Ngeri! Gambar Kemalangan Maut Di Simpang MITC
![]() |
Tiada siapa menduga sebuah lori yang sedang menuruni sebuah kawasan curam tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuah beberapa buah kereta dan lori sehingga mengakibatkan kematian.
By Shah
On September 25, 2012 At 2:30 pm
Category : Tempatan
Tags : fitri hadi, gambar kemalangan simpang mitc, Kemalangan, kemalangan di simpang mitc, kemalangan maut di mitc, kemalangan melibatkan lori, kemalangan ngeri di malaysia, kemalangan ngeri di melaka, kemalangan ngeri simpang mitc, kemalangan paling ngeri, lori rempuh kereta, lori rempuh lori, Maut, Ngeri, Tempatan
Responses : Comments are off for this post
Related Posts
- Ngeri! Doktor Potong Cuping Telinga Gadis Di Seremban (3 Foto)June 19, 2013
- Ngeri! Muka Pak Cik Terbelah Diserang Perompak (2 Foto)June 18, 2013
- Ngeri! Ribut Taufan Melanda Jalan Macalister Bangunan UMNO (Foto+Video)June 13, 2013
- Ngeri! Pelumba Basikal Terengganu Maut Digilis LoriJune 5, 2013
- Gempar! Telinga Berdarah Gara-Gara Pesawat AirAsia Dipandu LajuJune 4, 2013
Melayukini.net – Ngeri! Gambar Kemalangan Maut Di Simpang MITC | Satu kemalangan negeri telah berlaku di Simpang MITC pada petang semalam. Ini adalah kemalangan terbaru selepas kes terdahulu yang mana melibatkan sebuah kereta dan ambulans. Kemalangan kali ini adalah melibatkan lori, kereta dan motosikal. Seorang pemandu lori dan penunggang motosikal maut dalam kemalangan ngeri membabitkan 10 kenderaan di Persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), di Ayer Keroh.







Dalam kejadian jam 3.20 petang, pemandu lori membawa muatan dedak, R Chandran, 46, dan penunggang motosikal, R Mukeudan @ Mukudan, 62, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Mayat Chandran tersepit dalam lori dipandunya yang remuk dan dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat tiga jam selepas kejadian manakala mayat Mukeudan tertimbus pasir di bawah sebuah lori lain.
Difahamkan, lori membawa muatan dedak dipandu Chandran dari arah Jasin ke Alor Gajah terbabas sebelum melanggar sembilan kenderaan lain membabitkan empat motosikal, tiga kereta iaitu masing-masing Perodua Kancil, Honda City, Proton Iswara dan lori muatan pasir serta lori tanpa muatan.
Selain dua mangsa yang maut, tiga lagi mangsa masing-masing dua penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta cedera.
Di bawah ini pula adalah versi yang dipetik dari sebuah blog.
Lebih kurang pukul 5.30 petang suami sms saya kata, jangan lalu traffic light MITC sebab jem teruk. Ada kemalangan. Memang waktu-waktu ni lah saya keluar amek Rayyan Adam.
So, saya pun lalu jalan short cut. Lalu jalan dalam kat Kampung Tun Razak. Then keluar kat kilang Mamee tu kan. U turn terus ke Ayer Keroh. Tengok-tengok kat traffic light MITC tu jalan tutup. Ada polis jaga. So, masa ni sesiapa yang nak ke arah Jasin terpaksa masuk ke Mydin dulu then kena lalu dulu depan Taman Tasik Utama.
Bila dah amek Rayyan Adam of cos la saya nak patah balik ke rumah, nak tak nak kena jugak lalu traffic light tersebut kan. Nasib baik jalan ke arah Jasin dia bukak macam biasa. Tapi ada polis la yang jaga.
Jem memang teruk. Tapi saya still tak nampak lagi apa sebenarnya yang berlaku. Tak nak terlalu ghairah sangat pun. Dengan kita bawak anak kecik kat sebelah. Apa yang penting kita kena jaga diri kita supaya hati-hati lagi.
Ye la… Time macam ni boleh je nak jadi kejadian sondol menyondol.
Oh masa saya snap gambar ni, saya macam Ya Allah ramai nya penonton. Serius macam pesta. Itu yang dalam gambar hanya 1 simpang je nampak orang berhenti. Simpang lain lagiiiii ramai…. Memang keliling semua manusia.
Kemalangan ngeri MITC ni berlaku sebelah kanan gambar. Ya Allah!!! Memang ngeri!!!
Melibatkan 3 buah lori, beberapa buah kereta (saya tak pasti berapa), dan juga motor.
Punca sebenar dari salah satu lori besar yang mana break nya tak berfungsi. Lori tu lebih had muatan. Datangnya dari arah hadapan saya. Keadaan jalan menuruni bukit. Of cos la laju kan. Sebab turun bukit. Dengar kata nya sebab lori tu lari daripada JPJ. Ye la.. Memang katanya pun lebih muatan. Tengok gambar-gambar lain daripada sumber lain pun memang lori tu besar and banyak barang.
Tapi malang tak berbau, break tak berfungsi. Dan kebetulan lampu isyarat dari arah kiri gambar hijau. Sebuah kancil lalu betul-betul lalu depan lori. Lori cuba mengelak ke kanan gambar, tapi kena jugak. Dalam masa yang sama, kenderaan yang sedang menunggu lampu merah di kanan gambar juga menjadi mangsa keadaan.
Nasib baik kenderaan yang berada di kanan masa ni terdiri daripada 2 buah lori. Kira lori ni besar la kan. Kalau la lebih banyak motor and kereta kecik-kecik, memang tak tahu la berapa ramai lagi nyawa yang tergadai.
Antara mangsa kemalangan maut Simpang MITC ni ialah pemandu and kelindan lori tadi. Mangsa tersepit. Sebelum mati sempat kot cerita kat orang-orang yang cuba selamat kan mereka.
Mangsa dalam lori tersepit teruk dek kerana muatan lori yang telah mendak ke hadapan tempat duduk. Keadaan susah nak selamatkan mereka….
Dan dengar cerita lagi, mangsa yang naik motor tu tertimbus dengan lori pasir (lori pasir antara mangsa keadaan lori tadi jugak)
Serius saya tak tahu nak gambar kan apa yang saya rasa saat ini. Saya rasa takut. Saya rasa sedih sebab benda ni melibatkan kemalangan jiwa. Semuanya bercampur baur. Saya hari-hari lalu sini hantar anak pergi sekolah. Memang ini lah laluannya. Benda ni semua kita dah elak dan hati-hati. Tapi tengok!!! Ramai yang jadi mangsa keadaan.
Ye… Benda dah pun jadi. Bukan nak salah menyalah. Tapi tolong lah hati-hati. Awak yang salah. Kalau nak lari pun lari la. Siapa pun tak kisah. Tapi tolong jangan melibatkan kesalahan awak bersama orang lain yang tak bersalah.
Disebabkan perkara-perkara macam ni la, bila saya memandu, saya akan elak untuk berada dekat dengan kenderaan besar seperti lori dan bas. Tapi tu la… Kalau dah elak pun bukan kita boleh sangka dia nak datang dari mana…
Apa pun ucapan takziah dan Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Semoga roh mereka dicucuri rahmat… Ammin…
Sumber : Asfaliza
Melayukini.net - Kemalangan ini memang sunguh mengerikan. Untuk makluman anda, di simpang berkenaan adalah kawasan yang mempunyai bukit yang agak curam, jadi tidak hairanlah jika lori berkenaan meluncur laju dalam keadaan menuruni bukit lalu merempuh pengguna jalan raya dari arah sebelah sana. Memang agak berbahaya jika berada di kawasan tersebut lebih-lebih lagi jika kita berada di belakang mahupun depan lori.
P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh
Sumber: Fitri Hadi | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini
Kata Kunci Popular
Penaja Utama
LIKE Facebook Melayu Kini – Jom!
Follow Twitter Melayukini – Jom!
Follow @MelayukininetArkib Informasi Malaysia Kini
Kategori Informasi Malaysia Kini
25 Entri Terbaru Paling Popular
- Ngeri! Doktor Potong Cuping Telinga Gadis Di Seremban (3 Foto)
- Ngeri! Muka Pak Cik Terbelah Diserang Perompak (2 Foto)
- Subhanallah! Otak Jenazah Pelajar Tahfiz ‘Segar’ Seperti Hidup
- Menakjubkan! Pantai Ini Mempunyai Suhu Air Yang Panas (Video)
- Pelik! Apabila Cicak Berekor Tiga Suka Air Kopi Manis
- Subhanallah! Majlis Mencuci Kaabah Sempena Kedatangan Ramadhan (Video)
- Luar Biasa! Penemuan Bunga Pelik Di Kuala Terengganu
- Ngeri! Ribut Taufan Melanda Jalan Macalister Bangunan UMNO (Foto+Video)
- Gempar! Mengapa Dalam Pesawat Singapore Airlines Ini Bersepah
- Pelik! Wanita Yang Gemar Minum Darah Manusia
- Mengancam! Adakah Ini Kapal Angkasa Di Jepun? (16 Foto)
- Menakjubkan! Anjing Selamatkan Bayi Yang Dibuang
- Pelik! Kanak-Kanak Ini Terpaksa Hidup Dalam Keadaan Gelap
- Gempar! Video Guru Belasah Anak Murid Tersebar (Video)
- Ngeri! Kes Ragging Yang Paling Panas Di Malaysia
- Ngeri! Dayung Kayak Cair Terkena Lelehan Larva Gunung Berapi
- Jumlah Penduduk di Malaysia Tahun 2009
- Subhanallah! Bayi Lahir Dalam Air Ketuban Yang Belum Pecah
- Biar Betul! Hanya Cagar Keju Boleh Dapat Pinjaman Wang (Video)
- Ngeri! Pelumba Basikal Terengganu Maut Digilis Lori
- Pelik! Wanita Ini Suka Memeluk Orang Yang Tidak Dikenali
- Gempar! Telinga Berdarah Gara-Gara Pesawat AirAsia Dipandu Laju
- Ngeri! Pencuri Besi Putus Kaki Dilibas Parang
- Sangat Bahaya! Perdaya Wanita Dengan Spiked Drinks
- Seram! Apabila Pontianak Mengamuk Kerana Kain Batik
Entri Terbaru Terus Dihantar ke Email
Maklumat Informasi Malaysia Kini
Pihak Melayukini.net tidak pernah mengambil hati atau tindakan jika ada pihak yang copy dan paste artikel dari Melayukini.net tidak kira sama ada untuk kegunaan blog biasa atau facebook. Namun, amat mendukacitakan apabila artikel yang dicopy dan paste 100% tidak diberi link kredit kepada Melayuki.net.
Melayukini.net tidak bertanggungjawab mengenai komen pelawat yang berbaur perkauman mahupun lucah di Melayukini.net jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terlepas pandang. Namun, komen-komen yang tidak sesuai atas pertimbangan akan didelete atau dihapuskan.
Some of the pictures, videos and articles on Melayukini.net are the property of their respective owners. Melayukini.net do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from Melayukini.net contents that is in violation of copyright law, please email me at arena84 [at] yahoo.com. Based on your request, Melayukini.net will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification. OR Melayukini.net can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.







Komen Terbaru