Bicara Agama – Mengapa Doa Saya Tidak Makbul?
![]() |
Sebagai orang Islam, kita digalakkan untuk sentiasa memohon doa kepada Allah SWT tidak kira masa dan di mana sahaja. Namun mengapa doa seseorang hamba Allah itu tidak makbul?
By
On October 18, 2012 At 2:30 pm
Category : Agama
Tags : Agama, allah makbulkan doa, Doa, doa kepada allah, doa tidak dimakbul, doa tidak makbul, doa yang makbul, hafiz firdaus, hajat kepada allah, punca doa tidak makbul, sebab doa tidak makbul, sentiasa berdoa kepada allah, Solat, tangan, tawakal kepada allah, usaha berdoa kepada allah, usaha dan tawakal
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Bicara Agama – Mengapa Doa Saya Tidak Makbul? | Kebiasaannya selepas solat kita akan mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah SWT. Namun sebenarnya berdoa kepada Allah ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja kita berada. Sama ada berdoa di dalam hati atau sebagainya. Berdoa bukanlah bermakna Allah tidak tahu apa yang kita hajatkan, namun ia menampakkan keabdian kita kepada Allah SWT. Persoalan di sini adalah mengapa doa seseorang itu tidak dimakbulkan Allah? Ikuti soal jawab di bawah ini.

Soalan:
Saya seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam yang wajib dan sunat. Akan tetapi doa saya susah untuk dimakbulkan sehingga setiap hari keyakinan saya terhadap agama semakin menyusut kerana perkara ini. Tolonglah saya.
Nizariah, Kota Kinabalu, Sabah.
Jawapan:
Perkara pertama ialah mesti diperhatikan oleh setiap muslim ialah aqidah sementara hukum-hakam terletak di tangga kedua. Berdasarkan aqidah yang betul, seseorang itu akan mengetahui bahawa doa ialah permintaannya kepada Allah, maka terserahlah kepada Allah sama ada untuk memakbulkannya, menangguhkannya atau menggantikannya dengan sesuatu yang lain. Doa bukanlah satu kontrak sehingga setiap yang diminta mesti dimakbulkan oleh Allah.
Amatlah tidak layak untuk manusia berkeyakinan dia memiliki kontrak dengan Allah, padahal Allah ialah tuhan sementara dirinya ialah makhluk ciptaan Allah.
Justeru jangan bertanya kepada Allah tidak memakbulkan doa anda sebab: Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. [al-Anbiya’ 21:23] Selain itu, sikap bertanya dan putus asa itu sendiri merupakan salah satu sebab doa tidak dimakbulkan. Rasulullah bersabda: Pasti dikabulkan doa seseorang daripada kalian selagi mana dia tidak berputus asa lalu merungut: “Sungguh aku sering berdoa namun belum dikabulkan untukku.” [Shahih Muslim, 4916]
Maka dari saat ini fokuskan doa kepada mengenali Allah melalui aqidah yang betul. Seterusnya terjemahkan doa itu kepada usaha gigih mempelajari subjek aqidah.
Melayukini.net - Kita tidak berhak untuk mengatakan bahawa Allah itu tidak adil kerana tidak mengabulkan doa seseorang hamba itu. Apa yang paling penting adalah sentiasa berdoa dan tidak berputus asa. Di sebalik kita berdoa itu, Allah akan melihat kesungguhan kita dan Allah SWT mempunyai perancangan yang tersendiri.
P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh
Sumber: Hafiz Firdaus | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net






Komen Terbaru