Misteri! Penemuan Mayat Tergantung Di Atas Sebatang Pokok
![]() |
Seorang lelaki terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki yang mati tergantung di atas sebatang pokok. Mayat tersebut rupa-rupanya adalah bapa mertuanya sendiri.
By
On October 6, 2012 At 4:30 pm
Category : Tempatan, Uncategorized
Tags : Lelaki, Mayat, mayat atas pokok, mayat dijumpai dalam hutan, mayat dijumpai di pokok, mayat tergantung dalam hutan, mayat tergantung di pokok, mayat tergatung atas pokok, misteri mayat atas pokok, misteri mayat di pokok, misteri mayat reput, misteri mayat tergantung, Pokok, Sinar Harian, Tempatan
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Misteri! Penemuan Mayat Tergantung Di Atas Sebatang Pokok | Tidak dinafikan jika kita masuk ke dalam kawasan semak, tiba-tiba terlihat sekujur tubuh tidak bernyawa pasti kita sudah menggelabah tidak tentu pasal. Itu yang terjadi apabila hasrat seorang lelaki melepaskan ‘hajat’ dalam kawasan semak terbantut apabila dikejutkan dengan penemuan mayat bapa mertuanya tergantung di atas sebatang pokok berdekatan tebing Sungai Endau, dekat Kampung Orang Asli Denai.

Belaran a/l Iman, 52, berkata, dia keluar rumah kira-kira jam 7.15 pagi untuk ke hulu sungai mencari daun pucuk palas, tetapi perutnya secara tiba-tiba memulas.
Menurutnya, dia kemudiannya mengambil keputusan membuang air di kawasan semak berhampiran tebing sungai yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.
“Saya letakkan pisau dan minyak bot fiber di tepi semak, sementara mencari tempat yang sesuai untuk membuang air.
“Belum sempat saya membuang air, saya terkejut melihat sekujur mayat tergantung di atas pokok,” katanya kepada Sinar Harian.
Belaran berkata, pada mulanya dia tidak menyedari mayat itu adalah jasad bapa mertuanya, Sudin a/l Iman, 52, memandangkan tubuh lelaki itu tergantung menghadap ke sungai.
“Saya beranikan diri menghampiri mayat itu dan alangkah terkejutnya apabila mendapati lelaki itu adalah bapa mentua saya yang hilang sejak seminggu lalu.
“Longlai tubuh badan saya ketika itu. Kaki dan tangan saya menggeletar ketakutan, namun saya perlu keluar dari hutan untuk memberitahu ahli keluarga yang lain,” katanya.
Isteri mangsa, Bedah a/p Lera, 50, berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya pada malam Sabtu lalu.
Menurutnya, suaminya dipercayai keluar untuk mencari daun pucuk palas di kawasan seberang sungai bagi menambah pendapatan keluarga.
“Sebelum ini, dia (suami) pernah dimasukkan ke hospital kerana masalah mental, namun sejak beberapa bulan lalu kesihatannya kembali pulih, tapi mungkin sakitnya itu menyerangnya semula selepas dia keluar dari rumah,” katanya.
Bedah berkata, suaminya seorang yang penyabar, peramah dan mengambil berat hal kekeluargaan .
Malah katanya, kehilangan suaminya itu menyebabkan anak bongsu mereka, Suhaidi a/l Sudin, 10, sering menangis kerana terkenangkan bapanya itu.
“Suhaidi masih tidak boleh terima kenyataan bapanya sudah tiada dan sering menangis hingga membuatkan kami sekeluarga risau.
“Biasanya, dia akan bermain bola sepak di tepi halaman rumah bersama bapanya, sebab itu kehilangan Sudin memberi kesan mendalam kepadanya,” katanya.
Bedah bagaimanapun menerima berita sedih itu dengan tabah dan berharap anak-anaknya juga dapat menerima kematian bapa mereka sebagai dugaan hidup.
“Saya pesan kepada anak-anak supaya jangan terlalu sedih kerana yang pergi tetap akan pergi.
“Kita yang hidup ini perlu meneruskan kehidupan,” katanya.
Melayukini.net - Seperti yang dinyatakan di atas, mayat yang yang temui ini merupakan pernah mengalami masalah mental. Namun sudah pulih. Tetapi kita tidak tahu bagaimana ia boleh mati tergantung di dalam kawasan semak di hutan. Pihak polis masih menyiasat kejadian ini.
P.S. I – Pelik! Dinding Bangunan Dipenuhi Dengan Pintu
P.S. II – Tempat Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Tefikir. Pelik?
P.S. III – Pantai Yang Paling Bahaya Di Dunia
Sumber: Sinar Harian | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini







Komen Terbaru