Pelik! Sudah Kahwin Selama 30 Tahun Tetapi Tidak Pernah Melihat Wajah Isteri

mee

Tidakkah anda merasa pelik apabila terdapat adat perkahwinan yang mana apabila pasangan yang sudah berkahwin, tetapi si suami tidak dibenarkan melihat wajah isterinya. Pelik bukan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Pelik! Sudah Kahwin Selama 30 Tahun Tetapi Tidak Pernah Melihat Wajah Isteri | Perkahwinan merupakan perkara yang paling bahagia bagi lelaki mahupun wanita. Dalam perkahwinan juga, ada yang mengamalkan tradisi mengikut kefahaman adat masing-masing. Namun terdapat sebuah tradisi perkahwinan yang dianggap  pelik.  Pernikahan itu terjalin selama tiga dekad. Apa yang peliknya, si suami sama sekali belum pernah melihat wajah isterinya. Hanya mata yang boleh dipandang selama hidup bersama. Sepanjang hidupnya, si isteri selalu mengenakan purda, pakaian tertutup bagi wanita muslim yang hanya memperlihatkan kawasan mata. Bahkan, tidur pun mengenakan pakaian itu.

Selama 30 tahun menjalani pernikahan tanpa melihat wajah isteri ternyata tak menanam perasaan ingin tahu si suami. Diam-diam, lelaki ini nekad menyingkap purda di wajah isterinya yang tengah lelap tertidur. Hanya, jawapan atas rasa ingin tahu itu perlu dibayar ‘mahal’ dengan tuntutan cerai si isteri, 2008 lalu. Si isteri yang sudah berusia 50-an tahun merasa dikhianati. Ia nekad menghendaki perceraian, meski suami sudah berulang kali meminta maaf dan berjanji tak mengulangi perbuatannya.

“Setelah sekian tahun, dia (suami) cuba melanggar komitmen, ini sudah kesalahan besar,” kata isteri kepada akhbar tempatan, Al-Riyadh, seperti dipetik dari laman Daily Mail. Apa yang dilakukan wanita itu merupakan bentuk kepatuhan terhadap tradisi yang tumbuh subur di kampungnya, tak jauh dari Khamis Mushayt, wilayah barat daya Arab Saudi. Bukan ajaran Islam, namun tradisi ini tumbuh subur di beberapa kawasan terpencil di beberapa negara Teluk.

Itu pun bukan satu-satunya kes. Seorang lelaki bernama Ali al-Qahtani juga menerima ancaman cerai ketika cuba membuka purdah isterinya selepas 10 tahun perkahwinan. Bertuah ia dimaafkan setelah berjanji tak akan mengulangi perbuatannya. Sementara Hassan Al-Atibi mengancam akan berkahwin lagi jika isterinya tak bersedia membuka purdah. Bukannya terancam, si isteri malah mencarikan wanita yang tak menganut tradisi itu untuk dijadikan isteri kedua. Merelakan suaminya poligami agaknya lebih baik daripada menunjukkan wajahnya ke suami.

Rabea al-Gahdaray, 70, salah satu wanita yang menjalani tradisi ini mengatakan bahawa suami tidak boleh melanggar komitmen yang telah disepakati sebelum perkahwinan. Suami tak boleh mengubah tradisi yang telah terbangun sejak zaman lelulur mereka. Apabila ditanya bagaimana boleh mempunyai anak tanpa membenarkan suami melihat wajah dan tubuhnya, al-Gahdaray menjawab, “Pernikahan itu tentang cinta, bukan wajah.

Melayukini.net - Aduhai memang pelik tradisi mereka. Kenapa perlu mengenakan purdah jika sudah mempunyai suami. Bahkan semasa proses merisik pun, Rasulullah mengalakkan kita untuk melihat wajah pasangan. Menghalang suami untuk melihat wajah isteri seperti satu perkara yang bertentangan. Adat itu seolah-olah menampakkan betapa derhakanya seorang isteri apabila melarang suaminya menatap wajahnya. Sungguh pelik dunia ini.

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Tak Mungkin Benar | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.