Siapakah Sebenarnya Pelukis Kartun Annur dan Meow ?

| September 25, 2012

Melayukini.net – Siapakah Sebenarnya Pelukis Kartun Annur dan Meow ? | Adakah anda perasan dengan kartun Annur dan Meow yang menggunakan tulisan jawi? Kartun ini sebenarnya sudah tersebar luar khususnya di laman sosial Facebook sejak dari Jun 2012 yang lalu. Namun siapakah sebenarnya pelukis kartun annur dan meow ini? Pelukis ini sebenarnya berpengalaman luas sebagai animator termasuk terlibat di dalam pembikinan siri animasi popular seperti Usop Sontorian, Yokies, Alif dan Fruities, Ahmad Nazri Mahmood berusaha keras merealisasikan impiannya itu.

Menggunakan media baharu seperti Facebook untuk mengetengahkan karyanya itu, pada peringkat awal Ahmad Nazri mengakui menghadapi masalah untuk mencari watak dan jalan cerita yang sesuai dengan komiknya itu.

“Saya mencipta lebih 10 watak komik sebelum ini sebelum ia dimuat naik di dalam akaun Facebook milik saya. Ada kisah wanita muslimah, ada kisah pekerja di pejabat, pelajar universiti dan sebagainya.

“Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan yang diharapkan dan tidak banyak komen diterima,” katanya. Biarpun begitu, dia tidak mengalah. Akhirnya, selepas beberapa kali mencuba dia tampil dengan komik Annur dan Meow yang disiarkan sejak Jun lalu.

Katanya, dia memilih Annur untuk menjadi watak penting kerana gadis itu seorang yang lemah-lembut dan sopan dalam tutur caranya.

Bagi menambah elemen humor di dalam komik itu, dia mencipta watak Meow dan Afi sebagai pelengkap jalan cerita.

“Kebetulan saya memang mengenali diri Annur dan keluarganya sejak dahulu lagi, secara tidak langsung ia memudahkan saya memahami dan menyelami kesemua watak-watak yang berada di dalamnya,” katanya.

Ujarnya, sebaik sahaja tersiar di Facebook, komik itu terus mendapat komen-komen positif daripada pembaca. Malah ia juga turut popular dalam kalangan pemilik-pemilik blog di negara ini.

Komen positif

Kekuatan komik itu, katanya terletak kepada tiga teraju utamanya iaitu Annur, Meow dan Afi.

“Konsep komik yang santai dan menekankan elemen Islamik, kekeluargaan dan humor itu juga menyebabkan ia pantas menarik perhatian bukan sahaja si kecil malah peminat-peminat kucing di negara ini.

“Apa yang membanggakan saya, komik ini juga turut dijadikan bahan dalam kalangan guru-guru agama yang mengajar subjek Jawi di sekolah.

“Saya turut difahamkan, ia bukan sekadar diminati kaum Melayu sahaja, tetapi juga kaum-kaum lain seperti Cina dan India,” jelasnya yang memberitahu

Senarai peminat komik itu di akaun Facebook miliknya kini mencecah lebih 4,500 orang.

Katanya, berikutan sambutan yang memberangsangkan itu, dia bercadang untuk menerbitkan komik Annur dan Meow pada masa hadapan.

“Setakat ini, sebanyak 70 muka surat komik telah dimuat naik di laman itu sementara sebanyak 50 muka surat lagi telah pun siap untuk dimuatkan di dalam komik itu nanti.

“Kini saya sedang giat menghasilkan siri kedua komik tersebut, di mana ia masih mengekalkan watak dan jalan cerita yang sama seperti sebelum ini,” katanya yang turut mencipta Fan Page Annur dan Meow di Facebook, khusus untuk peminat-peminat komik itu.

Katanya, dia berharap lebih ramai pelukis dan animator lain yang bakal mengikut jejak langkahnya bagi memastikan tulisan jawi tidak pupus ditelan zaman.

“Sebelum ini pun saya jarang menggunakan tulisan jawi dalam kehidupan harian. Melalui komik ini, secara tidak langsung ia berjaya mengasah semula kemahiran saya selepas sekian lama meninggalkannya sejak zaman sekolah lagi,” jelasnya.

Melayukini.net - Sememangnya nampak ringkas sahaja kartun Annur dan Meow ini. Walaubagaimanapun telatah kucing tersebut berjaya menambat hati kita disamping boleh mempelajari tulisan jawi dan mengaplikasikannya. Sememangnya kartun yang baru popular ini ternyata diterima oleh semua lapisan masyarakat biarpun dalam tulisan jawi.

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Sumber: Kosmo | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • video kartun yokies

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Comments are closed.