Bicara Agama – Apakah Hukum Menjalankan Perniagaan Jual Beli Kucing?

mee

Kucing merupakan haiwan belaan yang sangat comel. Persoalannya bolehkah kita melakukan perniagaan berjual beli kucing dalam Islam?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Bicara Agama – Apakah Hukum Menjalankan Perniagaan Jual Beli Kucing? | Kucing sememangnya haiwan belaan yang amat diminati oleh semua orang termasuklah rasulullah SAW sendiri. Kucing dibela untuk disayangi dan dijaga dengan sepenuh perhatian. Timbul persoalan di sini bolehkah kita menjual kucing kepada orang lain dengan mengenakan bayaran? Ikuti soal jawab di bawah ini bagi merungkai persoalan.

Soalan:

Saya menjalankan perniagaan jual beli kucing. Suatu hari ada pelanggan memberitahu haram saya menjalankan perniagaan sebegini. Terdetik di hati saya, benarkah haram di sisi agama?

Mashitoh, Skudai, Johor.

Jawapan:

Bagi persoalan ini terdapat sebuah hadis di mana seseorang bertanya kepada sahabat Rasulullah yang bernama Jabir berkenaan wang hasil jual beli anjing dan kucing. Jabir menjawab: “Nabi melarang perbuatan seperti itu.” [Shahih Muslim, no: 2933]

Hadis di atas jelas melarang jual beli kucing dan anjing. Hikmah larangan ini ke atas kucing ialah kerana ia merupakan binatang yang Allah cipta dengan ciri-ciri yang menjadi kesukaan ramai, yakni ia boleh dipelihara, dikongsi, dimain-main dan diberi makan-minum oleh sesiapa jua. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis di atas menerangkan, pengecualian diberikan kepada kucing terlatih yang dapat dimanfaatkan untuk sesuatu peranan. Dalam kes ini, dibolehkan jual beli kucing tersebut dan urus niaga tersebut adalah sah.

Bagi anda yang terlibat dengan perniagaan jual beli kucing, saya nasihatkan untuk cuba menukar kepada perniagaan lain. Ini merupakan tindakan yang menepati larangan dalam hadis di atas dan supaya urus niaga yang dilakukan adalah selari dengan kehendak Allah lagi diberkatinya.

Melayukini.net - Jika kita mahukan kucing secara percuma dan comel belaka, boleh dapatkan di Facebook Page Kucing Free Adoption dan di sana ramai orang yang mahu memberikan kucing secara percuma. Kebiasaannya kucing dijual adalah jenis Parsi yang boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Hafiz Firdaus | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.