Ngeri! Gambar Pergaduhan Dan Pembunuhan Kejam Di Lawas Sarawak

| September 28, 2012

Melayukini.net – Ngeri! Gambar Pergaduhan Dan Pembunuhan Kejam Di Lawas Sarawak  | Apabila berlakunya kes pergaduhan dan pembunuhan, sudah tentu kita akan membayangkan kes ini seperti satu perkara yang biasa terjadi. Namun kejadian yang berlaku ini memang sungguh mengejutkan dengan kekecohan yang berlaku di Lawas, Sarawak. Beberapa keping gambar yang diterima ini menunjukkan satu situasi yang tidak patut berlaku di negara kita yang tercinta. Polis Diraja Malaysia (PDRM) layak diberi pujian kerana segera mengawal keadaan namun rasanya masih banyak yang perlu mereka lakukan bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.

Kekecohan dikatakan bermula apabila seorang pemuda Edwin Singa Pelipus, 19, telah dibunuh dengan kejam mengunakan objek pemutar skru hingga menembusi salah satu lubang telinganya kemudian dilanggar dan dibunuh pada Sabtu lalu

Difahamkan, kes bunuh ini ada kaitan dengan dadah.

Motif pembunuhan masih lagi dalam siasatan dan menurut beberapa sumber menyatakan pembunuh adalah lebih dari seorang dan 11 suspek kini ditahan pihak polis Lawas bagi membantu siasatan.

Kejadian ini merupakan kejadian pergaduhan paling serius berlaku di daerah Lawas setakat ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung mengingatkan penduduk di daerah Lawas termasuk anggota polis dan ketua masyarakat agar mengambil peranan masing-masing bagi memastikan tidak timbul insiden tegang berikutan kes pembunuhan kejam agar tidak lalai dengan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keamanan dan keselamatan terus terjamin di daerah Lawas.

Satu mesyuarat diadakan bersama ketua masyarakat Lawas bagi membincangkan aspek ketenteraman di daerah Lawas.

Melayukini.net - Namun susulan daripada gambar di atas, seolah-olah pihak penduduk di sana tidak berpuas hati terhadap perana pihak polis dalam mengatasi permasalahan ini. Diharapkan semoga kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi dan orang awam perlu melaporkan segera sekiranya berlaku kejadian seperti ini.

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: MyNewshub | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • lawas
  • berita pembunuhan
  • pembunuhan kejam madura
  • pembunuhan kejam di malaysia
  • pembunuhan di sarawak
  • miri serawak orang insiden kepala putus
  • kisah kejam
  • kes pembunuhan kejam di malaysia
  • kes bunuh ngri
  • kes bunuh di kuching terkini

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments are closed.