Mengapa Suami Isteri Ini Dicemuh Apabila Membela Kucing?

mee

Memelihara kucing merupakan satu sifat yang mulia. Namun mengapa sepasang suami isteri ini dicemuh oleh masyarakat setempat kerana membela kucing di kawasan tersebut?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Mengapa Suami Isteri Ini Dicemuh Apabila Membela Kucing? | Apabila kita membaca tajuk artikel ini, sudah tentu kita berasa tidak berpuas hati terhadap orang yang membela kucing ini. Bukankah ia satu sifat yang mulia? Namun ini yang berlaku terhadap sepasang suami isteri sanggup tinggal di kabin dan berdepan dengan cemuhan masyarakat semata-mata atas dasar sifat kemanusiaan yang sanggup memelihara kucing dan anjing terbiar.

Pada awalnya, bekas pekerja kontrak, Md Azmi Ismail, 54, hanya memberi makan pada haiwan terbiar di sekitar pusat bandar dan membawa pulang kucing yang sakit untuk dirawat.

Md Azmi berkata, peringkat awal, dia hanya memelihara kira-kira 60 kucing sahaja dan kini bilangan yang dipelihara semakin bertambah bilangannya kepada 200 ekor.

Menurutnya, atas rasa simpati yang sama, dia dan isteri, Halijah Idris, 64, turut memberi rawatan kepada anjing terbiar yang sakit.

“Dahulu kami hanya memberi makan dan merawat anjing yang terbiar sahaja dan tidak bawa pulang kerana tinggal di kawasan perumahan, namun apabila pindah di kawasan tanah lapang di sini, barulah kami membawa pulang anjing yang sakit.

“Terdapat juga haiwan di sini yang dihantar oleh pemiliknya untuk kami pelihara dan beri rawatan terutama bagi haiwan yang sakit,” katanya ketika ditemui di Tanjung Bendahara.

Md Azmi berkata, biarpun terpaksa berdepan dengan cemuhan masyarakat disebabkan memelihara anjing, namun dia tidak menghiraukannya kerana dia tidak sanggup melihat haiwan berkenaan terbiar tanpa diberi perhatian.

Katanya, tempat tinggalnya yang bersebelahan dengan sungai memudahkan dia dan Halijah untuk menyamak selepas memegang anjing.

Dia berkata, setiap haiwan yang dibawa pulang untuk rawatan, akan dipelihara sehingga haiwan itu mati dan tidak akan dijual walaupun ditawarkan dengan harga tinggi.

“Ramai yang datang berjumpa dan mahu membeli haiwan di sini, apatah lagi apabila mereka melihat anak anjing yang comel namun saya enggan menjualnya.

“Biarpun saya dan isteri terputus bekalan makanan, namun kami akan keluar mencari makanan untuk haiwan yang dipelihara sehingga kami pernah berhutang,” katanya.

Bagi Halijah, minatnya terhadap kucing sejak kecil mendorong dia untuk belajar teknik merawat haiwan dengan cara yang betul.

Menurutnya, walaupun pernah dicakar kucing namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus memelihara haiwan berkenaan.

“Setiap hari saya akan masak kira-kira 40 kilogram (kg) beras, manakala 10kg ikan untuk diberi makan kepada haiwan di sini.

“Selain kucing dan anjing, kami juga membantu merawat haiwan lain seperti monyet yang kami temui di sini dalam keadaan sakit,” katanya.

Sementara itu, seorang tokoh agama yang enggan dikenali ketika dihubungi Sinar Harian berkata, memelihara anjing bagi tujuan memburu adalah dibenarkan namun bagi tujuan perhiasan adalah dilarang.

Menurutnya, pemilik perlu memastikan mereka dalam keadaan kering sebelum memegang haiwan itu dan perlu menyamak semula.

Melayukini.net - Sifat suami isteri ini harus dipuji. Namun jika kita harus memelihara kucing, kita perlu memastikan bahawa najis mahupun muntah haiwan tersebut tidak menganggu hingga ke kawasan jiran. Kita juga perlu menjaga adab dengan jiran kita. Walaubagaimanapun cemuhan itu satu perkara biasa. Namun kita perlu tahu mengapa jiran marah dengan apa yang kita lakukan. Mesti ada sebab bukan. Itu perlu kita siasat.

P.S. I – Menakjubkan! Hanya Satu Tempat Sahaja Di Jepun
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber: Sinar Harian | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.