila Pontianak Mengamuk Kerana Kain BatikJune 3, 2013
Melayukini.net – Misteri Segi Tiga Bermuda Yang Masih Belum Terungkai | Apabila kita menyebut sahaja tentang misteri Segi Tiga Bermuda, masing-masing tertanya apakah sebenarnya yang ada di kawasan tersebut. Pelbagai cerita dan kisah kita dengar sehinggakan timbul cerita sesiapa sahaja yang melalui pulau tersebut akan lenyap dan di bawa ke dunia yang lain. Sememangnya kisah ini ternyata sudah lama, namun sehingga kini misterinya masih lagi belum terungkai. Ikuti ulasan di bawah ini.

Kegembiraan Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492 tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri. Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.
Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.
Peristiwa mistik tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.
Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.
Dalam meneliti kawasan Amerika yang baru dijumpai itu, pelayar terbabit mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu.
Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasan terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun.

Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali ‘Segitiga Bermuda’ itu.
Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan!
Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880.
Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.
Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya ‘menelan’ kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan.
Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.
Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang.
Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami ‘gangguan’ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.
Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.
Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.
Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.
Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.
Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa.
Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii.
Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.

Sejak itu, cerita mengenai UFO yang ‘menculik’ C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.
Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan.
Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes. Ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.
Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.

Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajal.
Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu. Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini.
Melayukini.net - Memang banyak andaian yang dibuat mengatakan pulau Segi Tiga Bermuda sememangnya tempat yang paling bahaya untuk dihampiri. Namun kehilangan banyak pesawat dan anak kapal sehingga hari ini dipenuhi dengan tanda misteri. Wallahu’alam.
P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh
Sumber: Nizarazu | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net
Kata Kunci Popular
Penaja Utama
LIKE Facebook Melayu Kini – Jom!
Follow Twitter Melayukini – Jom!
Follow @MelayukininetArkib Informasi Malaysia Kini
Kategori Informasi Malaysia Kini
25 Entri Terbaru Paling Popular
- Ngeri! Muka Pak Cik Terbelah Diserang Perompak (2 Foto)
- Subhanallah! Otak Jenazah Pelajar Tahfiz ‘Segar’ Seperti Hidup
- Menakjubkan! Pantai Ini Mempunyai Suhu Air Yang Panas (Video)
- Pelik! Apabila Cicak Berekor Tiga Suka Air Kopi Manis
- Subhanallah! Majlis Mencuci Kaabah Sempena Kedatangan Ramadhan (Video)
- Luar Biasa! Penemuan Bunga Pelik Di Kuala Terengganu
- Ngeri! Ribut Taufan Melanda Jalan Macalister Bangunan UMNO (Foto+Video)
- Gempar! Mengapa Dalam Pesawat Singapore Airlines Ini Bersepah
- Pelik! Wanita Yang Gemar Minum Darah Manusia
- Mengancam! Adakah Ini Kapal Angkasa Di Jepun? (16 Foto)
- Menakjubkan! Anjing Selamatkan Bayi Yang Dibuang
- Pelik! Kanak-Kanak Ini Terpaksa Hidup Dalam Keadaan Gelap
- Gempar! Video Guru Belasah Anak Murid Tersebar (Video)
- Ngeri! Kes Ragging Yang Paling Panas Di Malaysia
- Ngeri! Dayung Kayak Cair Terkena Lelehan Larva Gunung Berapi
- Jumlah Penduduk di Malaysia Tahun 2009
- Subhanallah! Bayi Lahir Dalam Air Ketuban Yang Belum Pecah
- Biar Betul! Hanya Cagar Keju Boleh Dapat Pinjaman Wang (Video)
- Ngeri! Pelumba Basikal Terengganu Maut Digilis Lori
- Pelik! Wanita Ini Suka Memeluk Orang Yang Tidak Dikenali
- Gempar! Telinga Berdarah Gara-Gara Pesawat AirAsia Dipandu Laju
- Ngeri! Pencuri Besi Putus Kaki Dilibas Parang
- Sangat Bahaya! Perdaya Wanita Dengan Spiked Drinks
- Seram! Apabila Pontianak Mengamuk Kerana Kain Batik
- Ajaib! Cawan Ini Mengelakkan Dari Meja Melekit (4 Foto)
Entri Terbaru Terus Dihantar ke Email
Maklumat Informasi Malaysia Kini
Pihak Melayukini.net tidak pernah mengambil hati atau tindakan jika ada pihak yang copy dan paste artikel dari Melayukini.net tidak kira sama ada untuk kegunaan blog biasa atau facebook. Namun, amat mendukacitakan apabila artikel yang dicopy dan paste 100% tidak diberi link kredit kepada Melayuki.net.
Melayukini.net tidak bertanggungjawab mengenai komen pelawat yang berbaur perkauman mahupun lucah di Melayukini.net jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terlepas pandang. Namun, komen-komen yang tidak sesuai atas pertimbangan akan didelete atau dihapuskan.
Some of the pictures, videos and articles on Melayukini.net are the property of their respective owners. Melayukini.net do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from Melayukini.net contents that is in violation of copyright law, please email me at arena84 [at] yahoo.com. Based on your request, Melayukini.net will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification. OR Melayukini.net can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.







Komen Terbaru