Luar Biasa! Ayam Berkaki Empat
![]() |
Seorang suri rumahyang dikenali sebagai Hasnah Yahya terkejut apabila mendapati ayam yang dibelinya mempunyai fizikal pelik iaitu berkaki empat. Walaubagaimanapun ia tidak menjadikan ayam tersebut sebagai hidangan.
By
On September 11, 2012 At 10:30 am
Category : Luar Biasa dan Pelik
Tags : Amek Kaw, Ayam, ayam ada empat kaki, ayam banyak kaki, ayam berkaki empat, ayam pelik berkaki empat, ayam tidak dimakan, ayam unik berkaki empat, ayam yang ada 4 kaki, ayam yang luar biasa, ayam yang mati, ayam yang pelik, ayam yang unik, Kaki, luar biasa dan pelik, Pelik
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Luar Biasa! Ayam Berkaki Empat | Sebelum-sebelum ini memang banyak kita membaca tentang kisah ayam yang disembelih tidak mati dan sebagainya. Namun satu kejadian yang terjadi terhadap seorang suri rumah nyaris memasak kari ayam berkaki empat apabila dia terbeli ayam yang mempunyai empat kaki. Didapati dua daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut. Hasnah Yahya, 48, berkata, dia membeli ayam itu di sebuah gerai menjual ayam di Chabang Tiga Berangan di sini, untuk dijadikan kuah roti jala pada hari raya kedua lalu.

“Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk dijamu kepada sanak saudara. Masa membeli ayam ini memang saya tidak perasan ia mempunyai empat kaki.”
“Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat,” katanya. Bagaimana pun Hasnah berkata, dia menyedarinya selepas menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika menyiang ayam terbabit dia terpegang kaki ayam itu. “Terkejut saya seketika dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya melihat ayam berkaki empat. Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau tidak mungkin ayam ini akan dipelihara,” katanya.
Menurutnya, walaupun sebelah kaki ayam itu terpotong, dia tidak meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut. “Saya batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir tidak berselera untuk menjamah. “Ayam pelik ini seberat dua kilogram yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga kini masih disimpan di dalam peti sejuk,” katanya.
Melayukini.net - Inilah sebahagian kuasa Allah SWT yang menjadikan sesuatu perkara itu di luar jangkaan kita. Memang secara normalnya, ayam mempunyai dua kaki seperti yang kita lihat sekarang. Fizikal ayam juga tidak berubah seperti ayam-ayam yang lain kecuali ia bergantung kepada jenis contohnya seperti wujudnya ayam serama, ayam hutan dan sebagainya.
P.S. I – Menakjubkan! Hanya Satu Tempat Sahaja Di Jepun
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
Sumber: Amek Kaw | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net







Komen Terbaru