Mengapa Operasi Mengeluarkan Mayat Pencari Emas Dihentikan?

mee

Satu kejadian runtuhan telah berlaku di sebuah terowong di Gunung Tabai, Bau. Namun apa yang menyedihkan mayat yang tertimbus akibat runtuhan tersebut tidak dapat dikeluarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Mengapa Operasi Mengeluarkan Mayat Pencari Emas Dihentikan? | Seperti yang kita maklum, berlakunya satu kejadian runtuhan di sebuah terowong  Gunung Tabai. Namun demikian, operasi mencari dan menyelamat mayat seorang pemburu emas yang tertimbus batu ketika memasukan tanah ke dalam guni, terpaksa dihentikan serta-merta berikutan berlaku runtuhan sehingga membahayakan nyawa anggota bertugas dalam terowong di Gunung Tabai, Jalan Taiton, semalam.

BEBERAPA ahli keluarga Sze Chun tidak dapat menahan kesedihan selepas mayatnya gagal dibawa keluar di Gunung Tabai, Bau semalam.

Arahan dikeluarkan polis dalam operasi yang memasuki hari kedua berikutan beberapa bongkah batu mula runtuh ketika pasukan mencari dan menyelamat bertungkus-lumus mengalihkan batu yang menimpa Lee Sze Chun, 33.

Sebelum itu, pasukan penyelamat dibantu penduduk kampung menggunakan pahat serta tukul untuk memecahkan batu seberat dua tan bagi mengeluarkan mayat seorang peniaga yang masih terbenam sedalam 12 meter dalam terowong berkenaan.

Penggunaan kaedah manual itu terpaksa dilakukan berikutan struktur tanah tidak stabil selain mengambil kira faktor keselamatan kepada pasukan penyelamat sekiranya menggunakan jentera atau peralatan lain yang mungkin mengundang bahaya.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd Sabri Zainol, berkata sehingga petang semalam, kerja mengeluarkan mayat Lee membabitkan Bomba dan Penyelamat Bau serta penduduk kampung terpaksa dihentikan akibat runtuhan baru berlaku.

Beliau berkata, faktor keselamatan anggota penyelamat perlu diambil kira kerana keadaan lokasi kejadian cukup berbahaya menyebabkan operasi itu dihentikan pada jam 4 petang.

“Ia mungkin mengambil masa agak lama kerana keadaan tidak mengizinkan. Kalau boleh kami mahu mayat Lee dikeluarkan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam kejadian antara jam 2 hingga 3 pagi, menyebabkan Lee yang juga peniaga dari Kampung Buso, terbenam sedalam 12 meter berikutan dihempap satu lagi batu bersaiz sederhana.

Mangsa bersama beberapa rakan masuk ke kawasan Gunung Tabai kira-kira jam 12 tengah malam, bagi mengutip tanah untuk dijual pada harga antara RM90 hingga RM100 seguni.

Sebelum kejadian, mangsa bersama bapa saudara serta tiga lagi rakan sibuk mengisi tanah dipercayai mengandungi emas ke dalam guni sebelum dikejutkan bunyi seperti rekahan.

Melayukini.net - Memang kerja-kerja seperti ini sangat berisiko untuk dilakukan. Namun kita dinasihatkan agar tidak mengunjungi ke tempat-tempat seperti itu bimbang kerana boleh berlakunya sebarang runtuhan. Apa boleh buat, tabahlah keluarga mendiang, kerana terpaksa menerima hakikat mayatnya tidak boleh dikeluarkan dan terpaksa disemadikan di kawasan tersebut.

P.S. I – Pelik! Dinding Bangunan Dipenuhi Dengan Pintu
P.S. II – Tempat Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Tefikir. Pelik?
P.S. III – Pantai Yang Paling Bahaya Di Dunia

Sumber: Harian Metro | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.