Bicara Agama – Bolehkah Kita Menerima Darah Daripada Orang Bukan Islam?

mee

Pernahkah kita merasa was-was untuk menerima darah dari bukan Islam ketika kita memerlukan darah dari pihak hospital? Ketahui apakah hukum menerima darah dari orang bukan Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Bicara Agama - Bolehkah Kita Menerima Darah Daripada Orang Bukan Islam? | Sejak dari dahulu lagi, pihak kerajaan terutamanya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan kempen derma darah di seluruh negara. Saranan derma darah ini disambut baik oleh rakyat Malaysia.Amalan menderma darah ini juga mempunyai pelbagai ganjaran yang ditawarkan oleh pihak kementerian. Tetapi timbul pula persoalan, bolehkah umat Islam menerima darah yang diberi oleh orang non muslim? Ikuti soal jawab di bawah ini.

Soalan:

Saya pernah melihat seorang lelaki Islam menerima darah daripada penderma yang bukan Islam. Jadi, apakah hukumnya apabila darah daripada orang bukan Islam mengalir ke dalam tubuh orang Islam? Mohon pendapat Ustaz.

Salbiah Aman, Hulu Langat, Selangor.

Jawapan:

Harus hukumnya bagi orang Islam menerima darah daripada orang bukan Islam. Ada yang berpendapat tidak boleh kerana salah faham ke atas ayat berikut: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis. [al-Taubah 9:28] Maksud najis dalam ayat ini merujuk kepada aqidah atau agama orang-orang musyrik, dan bukannya keadaan fizikal mahu pun darah mereka. Oleh itu kita tidak perlu membasuh tangan apabila bersalaman dengan mereka dan boleh menerima darah mereka.

Menyentuh berkenaan menderma darah, hendaklah umat Islam maju ke hadapan dalam amal shalih ini. Menderma darah dapat membantu menyelamatkan banyak orang. Apa jua agamanya, membantu menyelamatkan seorang manusia merupakan amal shalih yang besar ganjarannya, sehingga diumpamakan oleh Allah sebagai: Sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. [al-Maidah 5:32]

Melayukini.net - Jadi di sini jelaslah bahawa menerima darah dari bukan Islam tidak menjadi satu kesalahan kerana yang membezakan bukanlah fizikal, tetapi soal yang merujuk kepada aqidah. Jadi tidak ada masalah untuk sesiapa sahaja menderma darah kepada pihak hospital baik orang Islam mahupun non muslim.

P.S. I – Kreatif! Rekabentuk Rumah Seperti UFO
P.S. II – Pelik! Payung Tergantung Sepanjang Jalan Di Portugal
P.S. III – Rekabentuk Taman Permainan Seperti Seekor Buaya

Sumber: Hafiz Firdaus | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.