Kasihan! Murid Tahun Enam Tidak Dibenarkan Menduduki UPSR
Di Rawang, sebuah sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung telah menghalang seorang pelajarnya daripada menduduki UPSR bagi tahun ini.

By Shah
On September 12, 2012 At 4:30 pm
Category : Tempatan
Tags : ambil ujian UPSR, kes tidak dibenarkan ambil upsr, Malaysia, murid tahun enam, Pelajar, pelajar tidak ambil ujian, pelajar tidak dibenar ambil upsr, Sekolah, tahun enam upsr 2012, Tempatan, tidak boleh ambil upsr, tidak boleh ujian UPSR, tidak dibenarkan ambil upsr
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Kasihan! Murid Tahun Enam Tidak Dibenarkan Menduduki UPSR| Ketika pelajar tahun enam di seluruh Malaysia sibuk mempersiapkan diri menduduki UPSR , timbul satu isu di mana terdapat seorang pelajar tidak dibenarkan untuk mengambil peperiksaan tersebut. Kejadian ini berlaku di Rawang di mana seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.

Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.
“Saya telah menghubungi pihak sekolah semalam (kelmarin) untuk bertanyakan status UPSR anak saya dan berkesempatan berbual dengan salah seorang guru dan kemudian disambungkan kepada guru besar terbabit namun jawapan yang diberikannya itu cukup mengejutkan,” katanya ketika ditemui di sekolah tersebut semalam.
Tambah Mahadzir, pada hari yang sama, anaknya juga telah menemui guru besar berkenaan dan diberitahu tidak perlu hadir ke sekolah.Disebabkan sikap guru besar tersebut, anak ketiganya itu katanya, enggan hadir menduduki UPSR meskipun telah beberapa kali dipujuk.
“Perkara ini jelas menafikan hak anak saya menduduki UPSR namun lebih mengecewakan adalah sikap guru besar tersebut yang seolah-olah anak saya sahaja yang akan menjejaskan imej sekolah berkenaan.
“Saya akui Muhammad Faiz kerap tidak hadir ke sekolah kerana menghadapi beberapa masalah termasuk masalah kesihatan namun itu tidak boleh dijadikan alasan melarangnya daripada menduduki UPSR,” tegasnya.
Kecewa dengan insiden tersebut, Mahadzir yang juga seorang perunding tuntutan di sebuah firma guaman telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa dan mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim ketika dihubungi memberitahu, beliau telah dimaklumkan berkenaan isu tersebut tetapi masih menunggu laporan lanjut mengenainya.
Pada tahun lepas, lima pelajar dari Sekolah Kebangsaan Teluk Sara, Baling, Kedah dilarang menduduki UPSR oleh guru kerana bimbang prestasi sekolah akan terjejas.
Kejadian yang sama turut berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak apabila tiga orang pelajar telah dilarang untuk mengambil peperiksaan tersebut.
Melayukini.net - Kejadian seperti ini sebenarnya tidak boleh berlaku kerana seolah-olah ia satu diskriminasi terhadap pelajar tersebut. Semata-mata untuk menjaga prestasi peratusan sekolah, kita sanggup membiarkan pelajar ini daripada menduduki peperiksaan UPSR. Sungguh kasihan!
P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Korea
P.S. II – 10 Asrama Paling Seram di Eropah
P.S. III – Subhanallah! Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh
Sumber: Nama Berita | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

Komen Terbaru