Mengapa Kapal Ini Saling Berbalas Tembakan Meriam Air?
![]() |
Isu perebutan Kepulauan Senkaku masih lagi belum berakhir. Beberapa hari lepas, berlakunya peperangan meriam air di antara kapal di kedua-dua negara iatu Jepun dan Taiwan.
By
On September 27, 2012 At 2:30 pm
Category : Luar Negara
Tags : china rebut pulau senkaku, isu perebutan pulau, isu perebutan pulau senkaku, Jepun, jepun rebut pulau senkaku, jepun serang meriam air, kapal jepun serang china, Kosmo, Luar Negara, meriam, nelayan, peperangan meriam air, perebutan kepulauan senkaku, perebutan pulau senkaku, taiwan rebut pulau senkaku
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Mengapa Kapal Ini Saling Berbalas Tembakan Meriam Air? | Seperti yang kita sedia maklum bahawa isu perebutan Kepulauan Senkaku di antara negara Jepun dan Taiwan masih lagi belum berakhir. Kedua-dua negara tidak mahu mengalah dalam merebut hak pulau tersebut. Di sebalik perebutan itu, satu kejadian telah berlaku di mana kira-kira 40 buah bot nelayan dan 12 buah bot peronda Taiwan melepaskan tembakan meriam air ke arah beberapa buah kapal pengawal pantai Jepun semalam di Laut China Timur.

Kapal pengawal pantai Jepun turut membalas tembakan meriam air dalam perbalahan berhubung isu perebutan Kepulauan Senkaku.
Kejadian itu berlaku pada waktu pagi di sekitar kepulauan tersebut.
Beberapa pegawai pengawal pantai Jepun menyatakan, tembakan meriam air itu dilakukan selepas bot nelayan dan peronda Taiwan menceroboh perairan Jepun.
Selepas tembakan tersebut dilakukan, bot-bot dari Taiwan itu meninggalkan perairan Jepun.
Seorang pengawal pantai Jepun, Hideaki Takase berkata, tembakan meriam air itu hanya disasarkan ke arah bot-bot nelayan.
Kerajaan Jepun membeli sebahagian daripada pulau yang membentuk Kepulauan Senkaku daripada pemilik persendirian dua minggu lalu.
Isu perebutan kepulauan itu telah menyebabkan tunjuk perasaan ganas berlaku di China.
China dan Taiwan turut menuntut kepulauan tersebut.
Melayukini.net - Memang sukar ditentukan siapakah yang berhak untuk memiliki Pulau Senkaku tersebut. Apa yang boleh dibuat adalah membawa perkara ini kepada pihak mahkamah dunia dalam menentukan hak sebenar pulau ini. Itu adalah jalan terakhir sekiranya tiada kata sepakat yang boleh dilakukan di antara kedua-dua negara tersebut.
P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh
Sumber: Kosmo | Layari Berita Luar Negara Informasi Malaysia Kini






Komen Terbaru