Luar Biasa! Bagaimana Wanita Ini Menarik Kenderaan Dengan Rambutnya

mee

Seorang wanita yang dahulunya pernah mencatat rekod tersendiri apabila mampu menarik van seberat 1.3 tan dengan hanya menggunakan rambut. Kali ini dia berjaya memecahkan rekod lebih daripada itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Luar Biasa! Bagaimana Wanita Ini Menarik Kenderaan Dengan Rambutnya | Jika sebelum in, seorang lelaki pernah mencetuskan fenomena tersendiri apabila Devendirani berjaya menarik kapal terbang seberat 110 tan menggunakan rambut dan van seberat 1.3 tan mengguna cuping telinga 10 tahun lalu. Anaknya pula ketika berusia sembilan tahun, D Shanmuga Priya pernah melakar sejarah tersendiri dengan menarik van seberat 1.3 tan menggunakan rambut sejauh 57.7 meter.

Devendiran bergantung di kren dengan menggunakan rambutnya.

Priya menarik van seberat 1.3 tan menggunakan rambut.

Namun semalam, gadis yang kini berusia 20 tahun itu mengulangi kejayaan sekali lagi apabila berjaya menarik van berat yang sama tanpa henti sejauh 96.4 meter sekali gus memecahkan rekod dibuatnya sendiri 11 tahun lalu dan tercatat di dalam Malaysia Book Of Record.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia sama sekali tidak menyangka berjaya menarik van sejauh itu sedangkan sasaran awalnya hanya 70 meter.

“Apa yang saya buat ini adalah berdasarkan latihan menarik lori 1.2 tan setiap minggu selama sebulan selain mengamalkan makan hanya buah dan sayuran,” katanya.

Menurutnya, teknik pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan dia tidak cepat penat selain mengamalkan petua lain termasuk bersenam setiap hari.

Penuntut Kolej Segi itu berkata, kejayaannya turut didorong oleh keluarga terutama bapanya, G Devendiran, 56.

“Ini adalah hadiah untuk rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia yang jatuh pada hari ini (semalam) dan selepas ini saya berhasrat untuk menarik sebuah kapal terbang pula,” katanya.

Persembahan sempena Hari Malaysia anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Damansara di Kampung Baru Sungai Buloh itu turut memperlihatkan aksi bapanya  bergantung pada kren setinggi 15 meter menggunakan rambut selama lima minit.

Melayukini.net - Memang keluarga ini mempunyai kehebatan yang tersendiri kerana masing-masing mampu melakukan aksi berbahaya dengan rambutnya. Namun demikian, mereka juga sentiasa melakukan latihan untuk memastikan kelebihan yang dimiliki itu tidak hilang begitu sahaja. Keistimewaan ini telah melayakkan dirinya tercatat dalam Malaysia Book Of Record.

P.S. I – Kreatif! Rekabentuk Rumah Seperti UFO
P.S. II – Pelik! Payung Tergantung Sepanjang Jalan Di Portugal
P.S. III – Rekabentuk Taman Permainan Seperti Seekor Buaya

Sumber: Sinar Harian | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.