Benarkah Wujudnya Alat Pengesan Ikan Dalam Air? (Menarik!)
![]() |
Bagi nelayan dan kaki pancing laut dalam, kini anda tidak perlu gusar lagi untuk menentukan sama ada lokasi tersebut wujudnya ikan atau sebaliknya. Kini terdapat sebuah gajet yang mampu mengesan ikan.
By
On September 26, 2012 At 10:30 pm
Category : Karya Kreatif
Tags : alat pencari ikan, alat pengesan ikan, cara mengesan ikan laut, cara nelayan mengesan ikan, gajet, gajet Fishfinder 350C, gajet pengesan ikan, gajet untuk nelayan laut, gajet untuk pemancing, harga gajet Fishfinder 350C, harian metro, Ikan, kaki pancing, Karya Kreatif, rekabentuk gajet Fishfinder 350C
Responses : Comments are off for this post
Melayukini.net – Benarkah Wujudnya Alat Pengesan Ikan Dalam Air? (Menarik!) | Sebagai seorang kaki pancing semestinya memerlukan lokasi yang mempunyai lubuk ikan yang banyak. Namun adat sebagai seorang kaki pancing jika pulang dengan tangan kosong. Namun itu tidak menjadi masalah jika kita sebagai seorang kaki pancing dan nelayan profesional sanggup mengeluarkan duit poket seharusnya menjadikan gajet Fishfinder 350C keluaran Garmin sebagai teman setia mereka apabila berada di laut.

Gajet terbaru khusus untuk aktiviti memancing mahupun nelayan profesional, tanda harga RM899 bukanlah masalah besar untuk memiliki satu unit alat canggih berkenaan. Sebab itulah Garmin Fishfinder 350C dianggap sebagai alat pengesan ikan serba canggih dan serba boleh.
Kenapa begitu? Jawapannya ialah kemampuan mengimbas air dengan kuasa 300 watt (RMS) dan teknologi pengesan Garmin HD-ID bersensitif tinggi.
Transduser berganda memaksimumkan prestasi bagi kegunaan air yang dalam atau cetek dengan menawarkan cakupan sudut luas sehingga 120 darjah bagi menyasar kedudukan ikan melangkaui sudut bot anda dan keupayaan mengesan dasar laut sehingga kedalaman 1,500 kaki.
Fishfinder 350C dilengkapi dengan beresolusi tinggi (272 x 480 piksel), warna sepenuhnya (256 warna) dan paparan Sunlight-Readable 5″WQVGA. Warna yang jelas akan membantu anda untuk tidak kehilangan sasaran ikan.
Ciri-ciri lain alat ini ialah butang khusus untuk kegunaan paling umum. Faedah kepada nelayan profesional seperti anda, Fishfinder 350C menampilkan butang khusus pada sisi kanan bagi memudahkan anda menyesuaikan pengaturan yang diperlukan seperti fungsi “Gain”, “Range” dan “Zoom”.
Jika paparan 5″WQVGA diletakkan secara menegak, Garmin memberikan perbandingan intuitif apabila menggunakan “Split Screen” pada halaman Zoom atau Frekuensi Berganda (Dual Frequency).
Sementara itu, jika bimbang Fishfinder anda hilang, anda boleh mencabut alat ini dari braket dan membawanya bersama apabila beredar dari kapal.
Fishfinder 350C adalah salah satu pengesan ikan paling intuitif di pasaran.
Pemasangannya hanya mengambil masa beberapa minit dengan menggunakan braket tilt/swivel dan tranduser transom yang sudah disertakan dalam kotak.
SPESIFIKASI
Demensi Unit, WxHxD:
15.2 x 15.0 x 4.6 sm
Saiz paparan, WxH:
7.4 x 10.16 sm; Diag 12.7 sm
Resolusi, WxH:
272 x 480 Piksel
Jenis paparan:
WQVGA, 256 warna
Berat:
499 gram
Frekuensi:
200/77 kHz
Kuasa isyarat pancaran:
300W (RMS)/2,400W
Kadar voltan:
10V-28V input
Kedalaman maksimum:
1,500 kaki
Harga:
RM899
Melayukini.net - Wah, memang sungguh maju nelayan dan kaki pancing sekarang sehinggakan wujudnya gajet untuk pengesan ikan di dasar laut. Jadi mungkin selepas ini mudah bagi mereka untuk mencari hasil tangkapan laut. Itu bagi nelayan pula, bagi kaki pancing pula sudah pasti mereka akan mendapat satu kepuasan yang maksima sekiranya memiliki gajet ini.
P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
Sumber: Harian Metro | Koleksi Karya Kreatif Melayukini.net






Komen Terbaru