Siapakah Di Sini Yang Mahu Ganjaran Wang RM300 Ribu ?

mee

Mahukah anda jika ditawarkan ganjaran sebanyak RM300 ribu. Namun ganjaran ini akan diberikan jika seseorang itu mampu membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem Innocense of Muslims.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Siapakah Di Sini Yang Mahu Menerima Wang RM300 Ribu ? | Apabila kita melihat peraduan yang menawarkan ganjaran wang bernilai ratusan ribu ringit, sudah pasti kita akan berminat untuk menyertainya. Namun ini bukanlah peraduan, tetapi ganjaran jika dapat membunuh seseorang. Seorang menteri Kabinet Pakistan menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini.

Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu. Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu.

“Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dolar oleh saya,” kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam.

Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin. Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan.

Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.

Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan.

“Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka,” katanya lagi.

Melayukini.net - Ini satu peluang di mana rakyat di sana boleh mencari siapakah sebenarnya yang menjadi penerbit filem ini. Kita berjuang adalah semata-mata untuk menunjukkan bahawa Nabi Muhamamd tidak boleh sewenang-wenangnya diperlekehkan dan dihina. Seperti yang kita maklum, hampir seluruh dunia membuat protes bagi menunjukkan bantahan tentang filem tersebut.

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Sumber: Sinar Harian | Layari Berita Luar Negara Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.