Biar Betul! Mengapa Gadis Ini Lari Dalam Keadaan Berbogel

mee

Di Kemaman Terengganu, seorang gadis bertindak berlari dalam keadaan tanpa sebarang pakaian sambil mejerit meminta tolong. Tindakan itu adalah demi menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa rogol.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Biar Betul! Mengapa Gadis Ini Lari Dalam Keadaan Berbogel | Di Malaysia, memang kita sendiri tidak pernah melihat gadis atau wanita yang berlari tanpa mengenakan sebarang pakaian. Namun ini yang berlaku di Kemaman Terengganu. Bukan sengaja tetapi terpaksa bagi mengelakkan menjadi mangsa rogol. Ia bermula apabila gadis tersebut terkejut dengan perbuatan teman lelaki yang tergamak menodainya. Gadis yang merupakan seorang pelajar tingkatan dua yang berjaya melepaskan diri daripada kekasihnya itu, sanggup berlari dalam keadaan berbogel sambil menjerit meminta pertolongan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam

Bukan itu sahaja, panik mendengar teman wanitanya menjerit, lelaki berusia 19 tahun dan juga berkeadaan bogel itu turut melarikan diri dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah kosong dekat sebuah kampung di Kemasik, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Namun dengan kecekapan polis, suspek, seorang penganggur berjaya ditangkap dua jam kemudian di kawasan kampung sama.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika mangsa menjerit sambil berlari, pada masa sama teman lelakinya itu turut berlari sebelum menghilangkan diri.

“Sejurus mendengar jeritan mangsa, orang kampung datang ke kawasan rumah kosong itu untuk membantu.

“Dengan bantuan orang awam, mangsa kemudiannya membuat laporan polis. Susulan itu polis yang segera bertindak memburu suspek berjaya menahannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rumah kosong tempat suspek merogol mangsa adalah sebuah rumah yang telah siap dibina tetapi masih belum dimasuki penghuni.

Kata Che Suza, suspek direman bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak dan tidak membenarkan anak gadis keluar malam termasuk dengan kekasih kerana banyak kes ditakrif rogol apabila anak gadis dinodai teman lelaki sendiri.

“Ibu bapa perlu mengawasi pergaulan dan pergerakan anak terutama anak gadis. Pengawasan daripada keluarga penting bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku,” katanya.

Melayukini.net - Sudah berkali-kali kita menasihatkan kepada remaja khususnya agar jangan sewenang-wenangnya mengikuti teman lelaki ke tempat yang sunyi tanpa ada orang. Sebagai ibu bapa juga harus melarang anak mereka keluar berdua-duaan dengan orang yang bukan mahram, kerana perbuatan itu boleh mendatangkan dosa dan boleh menghampiri kepada perbuatan zina.

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Sumber: Sinar Harian | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Comments are closed.