Mengapakah Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain?

| October 17, 2012

Melayukini.net – Mengapakah Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain? | Jika kita perasan, semut merupakan serangga yang sering bergerak dalam satu barisan yang panjang. Ada kalanya, jika seekor semut itu bergerak secara solo, dan bertembung pula dengan semut yang lain, kita akan dapat melihat mereka akan berhenti untuk beberapa ketika. Namun mengapa ini terjadi? Adakah mereka sedang menyapa di antara satu sama lain.

.C. Schneirla, seorang penyelidik di New York University, pernah mengadakan percubaan dengan semut dimana ia mengambil seekor semut lalu diletakkan dalam tempat yang berisi makanan.

Dan kemudian semut lain diletakkan dalam tempat yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diamati terutama ketika bertemu dengan semut lain dalam perjalanannya.

Dari penyelidikan itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut lain, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).

Maka, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut tersebut akan memberi tau rakannya (melalui antena di kepala semut) apakah di lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada musuh.

Melayukini.net - Subhanallah! Hebat bukan kuasa Allah. Walaupun kita tidak tahu apakah bahasa yang diguna pakai oleh serangga ini, namun sekurang-kurangnya tindakan menyapa kita bertemu memperlihatkan bahawa mereka hidup saling bekerjasama di antara satu sama lain malah langsung tidak mementingkan diri sendiri.

P.S. I – Kreatif! Rekabentuk Rumah Seperti UFO
P.S. II – Pelik! Payung Tergantung Sepanjang Jalan Di Portugal
P.S. III – Rekabentuk Taman Permainan Seperti Seekor Buaya

Sumber: Tao Tau Ajer | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • Semut
  • kenapa bila semut bertembung dia akan berhenti

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Comments are closed.