Pelik! Mengapa Guru Sekolah Ini Bertindak Mengigit Lengan Murid

mee

Seorang murid yang dikenali sebagai Farhan mendakwa lengannya telah digigit oleh seorang guru sekolahnya. TIndakan guru tersebut adalah disebabkan murid tersebut tidak dapat menyebut ejaan dengan betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Pelik! Mengapa Guru Sekolah Ini Bertindak Mengigit Lengan Murid | Baru sahaja reda isu tentang kes sebelum ini Pelajar Lelaki Belasah Guru Disiplin (LINK), kini ada kes yang terbaru pula. Namun kes ini agak pelik apabila murid pula yang menjadi mangsa oleh gurunya. Murid itu bukan dipukul, tetapi lengannya telah digigit oleh guru tersebut. Ini semula adalah angkara tidak dapat menyebut perkataan ‘boy’s’ dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra.

Berikutan kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung.

Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru menggigit di lengannya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik.

Melayukini.net - Macam-macam hal berlaku sekarang. Namun kebiasaannya kita biasa mendengar guru mencubit pelajar, merotan dan sebagainya. Namun tindakan guru ini agak pelik sehingga sanggup mengigit lengan anak muridnya itu. Mungkin akibat terlalu geram dengan anak muridnya sehingga sanggup bertindak di luar kawalan.

P.S. I – Kreatif! Rekabentuk Rumah Seperti UFO
P.S. II – Pelik! Payung Tergantung Sepanjang Jalan Di Portugal
P.S. III – Rekabentuk Taman Permainan Seperti Seekor Buaya

Sumber: Harian Metro | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.