Unik! Takungan Air Ditemui Di Baitulmuqaddis
![]() |
Siapa sangka bahawa pada zaman dahulu terdapat sebuah takungan air yang dibina . Ia telah ditemui oleh pakar arkeologi yang mana tempat ini digunakan oleh jemaah semasa ke kota suci bangsa Yahudi.
By
On September 12, 2012 At 8:30 pm
Category : Fakta dan Informasi
Tags : Air, Bumi, fakta dan informasi, khazanah alam di baitulmuqaddis, khazanah takungan air, Kosmo, misteri takungan air, penemuan sejarah di baitulmuqaddis, penemuan takungan air, pusat simpanan air, pusat takungan air baitulmuqaddis, takungan, takungan air di baitulmuqaddis, takungan air yang unik, takungan air zaman dahulu
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Unik! Takungan Air Ditemui Di Baitulmuqaddis | Bumi ini masih banyak lagi menyimpan khazanah alam yang belum diterokai. Terbaru beberapa pakar arkeologi menemui sebuah takungan air kuno di sini yang digunakan oleh jemaah semasa ke kota suci bangsa Yahudi, Temple Mount atau dikenali sebagai Haram Ash-Sharif oleh orang Islam. Akhbar MailOnline melaporkan bahawa takungan yang dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter air. Tempat simpanan air itu dipercayai dibina pada era Tempat Ibadat Pertama sekitar 3,000 tahun dahulu.

Menurut kitab Bangsa Yahudi, Tempat Ibadat Pertama dibina oleh Nabi Sulaiman pada kurun ke-10 sebelum masihi (S.M.) sebelum dimusnahkan 400 tahun kemudian.
“Penemuan ini menjelaskan bahawa sumber air pada era Tempat Ibadat Pertama bukan sahaja bergantung kepada mata air tempatan tetapi juga takungan awam,” kata ketua ahli arkeologi Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman Israel, Tvika Tsuk.
Menurutnya, tapak Tempat Ibadat Pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kini berada di bawah Dome of the Rock atau Masjid Kubah Emas di sini.
Melayukini.net - Sungguh hebat penemuan ini dan ia menunjukkan bagaimana orang pada zaman dahulu menyimpan air dalam takungan yang dibina sendiri. Kita sendiri perlu akui bahawa teknologi dahulu banyak memberi inspirasi kepada teknologi pada zaman sekarang.
P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Keukenhof – Taman Ajaib Eropah
P.S. III – Subhanallah! Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh
Sumber: Kosmo | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net








Komen Terbaru