Bicara Agama – Hukum Memenuhi Undangan Majlis Perkahwinan

mee

Sekiranya kita menerima undangan majlis perkahwinan, kita mestilah berusaha untuk hadir ke sana. Namun apakah hukum memenuhi undangan majlis walimah ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Hukum Memenuhi Undangan Majlis Perkahwinan | Ada di antara kita memandang biasa terhadap penerimaan jempatan undangan majlis perkahwinan sama ada dari sahabat mahupun saudara mara. Bagi kita yang diundang ke majlis kenduri perkahwinan hendaklah memenuhi undangan itu. Selain termasuk dalam bab mengeratkan silaturrahim ia juga dikira wajib selagi mana tidak bertentangan dengan agama.

Ulama berpendapat hukum memenuhi undangan perkahwinan atau apa saja undangan selagi tidak membawa kepada kemaksiatan serta tidak ditegah Nabi SAW adalah wajib.

Daripada Ibnu Umar, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: “Penuhilah undangan jika kamu telah dipanggil.” (Riwayat al-Bukhari).

Seseorang Muslim yang diundang oleh saudara Muslim lain wajib menghadirinya jika tiada sebarang halangan mahupun keuzuran. Walaupun seseorang itu berpuasa penuhilah undangan dan dia dibenarkan meneruskan puasanya atau memilih untuk berbuka bagi puasa sunat.

Nafi’ telah menjelaskan, sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Umar akan memenuhi sesuatu undangan tidak kira undangan perkahwinan atau selainnya walaupun dalam keadaan berpuasa. Dalam Fathul Bari juga dinyatakan beliau (Ibnu Umar) akan memenuhi undangan majlis kenduri dalam keadaan berpuasa dengan hanya bertemu dan mengucapkan doa Nabi SAW kepada pasangan pengantin.

Melayukini.net - Kita datang ke majlis perkahwinan bukanlah semata-mata untuk menikmati juadah yang dihidangkan akan tetapi sebagai tanda penghargaan dan secara tidak langsung dapat meraikan pengantin. Dengan cara ini, kita dapat membuatkan pengantin rasa bahagia dan dihargai.

P.S. I – 5 Tempat Paling Best di Malaysia
P.S. II – 8 Makanan Paling Menarik di UK
P.S. III – Perkahwinan Dengan Penguin di Langkawi. Biar betul???!

Sumber: Saff Muslim | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.